Wednesday, May 20, 2015

Assalam Alaikum

Nak masuk rumah orang atau kalau berjumpa dengan seseorang, dan andainya kita orang islam, kenalah bagi salam dahulu.  Kalau bukan islam ataupun kebiasaannya, ucap selamat dahulu... yang boleh dilakukan dengan ucapan "selamat pagi, good morning, apa khabar" dan sebagainya.  Ucapan ni tak susah sangat nak dilakukan, cuma gerakkan fikiran kita untuk ucapkan salam atau selamat pagi kepada orang lain bila bertemu.

Bila masanya susah sangat nak ucap salam?... apabila sifat seseorang terlalu ego, sombong dan meninggi diri. Dalam fikirannya, menganggap bahawa orang lain perlu mulakan dahulu, bukan dirinya, kerana dalam dirinya telah dikekang oleh sifat tadi.

Kalaulah kita masuk rumah orang tanpa mengucapkan salam dan sedikitpun tidak menegur penghuni dalam rumah tersebut, samalah juga kita dianggap sebagai pencuri atau perompak.  Kawan percaya, siapapun jua yang dianggap sebagai perompak atau pencuri, seharusnya akan dihalau keluar dari rumah, setidak-tidaknya seluruh ahli keluarga akan memukul perompak tersebut dan dihantar ke lokap polis.  Ianya satu kesalahan kerana merompak, yang boleh kita samakan dengan memasuki rumah seseorang tanpa berkata apa-apa seperti yang kawan sebut diawal perenggan ini.

Peringatan kepada diri kawan juga, ucaplah salam dan bertanya khabarlah selalu kepada mereka yang kita telah lama kenal atau baru sahaja bertemu.  Salam adalah doa dan menjawab salam juga doa, masing-masing memohon kepadaNya untuk rahmat dan sejahtera.

Assalam alaikum sahabat ... apa khabar?

No comments: