Sunday, April 26, 2015

GST

Perkara ini telah lama diperdebatkan dan pelaksanaannya bermula pada 1 April lalu.  Masih banyak kepincangan dan kekurangan yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, khususnya Jabatan Kastam dan Kementerian lain yang terlibat dalam membetulkan kesilapan dan kefahaman masyarakat.  Semua orang akan menyalahkan Kerajaan kerana melaksanakan cukai, apa yang mereka faham adalah... pertambahan kepada cukai sedia ada.  Persoalan orang kebanyakan dalam istilah cukai ini adalah, kutipan cukai yang semakin bertambah dan perkara yang paling utama adalah... adakah harga barang akan meningkat?... lantaran kenyataan menteri dan persembahan melalui media televisyen yang seringkali diuar-uarkan bahawa harga barang akan menurun ... tetapi hakikatnya tidak.

Persoalan yang ditimbulkan tidak sama dengan apa yang dinyatakan.  Tindakan penguatkuasaan inilah yang perlu dilaksanakan jika benar harga bukannya semakin menurun. Berlaku manipulasi peniaga dalam memutarbelitkan fakta percukaian itu sendiri, malah seperti menyalahkan GST sebagai peningkatan harga...betul ke?. Masyarakat kebanyakan akan menganggap, ianya satu sistem percukaian yang berat dan bukannya satu sistem yang dapat mengurangkan perbelanjaan, walaupun mereka tahu...(buat-buat tak tahu)...setiap perkara akan mengalami peningkatan harga mengikut jajaran masa.  Logik akal juga, dan kita semua faham bahawa kos kepada setiap satu benda atau perkhidmatan akan meningkat, cubalah bandingkan harga pada tahun-tahun sebelumnya, secara berperingkat dan mengikut peredaran, semestinya akan meningkat.  Masyarakat jangan lupa, bahawa kenaikan dalam pendapatan juga telah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Antara hendak menerima pembaharuan atau seperti memekakkan telinga dan membutakan mata untuk menolak perubahan tetapi hakikatnya mereka sangat memerlukan perubahan... Kita semua kena faham bahawa perubahan memerlukan pengorbanan.  Ada yang seolah tidak faham dan tidak ingin berkorban sedangkan merekalah yang paling galak menuntut perubahan.

Catatan lepas, pernah juga dijelaskan bahawa, lakukanlah sedikit pengorbanan, menganggap setiap cukai sebagai sedekah kepada pembangunan negara, ini lebih baik daripada membakar setiap sen kepada perkara haram yang berlipat ganda perbelanjaannya...merokok.  Simpanlah sedikit dalam hati dan jiwa kita dengan selalu berprasangka baik dengan pemimpin... berdoa dan menerima setiap rezeki dengan penuh keredhaan. InsyaAllah.

Thursday, April 16, 2015

Pingat Kemahkotaan Khas

Tak terbayang langsung dalam fikiran ini nak dapat pingat daripada Tuanku Sultan dan Istana Johor sempena Hari Kemahkotaan pada akhir Mac lalu.  Senarai nama yang diminta oleh pihak SUK adalah senarai nama yang telah memberikan khidmat sepanjang pengurusan dan pelaksanaan dari awal perancangan bagi menjayakan Hari Kemahkotaan.  Sememangnya kawan terlibat dari peringkat awal, bermula pada pertengahan tahun 2012, dalam mesyuaratnya yang pertama dengan Dato' SUK Johor.

Kawan ingatkan pingat biasa-biasa sahaja, seperti yang kawan selalu berseloroh dengan kakitangan pejabat ini, "agaknya macam pingat yang lari 100m kat sekolah kot"... tapi semasa kawan dalam perjalanan ke Pejabat SUK pada pagi tadi, ianya bukan perkara mudah, ianya satu hal dan perkara serius serta penting.  So...kawan pasrah bahawa Tuanku Sultan telah berkenan menganugerahkan kepingan pingat yang sangat terhad sempena Kemahkotaannya kepada mereka yang terhad juga. Kesimpulannya, pingat ini, sekali dalam seumur hidup dan terhad kepada Hari Kemahkotaan sahaja.

Perasaan kawan?, semestinya kawan teruja dan gembira dengan penganugerahan ini, kerana kawan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sepanjang kawan berkhidmat di sini.  Selagi kita berusaha dan memberikan khidmat dan niat kepada Allah, maka, akan tiba juga ganjaran yang diilhamkan Nya kepada manusia. Ini juga merupakan hadiah harijadi yang cukup bermakna. Alhamdulillah

Wednesday, April 8, 2015

Iman

Semalam, sempat kawan jenguk anak kawan masa dia bersiap-siap untuk memulakan persembahannya. Iman main band untuk sekolahnya, Sekolah Tun Fatimah (STF).  Iman dah pun masuk form 3 pada tahun ini dan telah tiga tahun jugaklah dia dalam band STF.  Pada kali ini, persembahan di hadapan Tuanku Sultan Johor sempena majlis kemahkotaan di daerah Pontian.  Aku turut hadir sebagai tetamu biasa sahaja, bagi meraikan DYMM Sultan. Khamis (esok), Iman akan ke Mersing bagi membuat persembahan yang sama, Berkemungkinan tengahari hari rabu, mereka dah tiba di sana.  Baru dapat sms dari Iman, katanya...dia bermalam di Mersing untuk persembahan pada Khamis nanti.

Good Luck Iman, Abah bangga dengan kamu.

Sistem Lama

Menghadiri majlis Kemahkotaan Sultan Johor di daerah Pontian pada hari semalam, 7 April 2015, satu majlis yang serba ringkas tetapi penuh dengan kemewahan, sepadan dengan super VIP yang diraikan iaitu DYMM Sultan Johor dan Permaisuri Johor.  Walaupun tempoh yang agak singkat bagi sebuah majlis yang memerlukan proses yang begitu panjang sebelumnya, namun begitulah hakikatnya.  Rakyat melihat DYMM Tuanku Sultan sebagai seorang Sultan yang harusnya berdaulat dan menjadi pemimpin mereka.  Rupanya kita masih lagi memegang kepada adat dan simbol sistem beraja yang masih utuh.  Sistem ini boleh di tambah baik dalam nilai dan unsur kemuliaan kepada pemimpin dengan menambah nilai dalam peradaban terhadap prinsip ketuhanan dan perhambaan kepada Allah.  Semoga Allah membuka rahmat kepada pemimpin yang insaf dan sedar akan tanggungjawab mereka membawa pengikutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan dunia, lantas memihak kepada keindahan akhirat.