Monday, May 19, 2014

Melihat Ka'abah

Melihat Ka’abah akan membuatkan diri kita menjadi kaku, sebak didada dan debaran dapat dirasakan dengan degupan jantung yang terus meruntum dan meluluh, tergamam dan kaget seketika, tanpa disedari, airmata bergenang dan menitis.  Perasaan yang sangat luar biasa dan tidak dapat digambarkan dengan titik pena.  Yang pasti, perasaan terbuncah dan kagum, secara spontan, bibir dan lidah seirama mengucapkan “Allah hu Akbar” dan berterusan memuji akan kebesaran Allah.

Walaupun Ka’bah hanya sebuah binaan daripada batu keras dan tanah, tetapi keistimewaannya sebagai titik kiblat umat islam sangat dirasakan.  Bukan bermaksud yang kita menghambakan diri kepada binaan ini (Ka’abah) tetapi keteguhan iman dan perhambaan sebenar adalah kepada Allah.  Setiap perlakuan dan amalan adalah kerana Allah.

Berhadapan dan melihat Ka’abah akan membawa kita kembali kepada fitrah manusia yang tidak empunya apa-apa, hanya secebis kain putih (ihram) yang diibaratkan sebagai bungkusan kain kafan untuk simati, membezakan antara semua manusia adalah keimanan, amalan dan ketakwaan kepada Allah.

Kenapa kita sebagai hambaNya masih lagi mempersoalkan rasional atau tidak rasional perintah yang ditetapkan oleh Allah kepada kita? Kenapa? Kita terlalu kecil dan kerdil, penuh dengan kekurangan dan kelemahan untuk menyatakan keangkuhan dan kesombongan begitu.  Aku mohon keampunan Mu Ya Allah.   

Sunday, May 18, 2014

Madinah-Mekah Mei 1-13 2014

Kembalinya kepada fitrah kehidupan, kita semua adalah sama, hanya dibezakan oleh amalan dan iman...