Friday, February 28, 2014

Pendaki dan Talinya

Semalam, terbaca satu artikel yang sangat kreatif dalam mengalihkan pemikiran kita kepada perkara yang berbeza, salah satunya adalah, memberi kehidupan kepada benda yang tidak bernyawa.  Dan, apa yang boleh aku garapkan adalah seperti berikut...

"Dia berpegang pada tali untuk berpaut dari terjatuh ke jurang yang begitu dalam.  Dalam hatinya ada perasaan curiga terhadap kemampuan tali tersebut, fikirannya masih keliru dan berbisik tentang keampuhan tali untuk menjamin dirinya dari terjatuh.  Dalam fikirannya juga berkata, sekiranya terjatuh pada kali ini, pasti dirinya akan mati kerana jurang terlalu dalam dan dibawahnya penuh dengan batu-batu keras dan tajam.

Dia memegang tali dengan erat dan kemas, seolah tiada akan putus.  Cuma dalam hatinya masih tidak pasti dengan simpulan tali tersebut.  Seterusnya dia mengambil langkah berhati-hati dan penuh persediaan dengan menyiapkan tali lama sebagai penahan dan pemegang yang diikatkan pada pinggangnya, agar tidak terus terjunam sekiranya tali pertama putus, malah masih boleh berpaut kepada tali kedua yang kuat diikat pada badan.

Tetapi…tali pun sudah pandai berkata-kata dan mula mempersoalkan tindakan dia yang begitu.  Kenapa dijadikan ikatan pendua sekiranya tali pertama masih dipegang olehmu?, bukankah kamu telah mengkhianati tali pertamamu?, bukankah itu juga menunjukkan dirimu seorang yang tidak ikhlas dengan tali pertama dan bertindak atas kepentingan dirimu?.  Apa pula perasaan tali pertama sekiranya mengetahui tindakan mu ini? Kamu bergantung penuh dengan tali pertama tapi masih menyimpan tali kedua sebagai ikatan?, kalaulah begini, andainya tali kedua menjadi tali pertama, tali kedua sanggup putuskan diri sendiri agar dirimu jatuh terjunam dan mati menghempas kerasnya dan tajamnya batu. 

Namun begitu, hasrat tali kedua bukan begitu, ia tidak menjadi tali pertama dan tidak akan menjadi jua walaupun bentuknya sama.  Tali kedua ikhlas membantu mu sehingga kamu berjaya berpaut dan menyimpul ikatan yang kukuh dan ampuh. Kelamaan kamu juga akan melupakan tali kedua kerana tali kedua telah lama putus dek ikatannya sungguh lemah dan lama…lepaskanlah tali dipinggang mu agar dia jatuh ke bawah dan menghempas batu yang keras dan tajam”

Walau bagaimanapun, tali bukan seperti manusia yang boleh berkata-kata dan mempunyai perasaan. Tali adalah tali. 

Wednesday, February 26, 2014

Rindu



“Abah!.. Calif rindu mama (sambil menangis)”

“Calif kena sabar dan jangan nangis...budak laki mana biasa nangis, semua orang rindukan mama, Riad dan Iman pun rindukan mama, abah pun rindukan mama...semua orang rindukan mama, abah tak boleh buat apa-apa…abah harap Calif kuat dan tak nangis dah. Calif kena pergi sekolah dan belajar pandai-pandai macam kakak dan abang, Calif kena rajin tunaikan solat dan selalu doakan untuk mama…Calif jangan risau, abah ada utk jaga calif sampai calif besar. OK…dah… jangan nangis lagi”

“OK abah…tapi… calif rindu mama lagi (masih teresak-esak)

Aku diam. Hanya Allah aku berserah.

Kawan

Bukan semua orang suka mendengar kejayaan kita.  Setiap kebaikan yang dibuat akan dikata, umpat dan kutuk.  Bila berdepan, mulut manis macam gula..dibelakang, difitnah dan berterusan menikam dari belakang, kerana ramai yang suka melihat orang lain gagal.

Ramai kawan tapi ramai jugak yang menipu kawan, semuanya kita telah buat sehabis baik untuk menjaga dan menyenangkan hati kawan…dibalasnya dengan tuba dan kata nista, didepan kita penuh dengan tipu daya. Itulah resam dunia, ada yang tertipu dan ramai juga yang menipu.

Bagaimanapun, senyumlah dan berbahagialah, lupakan kawan yang sedemikian. Kesakitan sekarang tidak setara dgn kenikmatan yg bakal diperolehi disana kelak. Insyaallah.

Berilah Lagi

Kita selalu mengalah dalam semua perkara sehingga ada pihak lain yang mengambil kesempatan atas peluang dan kebaikan yang kita berikan.Terlalu banyak memberi menyebabkan orang lain akan “naik lemak” dan terus meminta-minta sehingga kita sendiri tidak tahu sejauh mana bekalan yang ada. 

Yang telah diberi betapa susah hendak ditarik balik, waima sekalipun bukan hak mereka, yang haram sekalipun masih mahu dimiliki, inikan pula yang percuma, semakin lama, semakin berkehendak dan melampau.

Pihak yang ramai mendapat sedikit habuan daripada kekayaan yang ada, kerana yang sedikit sangat berani dalam memperjuangkan kehendaknya walaupun bukan hak mereka.  Kenapa yang ramai masih takut dengan sedikit sedangkan hak sebenar adalah kepada mereka yang ramai? 

Dek kerana kuasa yang belum tentu dapat menjamin masa depan, maka banyaklah pemberian yang hanya melepaskan tekanan untuk sementara sahaja dan pastinya belum jelas memberikan impak kepada pembangunan negara.  Apa yang pasti pembangunan negara mesti diteruskan sehingga sampai bila-bila pun dan bukan sekadar memenuhi kuasa politik sahaja.

Kita perlu bertegas dalam tindakan kerana kesan yang dijelmakan melalui perbezaan politik sangat menghampakan dan meruntuhkan negara itu sendiri.  Tegas dengan identiti yang kita ada dan bukan terperangkap dan menjerat diri sendiri dengan konsep politik yang diuar-uarkan kepada semua.

Tuesday, February 25, 2014

Apa Yang Ada

Apa yang ada, itulah yang kita berikan.  Sekiranya tiada, tiada kita berikan.  Satu kenyataan yang sungguh mudah difahami dan boleh berlaku kepada semua orang.  Walaupun seseorang tanpa niat untuk memberi, namun jika pemberian yang dimaksudkan itu adalah melalui tutur kata, sikap, sifat, pelakuan, tingkahlaku, perangai dan seumpamanya yang ditonjolkan dalam diri, maka itulah yang kita akan berikan.

Berkata dengan sopan dan rendah diri atau sebaliknya adalah satu pemberian.  Senyuman juga satu pemberian, marah, menghina, menghukum, mengumpat, kejian, tohmahan, fitnah dan pelbagai yang buruk dan baik jua adalah pemberian.  Jika buruk pemberian tersebut, maka dalam diri kita penuh dengan keburukan tersebut.  Jika baik pemberian, maka baiklah yang ada dalam diri kita.



Doa juga adalah pemberian. Mendoakan seseorang merupakan sebaik-baik pemberian. Untukmu, aku doakan dengan diiringi Alfatihah, dan aku letakkan tangan kananku  didada agar dirimu mengingatiku selalu... Brasilia 19.2-2.3

Sunday, February 23, 2014

Brasilia 19.2-2.3

Sebahagian ruang dalam diri ini menjadi kosong bila engkau tiada. Rindu menikam jiwa, menusuk ke dalam dada dan mencengkam setiap saraf tubuh ini.  Tubuh menjadi lemah, tidak berupaya tanpa tenaga, senyap tanpa bicara dan kata, menjadi bisu dan berdiam diri. 

Tidak mendengar apa jua kemerduan suaramu lagi, malah aku sengaja pekakkan telinga ini untuk tidak mendengar suara siapapun, hanya dirimu.

Sebelum engkau pergi, matamu bergenang dengan airmata, mencium tanganku dan aku membalas dengan mengucup dahimu.  Dalam hati ini memohon kemaafan darimu, malah aku juga telah lama memaafkan mu.  Aku sangat menyayangimu kerana kasih sayang dan cinta kita adalah kerana untuk mendapat keredhaan Allah.

Aku jua redha atas apa yang berlaku.

Jika engkau pergi untuk selamanya, engkaulah yang pertama yang akan memegang erat tanganku memimpin ke syurga Allah kerana kerendahan hati dan kemuliaan dirimu.  

Aku sangat merinduimu.

                                      

Friday, February 21, 2014

Sempurna

Tiada siapa yang sempurna.  Menilai sesuatu perkara kepada kesempurnaan adalah penting supaya pilihan menjadi tepat dan tidak tersalah pilih.  Namun, kesempurnaan yang dilihat akan mengakibatkan pilihan tidak dapat dibuat kerana kesempurnaan akan terhad dengan ciri-ciri dan faktor-faktor yang hanya diingini sahaja.

Kesempurnaan menyebabkan perkara lain akan tertangguh dan terlewat dilaksanakan.  Kesempurnaan menyebabkan perbezaan antara dua perkara menjadi lebih besar dan akan menyukarkan persamaan. 

Sifat yang terdapat dalam perbezaan dan penangguhan adalah berlawanan dengan ciri yang dimaksudkan dalam kesempurnaan kerana ciri tersebut adalah ketidaksempurnaan.  Maka, dalam membuat pilihan atau apa sahaja yang melibatkan penilaian, pastinya tiada kesempurnaan.

Dimana kesempurnaan?.  Jelasnya, kesempurnaan hanyalah satu keputusan yang dinyatakan oleh individu sahaja, ianya seperti satu perasaan dalaman individu terhadap perkara yang dilihatnya dan tidak menjangkau individu lain. Ianya juga berbeza antara satu sama lain. Jadi, tiadalah kesempurnaan kerana individu A akan berbeza tahap kesempurnaan berbanding dengan individu B, C ataupun D.

Bagaimana untuk menyatakan kesempurnaan sesuatu perkara dalam menggambarkannya sebagai satu penerimaan kepada komuniti yang lebih besar?  Maksudnya, bagaimanakah untuk menilai kesempurnaan dan boleh diterima oleh semua orang?  Untuk itu, ianya boleh  diolahkan dengan kaedah mengukur kesempurnaan dengan meletakkan nilai atau nombor kepada kesempurnaan.
 
Namun begitu, sekali lagi, pilihan meletakkan nombor atau nilai bergantung juga kepada individu yang pastinya berbeza pendapat dan nilai yang dilalui melalui pengalamannya yang akan membezakan nilai kesempurnaan yang dianutinya.


Yang sempurna melengkapi semuanya hanyalah Allah.

Wednesday, February 19, 2014

Bertaubatlah

Adakah kehadiran ujian Allah pada kali ini menyedarkan kita lebih dari semalam? Atau kehadiran ujian Allah pada kali ini lebih menyesatkan kita? Astaghfirullah…

Untuk mengukur kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan, adalah terletak kepada kesedaran dan keinsafan jiwa yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap hambanya iaitu nilai dalam diri yang dinamakan “Hidayah”.

Adakah kita mendapat hidayah Allah dan sedar bahawa ujian ini  banyak memberikan kebaikan kepada memperbanyakkan sujudnya kita kepada Allah atau ujian ini mengheret kita kepada kesesatan? sehingga kita lupa sujud dan terus melakukan dosa?

Allah memberikan peluang kepada hambanya untuk memiliki apa sahaja.  Hambanya memilikinya dengan mengatakan bahawa tidak apa..ini aku punya.  Aku nak buat apa sahaja yang aku suka.  Nanti aku bertaubatlah. Tidak solat..tidak apa sebab aku akan bertaubat nanti. Tak perlu menutup aurat, sebab aku nak ikut zaman, sebab aku tak nak ketinggalan dan dikata orang, sebab aku tengah bersukan yang memerlukan kesesuaian pakaian..ala tak apalah.. sikit sahaja, nanti aku bertaubatlah.

Hai orang muda…jangan ingat mati mu tua. 
Hai orang tua…jangan ingat kau akan hidup selamanya.

Ingatlah teman, mati itu tidak mengira masa, tidak mengenal siapa, tidak memilih rasa, tidak pernah tertangguh, mati itu nyata tiba.

Bertaubatlah.

Saturday, February 15, 2014

Janji

Lembu dipegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Pepatah ini merupakan satu bentuk ikatan yang menyatakan hubungan dan kepercayaan sesama makhluk.  Andainya tali pada lembu dibiarkan tidak bertambat, maka terlepaslah lembu tersebut, meragut rumput ke mana sahaja yang disukai, tanaman dan pucuk muda menjadi habuan. 

Maka menjadi kemarahan kepada petani dan hak yang empunya tanaman dan pokok pucuk muda kerana dimakan lembu, boleh jua menyebabkan jiran tetangga naik angin dan berbalah.  Semuanya kerana lembu tidak dipegang pada talinya.

Begitu jugalah manusia yang memegang amanah dengan janji. Ianya merupakan satu bentuk ikatan kontrak antara manusia lainnya.  Jika dalam perundangan sekalipun, sesuatu akta boleh dijelaskan untuk menggambarkan kontrak tersebut yang dikhilafkan sebagai ikatan lisan antara manusia dan manusia lainnya.  Manusia yang berpegang pada janji dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah dan mengikut apa yang dipersetujui.  Sekiranya ingkar pada amanah, buruk akibatnya, merosakkan segalanya dan menghampakan perasaan orang lain yang tetap teguh berpegang pada janji.

Betapa kuatnya ikatan berbentuk janji yang tidak dinampakkan secara bersurat tetapi dicatatkan sebagai yang tersirat.  Semuanya dalam bentuk persetujuan bersama yang diilhamkan dalam kotak fikiran dan ketetapan hati dan dijaga rapi dengan iman dan moral.  Dan kekuatan ini adalah tunjang kepada kejujuran dan sifat amanah dalam diri manusia itu sendiri.  Kawalan dan kebertanggungjawaban diri membentuk ikatan tersebut menjadi kukuh dan tidak dapat dipatahkan.



Sekiranya tiada ikatan janji atau ikatan ini diperolokkan oleh manusia, maka terurailah segala kata dan amanah yang dipersetujui, akan membuka peluang kepada perbalahan.  Menimbulkan fitnah dan menghancurkan ikatan silaturrahim sesama manusia.  Menyebabkan jiwa yang sakit dan menghidupkan sifat amarah dalam diri.  Mempengaruhi hati dan membuka peluang syaitan membisikkan godaan yang mungkar dan mengheret ke jahanam.  Auzubillahhiminzalik.

Thursday, February 13, 2014

Pelukan Ibu

Memeluk ibu tercinta dengan kemaafan dan keredhaannya, aku mohon.  Ibu semakin uzur dan masih seperti sebelas tahun yang lalu. Penyakitnya seperti tidak akan sembuh dan keinginan untuk dirinya sembuh telah tiada.

Tiada kata yang dapat diucapkan, hanya keluh kesah dalam hati menahan sebak mengenangkan dirinya sedemikian.

Dua tahun lepas, aku pernah memohon doa dihadapan Kaabah, memohon agar ibu segera sembuh dari sakitnya dan aku sangat percaya bahawa doa ini akan dimakbulkan Allah kerana Allah telah banyak memperkenankan doa ku.

Cepat atau lambat makbulnya doa ini bukanlah alasan untuk diriku putus asa dengan Allah.  Tapi kepercayaan bahawa Allah akan berikan apa yang kita mohon adalah lebih utama, walaupun seribu tahun lagi.

Tuesday, February 11, 2014

Rindu Ibu

Hari ini, rindu ku pada ibu terlalu kuat sehingga tanpa ku sedar, airmata ini membasahi pipi. Ya Allah, berilah kesempatan untuk ku bertemu dengan ibu sementara hayatnya masih ada.

Solehah


Jadilah isteri yang solehah atas dasar dirimu sebagai wanita yang bersuami.  Perlahanlah kata-kata bila berbicara dan lembutkanlah lidah bila meluahkan isikata.  Bukan cuka yang dicurah kepada luka yang ada. Janganlah sombong dan meninggi diri serta bersederhanalah dalam semua perkara. Berdusta, haramkan dari lidahmu. Jangan memaksa dan mendesak, jua mengguris hati walaupun secebis.

Aku tahu kau isteri yang solehah, menunaikan suruhan Allah, mengasihi diriku seadanya dan masih seperti dahulu. Menangis dan ketawa masih lagi kita bersama, cuma kadang-kadang diri ini selalu lupa dan mamai untuk menghargai mu. Kau sebenarnya isteri yang solehah. Terima kasih Allah kerana memberikan aku seorang isteri seperti dia.

Monday, February 10, 2014

Kemelut Di Muara Kasih

Layannn... 

You

When we fail at something important to us, whether in relationships, at school, or at work, it can be very painful. These experiences can threaten the very core of who we think we are and who we want to be. To cope with failure, we often turn to self-protective strategies. We rationalize what happened so that it places us in a more positive light, we blame other people, and we discount the importance of the event.

These strategies may make us feel better about ourselves in the short term, but they are less likely to help us improve or avoid repeating our mistakes in the future. Research shows that people who have an overly inflated view of their performance on an academic task show decrements in subsequent motivation and performance, compared to people who view themselves more realistically. It makes sense: if you already think you’re great, it may feel like there’s no need to put the effort into improving yourself.

Taking an honest look at ourselves is, of course, easier said than done. Confronting our inner demons can be overwhelming and lead to feelings of hopelessness and despair. Determined to take responsibility, we may get carried away, blaming ourselves for far more than our share and beating ourselves up emotionally.

Although many people believe that being hard on themselves will make them better people, research does not support this belief: Self-criticism has been shown to increase procrastination and rumination and impede goal progress. If you already feel worthless and incompetent, you may feel like there’s no point in even trying to do better next time.

Sebenarnya Bukan Pilihan

Pilihlah dengan betul dan merangka pertimbangan kepada semua perkara.  Persoalannya, adakah ianya benar-benar diperlukan dalam hidup mu? Sehingga memaksa diri membuat pilihan tersebut, sedangkan pilihan itu boleh dielakkan.  Kalau boleh dielakkan, mengapa ianya menjadi pilihan lagi? Seharusnya ianya tidak ada dalam pilihan lagi dan keputusan untuk memilih tidak ada. Tetapkan hati.

Kerana, aku melihat dirimu begitu teguh dalam meniti setiap cabaran dan dugaan.  Cabaran dan dugaan yang menerjah dirimu bukan sekecil anak tetapi hentaman yang cukup besar dan luas seperti lautan, dan sekiranya lautan itu melemaskan orang lain, nescaya mereka tidak seteguh dirimu, mereka akan hancur dan berkecai, tiada akal, lemas dan mati, sekurang-kurangnya mereka akan menjadi gila. Dalam hal ini, biarpun lautan melanda, dirimu begitu teguh dan mampu bertahan.  Adakah masih engkau memerlukan pilihan itu?

Persoalannya,  adakah dirimu benar-benar memerlukannya? Sedangkan dirimu masih berkuasa dan mampu menentukan arah kehidupan mu.  Dirimu hanya perlu menyerahkan kepada Allah agar jalanmu  tidak sesat dan tidak dipermainkan oleh manusia-manusia disekelilingmu.  Serahkan semuanya kepada Allah untuk menghadapi semua dugaan tersebut. Bukan menganggap pilihanmu untuk datang membantu dan menasihatimu, walaupun pilihanmu tidak dapat memenuhi ruang-ruang yang dirimu katakan kosong, pada nyatanya tidak.

Persoalannya, bukan dirimu yang mempersoalkan semuanya, tetapi kami yang sayang dan kasihkan dirimu, kerana kami melihat dirimu sebenarnya tidak memerlukan pilihan tersebut.  Kami menyayangimu dan sungguh kuat kerisuan ini mengenangkan perjalananmu nanti.  Bagi kami, pilihanmu bukan pilihan sebenarnya.  Pilihanmu tidak pernah wujud.

Sunday, February 9, 2014

thyself

Life is full of 180 degree turns. Just when we think we have things figured out, life throws us for a loop with both “good” things and “bad.”

Falling in love turns our world around. Having children, moving to a new place, getting married, getting divorced, getting a new job, retirement, deaths, accidents, births, accomplishments, graduations—all have the potential to destabilize our worlds. Every one of these transitions puts us into a state of flux so none of us are a stranger to the phenomenon.

Unfortunately, no matter how common transitional funks and confusion may be, what is also common are mistakes we make when trying to deal with them. Here are three of the errors we tend to make when facing a change—and what we might do instead:

1. We suffer alone. We think, “I'm the only one…” Time and time again I have seen people from teenagers on up think that they are the only one who felt a certain way or they were the only one who suffered from a change or tragedy. Sometimes guilt keeps us silent, feeling like we shouldn’t feel the way we do.

When, instead, we open up about what we are experiencing and tell the truth, we often discover that others have had similar experiences and feelings and we truly aren’t alone. In fact, others who have been through similar events are often able to help us to heal and move forward by sharing their hard-earned wisdom.

2. We get stuck on the drama of the bad news story or perceive the wrong lesson. We look at our past experiences and choices as mistakes rather than realizing that, with time and perspective, even the worst circumstances have something to offer. In truth, the way we see things can improve or neutralize with time.

For instance, someone told me about how he was seriously ill and hospitalized, which at the time seemed awful. But when he and his nurse fell in love and got married, he was grateful for the illness.

When someone hurts us, we tend to think the lesson is “not to trust,” when the more valuable lesson might be to “be more discerning and aware.” Or, perhaps the lesson is “I need to self-strengthen so that I trust in myself and Spirit more.” In my observation, anytime the lesson we glean shuts our hearts, makes us more unhappy, distrusting or less loving, we have missed the real lesson and need to look again.

While we may move to gratitude eventually, my invitation to you is to see if you can move to gratitude immediately—even before you know what the blessing is. In my experience, when we let go of the resistance to what is, the blessing becomes obvious faster.

The exercise in self-mastery here is about disempowering the events that happen and the things other people do, and empowering the way we respond to all that happens.

3.  We only capture our suffering in our journals or story telling, reinforcing the pain. Unless we are mindful, we simply retell the “what happened and who done it” story. Then, when we reread or look at our journals, they are full of the sad and painful experiences and devoid of the joyful, juicy blessings that surround us.

As Einstein pointed out, “We can’t solve problems from the same kind of thinking that created them”, so it behooves us to access a different way of thinking. What if, in our journals or even silent inquiry, we explored the thought of “How was this a blessing to me?” or “What qualities and strengths did I draw from to resolve this?” Or “What am I grateful for?” Imagine how improved our self-strengthening for handling the next transition would be!

When we learn to access the wisdom and creativity of our soul, we gain a “new kind of thinking” and all the resources we need for resolving problems. This empowers us to not only handle the transitions that we face, but embrace them and even look forward to them as our greatest source of growth.

Friday, February 7, 2014

Milik Allah 1

Pedih dan sangat terkesan dihati apabila kepunyaan kita telah tiada, pergi untuk selamanya. Tangisan yang hadir merupakan satu cara yang akan mengurangkan tekanan dalam jiwa, ianya merupakan kehendak Allah dan kejadian yang ditentukan Allah untuk berlaku. Kehilangan yang berlaku akan mencengkam dalam jiwa, mengheret si pembawa perasaan kepada tekanan jiwa dan lemah. 

Keupayaan pembawa perasaan untuk membentuk kecelaruan yang datang kepada bentuk yang lebih tersusun akan memberikan kelebihan kepada pemikirannya, lantas menyerlahkan sedikit kekenduran kepada tekanan yang dihadapiya, pembawa perasaan akan lebih tenang dan dapat menerima hakikat yang berlaku.

Cara mudah untuk mendapat ketenangan adalah dengan meletakkan keutamaan dalam hidup, iaitu semua adalah milik Allah dan hanya kepada Allah kita berserah. InsyaAllah semua yang berlaku akan menjadi lebih mudah dan membentuk hidup dengan penuh hikmah. Tidak pernah dinafikan bahawa kesan luka akan membawa kepada parut yang menjadi kenangan seumur hidup. Parut sebagai memori dan pengajaran serta pengalaman kepada pembawa perasaan. Jauh disudut hati, luka masih berdarah dan terasa, hanya pembawa perasaan sahaja yang tahu dan menahannya. 

Kadang kala juga, bila diurut kesan parut, sakitnya akan terasa, begitu jugalah dengan perasaan yang kita alami, selagi manusia masih bernyawa, selama itulah kita akan merasainya.  Semua yang berlaku adalah dengan kehendakNya, bukan mempertikai tetapi seharusnya bersyukur kerana Allah memberikan jalan kepada kehilangan yang ada.  Alhamdulillah.