Sunday, April 26, 2015

GST

Perkara ini telah lama diperdebatkan dan pelaksanaannya bermula pada 1 April lalu.  Masih banyak kepincangan dan kekurangan yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, khususnya Jabatan Kastam dan Kementerian lain yang terlibat dalam membetulkan kesilapan dan kefahaman masyarakat.  Semua orang akan menyalahkan Kerajaan kerana melaksanakan cukai, apa yang mereka faham adalah... pertambahan kepada cukai sedia ada.  Persoalan orang kebanyakan dalam istilah cukai ini adalah, kutipan cukai yang semakin bertambah dan perkara yang paling utama adalah... adakah harga barang akan meningkat?... lantaran kenyataan menteri dan persembahan melalui media televisyen yang seringkali diuar-uarkan bahawa harga barang akan menurun ... tetapi hakikatnya tidak.

Persoalan yang ditimbulkan tidak sama dengan apa yang dinyatakan.  Tindakan penguatkuasaan inilah yang perlu dilaksanakan jika benar harga bukannya semakin menurun. Berlaku manipulasi peniaga dalam memutarbelitkan fakta percukaian itu sendiri, malah seperti menyalahkan GST sebagai peningkatan harga...betul ke?. Masyarakat kebanyakan akan menganggap, ianya satu sistem percukaian yang berat dan bukannya satu sistem yang dapat mengurangkan perbelanjaan, walaupun mereka tahu...(buat-buat tak tahu)...setiap perkara akan mengalami peningkatan harga mengikut jajaran masa.  Logik akal juga, dan kita semua faham bahawa kos kepada setiap satu benda atau perkhidmatan akan meningkat, cubalah bandingkan harga pada tahun-tahun sebelumnya, secara berperingkat dan mengikut peredaran, semestinya akan meningkat.  Masyarakat jangan lupa, bahawa kenaikan dalam pendapatan juga telah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Antara hendak menerima pembaharuan atau seperti memekakkan telinga dan membutakan mata untuk menolak perubahan tetapi hakikatnya mereka sangat memerlukan perubahan... Kita semua kena faham bahawa perubahan memerlukan pengorbanan.  Ada yang seolah tidak faham dan tidak ingin berkorban sedangkan merekalah yang paling galak menuntut perubahan.

Catatan lepas, pernah juga dijelaskan bahawa, lakukanlah sedikit pengorbanan, menganggap setiap cukai sebagai sedekah kepada pembangunan negara, ini lebih baik daripada membakar setiap sen kepada perkara haram yang berlipat ganda perbelanjaannya...merokok.  Simpanlah sedikit dalam hati dan jiwa kita dengan selalu berprasangka baik dengan pemimpin... berdoa dan menerima setiap rezeki dengan penuh keredhaan. InsyaAllah.

No comments: