Tuesday, January 20, 2015

Alfatihah untuk ayah

Hari ini, tarikh yang tidak akan dilupakan dalam hidup ini dan pastinya rindu kepada ayah semakin menebal...selamanya begini. Alfatihah utk mu ayah

Sunday, January 18, 2015

Mr Sotong

Emm...ada jugak yang baca pasal sotong hijau.  Hal ehwal sotong ni, memang ada sejarah lama, menyakitkan hati kalau disebutkan semula kisah sotong hijau dan sotong lembut ni. Fizikal sotong memang meyakinkan siapa sahaja yang melihatnya...tapi bagi aku...menyampah giler, level 9... Bila bercakap, memang menambahkan sampah dalam menyampahnya aku..naik level 10. Depan kita bukan main cantik lenggok bahasa, lawa sangat tutur kata...bagi aku, tetap menyampah, level 11...

Dulu-dulu, sotong inilah yang menyebabkan aku dan kawan-kawan lain terkandas dalam kenaikan pangkat dan gred jawatan kami, dia tulis memorandum dan mengajak pihak JPA, dan bertambah giler bila dia menulis kepada Perdana Menteri dan akhir sekali kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, untuk terlibat dalam mencabar perlantikan kami seramai 16 orang dalam urusan kenaikan pangkat.  Bertambah sasau apabila pihak JPA melayan karenah lembut si sotong dengan mencari kesilapan dan kesalahan dalam pengurusan dan pengendalian proses perlantikan itu...akhirnya alasan yang dikemukakan oleh JPA untuk menidakkan hak kami adalah "kesilapan mengisi borang"...lantas semua sekali dibatalkan...hal ni lagi giler tahap sinkazen keretapi jepun, level 10...alasan yang dikemukakan adalah tidak masuk akal...a.k.a..tidak logik...a.k.a tidak munasabah...maintain level 10

Tak pasal-pasal si sotong hijau yang lembut dan bersopan, pandai jaga Menteri dan KSU, akhirnya kami seramai 16 orang dihenyak...stress level 9...tak berapa tension sangat sebab kami bawa ke SPA untuk penghakiman akhir...siaplah kau sotong, aku bukan dendam tapi nak bagitau sahaja, bukan rezeki itu ditanganmu tapi semuanya Allah yang tentukan..stress level 1 sahaja kerana SPA menyokong kami dalam hal ini...so what Mr Sotong?, want to fight?

Kejap lagi kau akan jadi lauk..sotong goreng bercili...

Friday, January 16, 2015

Laksa Johor

Kawan terbaca satu artikel berkenaan dengan tempat-tempat menarik dan makanan tradisi di negeri Johor. Yang manarik minat kawan adalah kepada satu artikel berkenaan dengan Laksa Johor...emmmmm...sedap...lagipun kawan memang penggemar Laksa Johor, suka sangat...sedap, walaupun kawan bukan orang Johor tapi Laksa Johor membuatkan kawan cair dengan Johor..ha ha ha..

Masa mula-mula kawan makan Laksa Johor ni, kawan ingatkan "laksa"nya dibuat daripada tepung beras atau gandum ataupun daripada mee...tapi, "laksa" nya adalah spaghetti...emmmm...buatkan kawan terfikir, asal usul Laksa Johor itu, samada pengubahsuaian laksa ini daripada mee atau laksa biasa kepada spaghetti?...

Artikel yang kawan sebut tadi, ada menceritakan asal usul makanan ini.  Pada mulanya, Laksa Johor sememangnya daripada spaghetti yang berasal dari Eropah...haaaa...spaghetti memang dari eropah, cuma kuah Laksa Johor dari negeri Johor.  Diceritakan bahawa Sultan Abu Bakar (Sultan Johor) telah pergi ke Eropah pada zaman pemerintahannnya dan baginda suka makan spaghetti...apabila pulang ke negeri Johor, baginda Sultan menitahkan supaya tukang masak istana menyediakan makanan tersebut,...dan dengan kreativiti tukang masak istana, beliau telah menyediakan kuahnya daripada ikan dan campuran beberapa bahan dan rempah bersesuaian dengan negeri Johor...maka bermulalah Laksa Johor yang sememangnya sedap sangat...

Sedap arr Laksa Johor...

Thursday, January 15, 2015

Sotong biatila

hek...elehhhh...pandai-pandai je nak sibuk kat tempat orang.  ngko sapa bro?...buat keje kat tempat sendiri laa weii.  Ni tempat orang lain, jangan pandai-pandai nak masuk campur.  Apa yang kami buat adalah hak kami dan mengikut kesesuaian apa yang kami ada.  tetiba ngko menyibuk mempertikai apa yang kami buat?   Apa citer ni bro?...eh betul ke ngko ni bro?...aku tengok ngko dah macam sotong..rambut dah macam kena clorox je...bro pakai shawl ke bro? aduhh..orang laki bro...mana nak pakai macam pompuan. Ke ngko ada keje malam?...ke ngko ni dua alam? alahai bro...ehhh....sotong hijau...


Tuesday, January 13, 2015

Gaspar Thomas

Tiba-tiba aje kawan teringatkan sahabat kawan yang dah lama tak jumpa, agaknya dah lebih 7 tahun.  Sahabat kawan ni...seorang yang cukup baik dan suka menolong orang.  Masa kawan susah dulu, iaitu semasa rumah kawan kena masuk perompak dan kereta kawan disamun, dialah yang banyak membantu kawan. Semasa kawan sakit, dia jugalah yang membawa kawan ke hospital... bagi kawan, kalau dalam kesusahan, kawan akan call dia dulu, minta tolong dan dia mesti datang membantu.

Kalaulah pahala itu dinampakkan sebanyak mana kebaikan yang dilakukan oleh sahabat kawan ini, kawan percaya, banyak sangat pahalanya nak disebutkan...bukan kawan sorang yang dia tolong, ramai lagi orang-orang lain yang dia suka menolong...Tak kurang juga dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dan keagamaan yang dilakukan oleh sahabat kawan ini...semuanya berkebajikan dan membantu masyarakat...

Cuma...dah lama sangat tak jumpa dia, rindu nak berbual macam selalu di kedai mamak ..minum teh tarik dan selalu jugak kami pekena nasi beryani kambing di seksyen 9 Shah Alam. Yang berlalu cuma tinggal kenangan.  Namun kawan masih terkilan dengan nasib sahabat kawan ini...malah, semasa menunaikan umrah pada tahun 2012, kawan tidak teragak-agak untuk mendoakan sahabat kawan ini agar diberikan hidayah, dibukakan hatinya untuk menerima islam sebagai agamanya.  Kawan sedih sekiranya sahabat kawan ini mati dalam kekufuran tanpa hidayah untuk menikmati nikmat yang paling besar dalam hidup ini...iaitu islam.

Sahabat, kawan masih mendoakan kamu sehingga akhir hayat kawan, kawan tak mahu sahabat kawan mati dalam kafir dan kufur. Bukalah mulutmu wahai sahabat untuk menyatakan dengan ikhlas bahawa "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"...Laailaha illallah wa ashhaduanna muhammad rasullullah"

Friday, January 9, 2015

Yang Lepas

Membawa peristiwa semalam ke tahun baru 2015, bermula semula sebagai sebuah catatan kepada mereka yang mengalaminya...penghujung tahun 2014, banjir besar melanda negeri di pantai timur, termasuk negeri Pahang dan Perak.  Punca air hujan yang melebihi purata daripada keadaan biasa menjadikannya luarbiasa dan menyebabkan limpahan air yang sangat besar.  Ramai sahabat-sahabat kawan yang terlibat dengan banjir pada tahun ini.  Nenek kawan dan saudara mara kawan turut terlibat dan dipindahkan kerana rumah dan kediaman mereka ditenggelami air.

Pengalaman semasa kecil, semasa kawan berusia 8-12 tahun, setiap tahun, kawan akan menantikan air bah melimpah jalan di belakang rumah kawan.  Bila air naik dan melimpah jalan, akan terputus hubungan antara kampung nenek kawan dan rumah kawan.  Semua akan berpesta air bah...budak-budak seusia kawan akan bermain air, masa inilah juga kawan keluar rumah mencari ikan sungai, memasang perangkap yang dibuat sendiri seperti sebuah bubu ikan...kawan dan abang kawan membuat bubu daripada jaring besi...atau dawai punai...diikat dengan bilah besi yang dibentuk silinder...umpan yang digunakan kawan adalah ikan busuk...ataupun ikan kering...

Ada jugak kawan memasang bilah-bilah seperti pancing...orang kampung kawan panggil pancang seperti pancing (agak pendek sedikit) itu sebagai "taut" yang digunakan untuk memancing ikan.  Kawan pacakkan taut ini di sepanjang sungai belakang rumah. Kerja memasang taut dilakukan pada lewat petang, dibiarkan semalaman....menunggu keesokannya untuk menuai hasil...tangkapan ikan. Walaupun tidak banyak yang mengena tetapi keseronokan untuk melakukan perkara ini sangat berbaloi kepada kawan, memberikan kawan pengalaman sebagai budak kampung.

Banjir tahun ini agak besar dan membuka mata kepada ramai orang, sememangnya perkara ini menjadi lumrah tahunan kepada mereka tetapi keadaan tahun ini menjadi luarbiasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Allah berikan ujian dan rahmatNya dengan penuh hikmah kepada mereka yang ingin berfikir.  Allah datangkan sedikit ujian yang tegas agar kita semua membuat penilaian semula kepada perlakuan dan tindakan yang pernah kita lakukan...terlalu banyak yang kita mungkir kepada perintah Allah dalam semua perkara.  Kesenangan selama ini adalah ujian yang kita lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah... dan pastinya sediki kesusahan yang didatangkan inimerupakan peringatan untuk kita kembali kepadaNya dengan lebih tawadduk dan redha. InsyaAllah.

Tahniah

Isteri kawan dinaikkan pangkat (Gred) dalam jawatan beliau. Akan memikul tanggungjawab yang lebih besar dan amanah Allah yang lebih berat.  Kawan kata...ianya adalah ujian yang Allah berikan kepada kita...dalam rahmat dan rezeki, ada ujian yang tidak kita duga bagaimana bentuk dan rupanya pada masa hadapan.  Kawan sentiasa doakan dirinya masih seperti dahulu dan lebih kuat takwanya kepada Allah.  Masih mampu tunaikan tahajjud dan dhuha secara konsisten, masih mampu mentelaah kitab-kitab agama, masih sudi menjadi solehah dalam keluarga ini.  Tahnah atas kejayaan mu...

Thursday, January 1, 2015

Today

Today a new year is born, and today you too can be born anew if you will discover self...the real you