Wednesday, February 24, 2016

Cukup Haul

Dah cukup haul kawan berkhidmat di negeri Johor. Lebih lima tahun.  Satu tempoh waktu yang panjang dan sepanjang tempoh itu, ianya memberikan pengalaman kerja yang pelbagai rasa dan ragam, sampai ke satu tahap, kawan lebih Johor dari orang Johor itu sendiri (Ha Ha Ha).

Kenapa cukup haul?. Jawapannya mudah, sebab terlalu lama kawan di negeri Johor.  Dan kalau mengikut rujukan yang kawan buat, "cukup haul" yang dikira berdasarkan kalendar islam, bermaksud : Satu jangkamasa setahun..." Untuk lebih faham, kaedah cukup haul ini merupakan ukuran masa yang ditentukan dalam pengiraan zakat.  Jangan lupa juga bahawa haul datang dengan nisabnya sekali.  Andai menginginkan kefahaman, kenalah rujuk buku agama berkaitan dengan zakat dalam islam.

Berpindah? Ya, berpindah dan mencari pengalaman baru ditempat lain dengan berbekalkan pengalaman yang ada. Bila?, Apabila kawan telah bersedia dan Allah menentukan semuanya. InsyaAllah.


Mula semula

Agak lama juga kawan tak update blog ini.  Bukan sebab kawan malas nak update, sedangkan banyak kawan nak tulis, tapi mungkin sebab-sebab lain yang menghalang kawan menulis.  Bagaimanapun yang tertinggal beberapa bulan lepas, biarlah lepas, yang baharu andainya terlintas untuk kawan menulis, kawan akan menulis.