Thursday, April 16, 2015

Pingat Kemahkotaan Khas

Tak terbayang langsung dalam fikiran ini nak dapat pingat daripada Tuanku Sultan dan Istana Johor sempena Hari Kemahkotaan pada akhir Mac lalu.  Senarai nama yang diminta oleh pihak SUK adalah senarai nama yang telah memberikan khidmat sepanjang pengurusan dan pelaksanaan dari awal perancangan bagi menjayakan Hari Kemahkotaan.  Sememangnya kawan terlibat dari peringkat awal, bermula pada pertengahan tahun 2012, dalam mesyuaratnya yang pertama dengan Dato' SUK Johor.

Kawan ingatkan pingat biasa-biasa sahaja, seperti yang kawan selalu berseloroh dengan kakitangan pejabat ini, "agaknya macam pingat yang lari 100m kat sekolah kot"... tapi semasa kawan dalam perjalanan ke Pejabat SUK pada pagi tadi, ianya bukan perkara mudah, ianya satu hal dan perkara serius serta penting.  So...kawan pasrah bahawa Tuanku Sultan telah berkenan menganugerahkan kepingan pingat yang sangat terhad sempena Kemahkotaannya kepada mereka yang terhad juga. Kesimpulannya, pingat ini, sekali dalam seumur hidup dan terhad kepada Hari Kemahkotaan sahaja.

Perasaan kawan?, semestinya kawan teruja dan gembira dengan penganugerahan ini, kerana kawan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sepanjang kawan berkhidmat di sini.  Selagi kita berusaha dan memberikan khidmat dan niat kepada Allah, maka, akan tiba juga ganjaran yang diilhamkan Nya kepada manusia. Ini juga merupakan hadiah harijadi yang cukup bermakna. Alhamdulillah

No comments: