Sunday, June 15, 2014

Tuesday, June 10, 2014

Di Sudut Kamar Hatiku

resah hatiku merinduimu
terbayang-bayang anggun senyum dan tawamu
baru semalam rasanya bagai setahun
pemergianmu tak tertanggung
indah suasana tika bersama
siang dan malam seolah di alam syurga
cintamu itu cinta yang setulus jiwa
dimana ku cari gantinya
telah ku lupa detik hitam selamanya
yang menodai cinta kita
tidak terdaya menahan takdirnya
engkau abadi didalam dada
sepi dunia didalam riuh rendahnya
pedih jiwaku tanggung derita
patah hatiku kesalan tiada terhingga
kau satu dalam berjuta
kepada tuhan tempat ku taruh harapan
engkau selamanya dalam bahagia
cintamu itu biarku kenanginya
disudut kamar hatiku
sekadar coretan buat kenangan
cerita kita disini ku abadikan
tinggi harapan semoga diketemukan
di alam impian syurga idaman

Thursday, June 5, 2014

Seiras Ayah

Apa yang kita nampak, walaupun rupanya tidak sama, tetapi dengan hanya sekali pandang, ianya akan mengingatkan kita kepada seseorang, mungkin itulah satu tanda daripada Allah untuk kita dipertemukan dengan orang yang kita rindu. 

Aku diberitahu bahawa  ... semasa mengerjakan tawaf di Baitullah, seorang tua memegang bahu kananku untuk tempoh yang agak lama, tawaf bersama.  Wajahnya seiras ayah. 

Malunya Aku

Alunan lagu dan kelunakan suara semasa dia memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci alQuran sungguh menyentuh hati. Bahasa Allah yang dipertuturkan dengan begitu teratur dan tertib memberikan kita (sebagai hambaNya) panduan dan pedoman dalam kehidupan.  Itulah juga Karma dan Aturan Kehidupan yang tiada tolok banding, kerana semua undang-undang dan hukum berpandukan ayat-ayat suci ini.

Keupayaannya untuk mempersembahkan bacaan ayat-ayat suci alQuran dengan baik dan menjuarai musabaqah pada kali ini sangatlah dipuji.  Allah menganugerahkan dirinya kelebihan dan keistimewaan dalam penghayatan alQuran.  Allah menganugerahkannya kelebihan yang sungguh luarbiasa dan berbeza dengan manusia lain. 

Dalam hati ini berkata “malunya aku yang celik dan nampak untuk membaca dan melihat, tidak dapat membaca alQuran dengan baik dan betul…inikan pula dengan taranum dan fasakhah serta tajwid yang tepat, walaupun dirinya seorang buta,… malunya aku”

Wednesday, June 4, 2014

Akal dan Nafsu

Apabila fikiran buntu dan berserabut, terlalu susah untuk membuat keputusan kerana ianya membawa jauh akal dan kewarasan fikiran untuk memilih secara rasional.  Pelbagai mesej dan maklumat yang diterima akan membuatkan kita menjadi keliru, dalam menentukan kebenaran atau kesilapan.  Pada ketika ini, akal berada dalam keadaan negatif dan dipengaruhi nafsu, antara baik dan jahat, dan membahagikan akal yang satu kepada dua bahagian yang memaksa kita untuk membuat pilihan.

Andainya nafsu membatasi kewarasan akal dan iman,  ianya mempengaruhi setiap tindakan dan perlakuan. Nafsu akan menguasai diri dan manusia tidak dapat berfikir secara waras dan membawa mereka untuk bertindak diluar batasan fitrah.

Akal menjadi lemah, semakin kecut dan mengecil, kerana nafsu yang membuak-buak akhirnya akan mendorong manusia untuk bertindak dengan cara gila.  Sonsongan bisikan syaitan dan iblis yang sentiasa mengambil peluang, menambahkan rasa nasfu dan fikiran yang keliru, menyerapi nafas manusia dengan jiwa kacau dan tidak waras, lantas tindakan berpaksikan kepada sesuka nafsu tanpa adanya akal dan iman.  Jika ia mati, maka kematiannya penuh dengan aib dan caci nista, jika ia hidup, maka kehidupannya penuh dengan bangsat dan celaka.


Better Doesn't Mean Good

Better Doesn't Mean Good