Tuesday, January 28, 2014

Perjuangan dan Kemenangan Dengan Cara Jijik

Mereka telah kecundang dalam pertarungan yang sangat  adil pada tiga tahun lepas.  Kekalahan mereka adalah kerana kemampuan dan sifat mereka yang negatif, penuh dengan jiwa kotor, hasad dan dengki.

Pelbagai fitnah dan cercaan selama tiga tahun dilemparkan kepada yang menang.  Pelbagai tohmahan dan layangan fitnah berbisa dikumpul dan disebarkan sehingga menggugat kedudukan mereka yang menang.

Seolah-olah mereka tidak bertuhan dan tidak mempunyai prinsip dalam hidup untuk menerima kekalahan dengan rasional. 

Mereka mengasak dan terjah dengan penuh kasar, memukul dan menghambur kata-kata kesat dan jijik, menabur fitnah menjadi permainan dan menghitam jiwa yang telah busuk.

Akhirnya, yang menang tadinya telah kalah. Yang kalah telah menang.

Itulah permainan jijik dan kotor mereka.

Monday, January 27, 2014

Sunday, January 26, 2014

Salah Siapa?

Berkemungkinan kita tidak perasan, tidak terfikir dan tidak tahu kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan, hingga menyebabkan orang lain merasainya.

Akibatnya, mereka akan memberi tanggapan yang negatif dan menganggap bahawa kita tidak menghargai apa yang telah dilakukan oleh mereka. 

Atau berkemungkinan, mereka juga tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama dan dalam situasi yang sama, sementara itu mereka tidak tahu, tidak perasan apa yang telah mereka lalukan sehingga menyakiti hati orang lain.

Salah siapa?

Monday, January 20, 2014

Berbekas Di Hati 4

Mengingat kembali pada hari ini, setahun yang lalu...suatu pagi yang cukup indah dan nyaman.

Ayah telah kemaskan semua pakaian dan dokumen-dokumen pentingnya dalam sebuah beg yang agak besar, seperti bekalan untuk pergi berjalan jauh dan lama.  Wajah ayah nampak lesu dan tidak bermaya, matanya bundar memandang jauh tanpa arah, walaupun ayah demam sejak seminggu lalu dan wajahnya yang kepenatan di pagi ini, tetapi ayah tetap mengukir senyuman kepada semua.

Ayah sempat membuat beberapa kiraan dalam menguruskan bayaran kepada tukang rumah yang sedang menyiapkan rumah aku di kampung (bersebelahan dengan rumah ayah).  Ayah masih kuat untuk berfikir dengan waras dan membuat kiraan matematiknya tentang bayaran tersebut.  Ayah juga masih mampu untuk menandatangani cek.

Ayah sempat bertemu dengan ibunya (nenek kami) sebelum bertolak.  Mereka saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.  Mereka saling berbalas ciuman antara anak dan ibu.  Ayah ada berkata sesuatu kepada nenek bahawa beliau pergi dan tak akan kembali lagi.  Ayah memandang sayu rumahnya dengan penuh harapan, mungkin ayah berkata bahawa beliau pergi dan tak akan kembali juga kepada rumahnya.  Rumah yang dibina hasil titik peluhnya untuk memberikan perlindungan kepada anak dan isterinya.

Perjalanan menuju ke Shah Alam memakan masa hampir 7 jam.  Selama masa itu jugalah ayah tidak putus-putus menyebut nama Allah dan melafazkan “ Laailaa hailla anta, subhanakainni kuntum minazzaliminn”.  Perangai ayah juga tidak seperti biasa, ayah seperti tidak sabar untuk sampai ke destinasi dan seringkali menyuruh aku memandu dengan laju dan cepat agar cepat sampai ke Shah Alam (rumah abang aku).  Aku layan kerenah ayah.  Dalam suasana ini, Allah masih tidak memberikan aku sebarang tanda dan membutakan mata hati ini untuk mengetahui apakah sedang berlaku??..Selepas kematian ayah, barulah aku tahu bahawa ayah sedang nazak. Ayah sedang sakit menghadapi maut, tetapi ayah mampu untuk melafazkan kalimah Allah dan memohon keampunan sepanjang perjalanan ini.

Ayah ada mengadu sakit perut dan kakinya sangat sejuk.  Isteri aku sempat menyatakan kepada ayah untuk belikan ubat kepadanya setelah tiba di Shah Alam.  Setibanya kami di Shah Alam, aku memapah ayah masuk ke dalam rumah.  Rupanya itulah khidmat aku yang terakhir semasa ayah hidup untuk aku berbakti kepadanya.  Isteri aku berkali-kali mengingatkan aku untuk mendapatkan ubat ayah, aku terpaksa juga melawan keletihan memandu untuk keluar dari rumah semula menuju ke mana-mana farmasi yang masih dibuka walaupun hari ini merupakan hujung minggu (Ahad) kerana kebanyakan kedai atau perniagaan tidak dibuka pada hari ini. Sukar sekali hendak mencari farmasi yang dibuka pada hari ini.  Aku terpaksa ke tempat yang agak jauh dan hampir sejam setengah mencari barulah aku dapat membeli ubat ayah.

Setibanya aku di rumah.  Aku terus ke bilik yang disediakan untuk ayah tetapi ayah terbaring kaku dan aku lihat isteri aku, adik dan abang aku masing-masing mengalirkan airmata.  Aku tahu bahawa ayah telah pergi untuk selamanya dan pastinya aku tidak dapat menahan sedih dan tangis. 

Pengurusan jenazah ayah bermula dan kami mendapat kerjasama yang sangat baik dengan kariah masjid disini.  Pihak Polis juga memberikan kerjasama yang sangat baik dalam meluluskan permit mengubur dan melakukan siasatan di rumah.  Semuanya begitu mudah walaupun hari semakin gelap dan kebanyakan orang bercuti pada hari ini.  Itulah Kehendak Allah.

Anak cucu ayah membaca ayat-ayat alQuran sepanjang petang ini.  Selepas maghrib, jenazah ayah dibawa ke Masjid untuk dimandi dan disempurnakan.

Berbekas Di Hati 3

Ada orang bertanya, “apa amalan ayah ketika dia hidup?” Aku hanya boleh menyatakan bahawa ayah tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak kami masih kecil lagi.  Ayah juga tidak pernah meninggalkan solat tasbih pada setiap malam hari raya.  Yang pasti, ayah akan berjaga malam untuk beramal. 

Aku tidak pasti amalan apa yang ayah lakukan tetapi apa yang aku faham, ayah sangat bertegas dan akan memaksa kami semua (adik beradik) untuk menunaikan solat berjemaah bersamanya, terutamanya solat subuh, maghrib dan isyak.  Ayah juga seorang yang mengikut peraturan dan penuh disiplin dalam hidupnya.

Ayah juga banyak memberikan khidmat kepada masyarakat ketika muda dan sehinggalah akhir usianya.  Beliau seorang yang amanah dalam kerja dan suka bersedekah kepada mereka yang susah.  Ayah jugalah yang menjaga emak (cik) kami yang sakit angin ahmar (terlantar) sejak 11 tahun lalu.  Pengorbanan ayah dalam menjaga cik tidak dapat ditandingi oleh mana-mana suami dan ayah yang lain.  Ayah seorang yang sangat sabar.  Aku bangga dengan ayah.

Begitulah mudahnya urusan yang Allah berikan kepada kami ketika menguruskan jenazah ayah.  Ayah meninggal dunia pada jam 5.30 petang  dan disempurnakan pengebumian pada jam 10 malam.  Allah Maha Tahu segala apa yang berlaku.  

Alhamdulillah. 

Berbekas Di Hati 2

Jenazah ayah disembahyangkan selepas solat isyak oleh jemaah masjid yang memenuhi hampir keseluruhan ruang solat jemaah bagi lelaki dan perempuan. Kematian ayah sangat dirasai oleh semua ahli keluarga yang hadir pada hari ini.

Jenazah ayah dibawa ke kubur untuk dikebumikan.  Aku dan abang menunggu jenazah didalam ruangan kubur untuk disempurnakan di liang lahad ini.  Sewaktu jenazah ayah diturunkan, Allah memberikan tanda dan membuka mata hati ini untuk melihat kekuasaanNya. 

Aku dapat melihat kubur ayah begitu luas dan sangat selesa untuk ayah dibaringkan.  Setelah jenazah ayah dibaringkan dengan mengiringkan bahagian badan sebelah kanan dan menghadap kiblat, aku melihat ruangan untuk kepala ayah begitu luas dan besar.  Begitu juga pada penghujung kaki, masih ada ruang yang jelas begitu selesa untuk ayah dibaringkan dalam liang lahad ini.  Dalam hati aku berkata “selesa jugak ayah dalam liang kubur ini”. 

Selepas kami selesai menyempurnakan jenazah ayah, aku diberitahu oleh abang aku bahawa kubur ayah berbau wangi.  Sesungguhnya Allah Maha Besar kerana memperlihatkan aku dan mereka yang berada disekeliling dengan peristiwa ini.  Sesungguhnya Allah Maha Besar untuk memberikan peringatan dan membuka hidayah kepada sesiapa sahaja.  Peristiwa bersama jenazah ayah sangat terkesan dalam diri ini.  Aku mohon agar dosa-dosa ini diampunkan Allah dan biarlah aku mati seperti ayah juga.

Alfatihah untuk ayah. 

Berbekas Di Hati 1

Hari ini, 20hb Januari, genap setahun ayah pergi untuk selamanya.  Setahun yang masih segar dalam ingatan seperti baharu semalam berlaku.  Setahun yang berlalu telah memberi kesan kepada aku.  Perasaan dan kerinduan kepada ayah semakin kuat dan kehilangan ayah sungguh terasa dan berbekas di hati.  

Menguruskan jenazah ayah bersama dengan abang dan adik serta seorang anak saudara merupakan khidmat akhir daripada kami untuk ayah didunia ini.  Jenazah ayah dimandi dan dikafankan di Masjid Taman Perumahan Subang Permai, Shah Alam.

Ayah sememangnya telah bersedia untuk pergi.  Perut ayah telah kosong, tiada najis atau kotoran yang kami perolehi semasa membersihkannya.  Semua kuku tangan dan kaki serta telinga ayah telah dibersihkannya sebelum itu dan memudahkan kami untuk memandi dan membersihkan ayah.

Setelah dikafankan dan disempurnakan jenazah ayah, wajah ayah begitu bercahaya dan ada senyuman dibibirnya.  Inilah petanda Allah untuk kami sekeluarga bahawa ayah telah menyahut seruan Allah dengan penuh kegembiraan. InsyaAllah.  Benarlah petanda Allah berikan kepada kami bahawa, pengurusan jenazah ayah sungguh dipermudahkanNya dan pemergian ayah dihadiri oleh ramai jemaah yang memenuhi ruang masjid untuk disembahyangkan walaupun hari ini merupakan hari minggu (cuti) dan solat jenazah dilakukan selepas isyak.

Begitu besar kurniaan Allah dan peringatan Allah kepada kami semua. Walaupun ayah tidak berasal dari sini, namun ramai yang datang untuk menziarahi ayah pada ketika kematiannya. 

Aku tahu ayah seorang yang sangat baik.  Orang baik seperti ayah akan dikurniakan Allah segala bentuk kemudahan semasa kematiannya.

Thursday, January 16, 2014

Cinta atau Nafsu?

Umur anaknya 21 tahun, baharu selesai menamatkan pengajian persediaan ke Ireland untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan (menjadi doktor).  Tempoh masa bagi menamatkan pengajian dalam bidang ini lebih dari lima tahun.  Ini bermakna, pada umurnya 26 atau 27 tahun, baharulah dirinya layak bergelar doktor dan pastinya akan bertugas di mana-mana hospital kerajaan (kerana semua tanggungan dan perbelanjaan oleh kerajaan kerana telah tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui oleh kedua belah pihak)

Penulisan pada kali ini bukanlah kepada perenggan atas, bidang perubatan dan perkhidmatan di hospital kerajaan adalah perkara kedua.  Apa yang aku ingin tuliskan adalah berkenaan dengan perkahwinan pada usia 21 tahun tanpa ada sebarang jaminan pekerjaan dan punca pendapatan, malah masih mengharap kepada ibu bapa untuk menanggung segala perbelanjaan keluarga baru ini.

Persoalannya, apakah betul tindakan untuk berkahwin pada usia begini (21 tahun) tanpa ada perancangan (mungkin mengharapkan kepada kelulusan yang akan tiba dalam tempoh masa 5-6 tahun lagi) untuk mencari pendapatan bagi menangung keluarga sendiri?.  Atau adakah tercapai hasrat dan cita-cita tersebut? Kalaulah tidak tercapai…

Barangkali usia 21 tahun adalah OK untuk berkahwin,  tetapi adakah pasangan telah bersedia untuk memegang amanah dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri atau suaminya?.  Bagaimana pula dengan kelahiran anak-anak dalam tempoh tersebut?  Berkemungkinan pasangan boleh merancang kelahiran tetapi ketentuan Allah lebih hebat, kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Bagaimanapun berkahwin pada usia yang terlalu awal ada baik dan ada juga buruknya, apa yang perlu adalah, pasangan perlu menilai dan memikirkan semula natijah dan kesan kepada apa yang dilakukan sekarang.  Berkemungkinan keputusan untuk berkahwin pada usia ini dipengaruhi oleh faktor cinta itu itu sendiri, “cinta itu buta”, tidak mengenal siapa dan masih diselaputi dengan keindahan untuk hidup bersama, diselimuti dengan kerinduan dan sebagainya.  Maka, jika demikian, adalah tidak betul untuk mengambil keputusan berkahwin pada usia dan keadaan seperti sekarang (tanpa apa-apa jaminan untuk hidup).

Ada juga orang berkata, “rezeki ditentukan oleh Allah”, maka “berkahwin sahajalah”, “apa nak takut dengan tiada pendapatan atau duit dan sebagainya”.  Semuanya tepat dan betul, semua rezeki dan hidup kita ditentukan oleh Allah.  Tetapi Allah juga memberikan kita fikiran dan akal serta nafsu untuk dikawal.  Adakah pasangan tersebut bertindak dengan menurut nafsu atau sengaja mencari alasan “takut nanti apa-apa terjadi kalau tidak berkahwin”.  Itu alasan yang sangat salah, kerana kita dibekalkan dengan akal dan pengetahuan serta didikan yang boleh membezakan salah dan benar, dibekalkan dengan kewarasan akal fikiran.  Maka fikirkanlah, panjangkanlah akal kita untuk membuat sebarang keputusan, waima dalam memilih sayuran dan buah-buahan sekalipun, kita boleh memilih yang mana busuk dan yang mana baik.

Masih banyak yang boleh difikirkan lagi. Jangan sempitkan fikiran dengan halangan cinta itu sendiri, kerana cinta akan menjadi desakan dan alasan yang tidak munasabah kepada keputusan yang akan dibuat.

Tuesday, January 14, 2014

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul, Nabi kita semua iaitu Nabi Muhammad SAW pada esok hari (12 Rabiulawal), mengingatkan aku ketika berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan Madinah pada pertengahan tahun 2012.

Menjejakkan kaki di tanah suci Madinah, memberikan satu perasaan yang cukup tenang dan selesa, walaupun cuaca agak panas dan pada satu-satu masa, suhu boleh mencapai 50C, namun keseronokan berada di Madinah adalah tidak terkata.

Tujuan utama di madinah bagi kita umat Islam adalah untuk menunaikan solat di Masjid Nabi terutamanya di dalam kawasan yang berkarpet hijau atau dinamakan "Raudhah" (kawasan asal masjid nabi / rumah nabi) dan selepas itu pula kita semua akan berkunjung ke Makam Rasulullah, tempat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang dan satu tempat yang tidak pernah sunyi dari kunjungan umat manusia.

Melintasi makam rasulullah, walaupun hanya sekejap sahaja akan membuatkan kita semua menangis kerana kerinduan kepadanya.  Perasaan hiba dan sebak akan memenuhi ruangan di dada.

Keseronokan bertemu dengan mu wahai rasul, walaupun hanya makam batu yang diperlihatkan dan memiliki perasaan rindu kepada mu wahai rasul, ianya adalah hadiah terbesar dalam hidup ini.  Walau jarak antara kita adalah terlampau jauh, tempoh masa antara kita terlalu lama dan cerita masa lalu dizaman mu adalah berbeza, walau seribu tahun lagi, perasaan sayang dan kasih serta rindu kepada mu  adalah sangat dekat dalam diri ini, ianya terpendam teguh dalam hati ini wahai rasul.

Apabila berbicara tentang mu, apabila  menulis tentang cerita mu, airmata ini akan mengalir laju.  aku merindui mu wahai Rasulullah.

Friday, January 10, 2014

Ka'abah

“Rezeki dan keizinan Allah jua…”. Ramai orang akan berkata sedemikian dan zahirnya begitulah kerana semua perkara memerlukan kepada keizinanNya untuk dilaksanakan.
Semalam, salah seorang kawan aku baru pulang dari bercuti.  Pada awalnya beliau bercuti untuk menunaikan umrah di tanah suci Mekah, tetapi pada saat akhir, visa umrah tidak diluluskan. 

Kelulusan visa menunaikan umrah ini telah diperkatakan sejak sebulan yang lalu dan perkara ini banyak diuar-uarkan dalam kebanyakan akhbar dan media sosial.  Kerajaan  Arab Saudi terpaksa menghad dan mengetatkan kemasukan rakyat asing ke negara mereka atas sebab-sebab keselamatan dan penghijrahan rakyat asing yang melanggar undang-undang negara mereka.

Namun demikian, ada hikmah bagi sesuatu perkara yang terjadi.  Kegagalan kawan aku menunaikan umrah pada tempoh yang telah dirancang juga ada hikmahnya.  Kita sebagai manusia dan hambaNya hanya mampu untuk merancang setiap perkara tetapi akhirnya Allah jualah yang akan menentukannya perjalanannya.  Hikmah yang berlaku dan yang difahami oleh aku sepanjang percutian beliau di kampung adalah,  beliau mempunyai banyak masa dan peluang untuk menguruskan kemasukan anak ke sekolah baharu dan menguruskan keluarga yang lebih memerlukan, seperti membantu bapa mertuanya yang sedang sakit tenat.

Allah maha mengetahui apa yang akan berlaku.  Allah jugalah yang telah menentukan beliau untuk tidak menunaikan umrah tetapi menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan melengkapkan urusan yang belum diselesaikan. 


Maha Besar perancangan dan kuasa Allah.  

Tuesday, January 7, 2014

Peraturan dan Rotan

"Abah, tadi cikgu rotan Yad sebab tak bawak borang tu" cerita anak kedua aku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke rumah.

Dia kena rotan kat tapak tangan. Sakit katanya, aku juga sakit, sakit hati sebab cikgu menggunakan rotan untuk memberi hukuman yang tidak sepatutnya dilaksanakan kerana, borang yang berkaitan dengan maklumat pelajar tersebut sepatutnya diserahkan dalam minggu ini, masih ada beberapa hari lagi untuk ibu bapa menyiapkan borang tersebut, kerana ianya memerlukan dokumen sokongan lain yang perlu disediakan oleh ibu bapa.



Ada juga ibu bapa pelajar yang outstation sejak dari minggu lepas dan aku percaya bahawa borang itu tidak akan dapat disiapkan dalam minggu ini. 

Apakah sebab-sebab yang logik dan boleh dipertimbangkan oleh pihak guru untuk tidak menggunakan rotan sebagai hukuman?  Tindakan yang dilaksanakan oleh guru ini hanyalah untuk menakutkan pelajar sahaja, bukan bertujuan untuk mendidik, kerana mendidik memerlukan kasih sayang dan kasihan kepada anak-anak murid.

Guru atau cikgu perlu pertimbangkan alasan yang dikemukakan oleh setiap murid, kerana setiap murid adalah berbeza dan mempunyai latar belakang keluarga yang berlainan. Ada murid yang miskin, susah, tiada ibu dan bapa serta kesusahan lain yang tidak dapat dilihat oleh guru di sekolah. Guru telah dibekalkan dengan pengetahuan yang tinggi dan seharusnya mampu menilai murid-muridnya.

Rotan boleh digunakan terhadap murid yang melakukan kesalahan serius, iaitu kesalahan yang memerlukan kepada hukuman yang bersesuaian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau guru berkenaan.

Berkemungkinan juga hukuman rotan kepada kesalahan tidak membawa borang maklumat yang diperlukan oleh pihak sekolah juga boleh dikira sebagai kesalahan serius? Atau boleh juga dipertimbangkan untuk dikenakan hukuman rotan kepada guru yang tidak faham tentang peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah seperti merotan pelajar yang tidak menghantar borang yang sepatutnya diserahkan dalam masa seminggu, tetapi guru meminta diserahkan dalam masa sehari.






Monday, January 6, 2014

Jujurlah

Semalam, aku pulangkan semula wang yang telah didepositkan oleh pelanggan aku kerana barang yang dijual telah rosak dan tidak dapat digunakan. 

Aku faham bahawa prinsip untuk menjalankan perniagaan adalah perlu jujur dan takutkan Allah.

Sedikit kerugian pada kali ini merupakan dugaan dan ujian Allah. 

Namun demikian dan sebenarnya semua modal yang aku peruntukan untuk barangan ini telah digunakan dengan pulangan kosong (kerugian). Ini adalah kerana barang yang dibekalkan oleh seorang hamba Allah tidak dapat digunakan langsung. 

Aku telah memaklumkan kepadanya berkenaan dengan perkara tersebut dan aku harap dia akan sedar betapa kerugian yang ditanggung oleh aku, berkemungkinan juga kerugian yang ditanggung oleh orang lain juga telah berlaku.  Sekiranya sikap berdiam diri dan tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh beliau dalam perkara ini, maka bertambahlah mereka yang akan tertipu dan berterusanlah dosa-dosa daripada setiap sen yang diperolehinya.  Hentikanlah melakukan dosa dengan mengamalkan perniagaan yang tidak jujur.

Perasaan puas bila memulangkan semula duit pelanggan, puas kerana Allah telah menguji aku dengan dua pilihan seperti antara hitam dan putih, antara jahat dan baik, antara mulia dan dusta, antara duka dan suka…pilihlah mana yang kita mahu.  Aku harap apa yang aku telah lakukan merupakan didikan untuk jiwa ini yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar.

Allah juga telah memakbulkan doa untuk aku menjalankan perniagaan dengan baik dan mendapat rezeki yang halal. Walaupun kerugian pada hari ini, namun aku mohon agar ada lagi rezeki dan keuntungan pada ketika lainnya. Allah Maha Tahu.


Aku perlu teruskan apa yang telah diusahakan ini, untuk memulakan aktiviti perniagaan secara lebih serius agar sedikit keuntungan ini dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan.  Biarlah untung sedikit tapi berpanjangan dan ada setiap masa, aku bukan inginkan banyak kekayaan wang dan harta, sehingga lupa kepadaNya, tapi berilah aku sedikit kekayaan yang dapat membimbing aku untuk lebih mendekatiMu Ya Allah.

Friday, January 3, 2014

6 Jam!!!


Beratur untuk membeli buku dan peralatan sekolah anak di sebuah sekolah di Johor Bahru memakan masa lebih 5 jam!!!. Kalau difikirkan, memang tidak masuk akal dan tidak logik.  Kalau tidak mahu percaya pun, bolehlah untuk tidak percaya kenyataan tersebut.  Tetapi, aku telah mengalami sendiri dan berada dalam situasi ini.

Jadual untuk hadir ke kedai buku sekolah dinyatakan pada jam 8.30 pagi. Akan tetapi terpaksa menunggu sehingga sejam kemudian, barulah kedai buku sekolah dibuka.  Aku mula berbaris pada jam 10.30 pagi selepas mendaftarkan anak ke sekolah (berpindah).  Panjang barisan ini kira-kira 7 meter dengan anggaran seramai 20 orang yang berbaris. BARISAN TIDAK BERGERAK.

Tidak bergerak barisan ini sehinggalah jam 2.30 petang, didepan aku masih ada lagi 8 orang yang menunggu.  Sejak dari mula berbaris, semua orang telah gelisah dan ada yang telah bertukar-tukar ganti dengan ahli keluarga yang lain.  Bayangkan selama 4 jam ini, penjualan dan pembelian buku belum selesai.  Selama 4 jam…akau teringat juga perjalanan dari rumah aku di Kuala Kumpur ke Johor juga mengambil masa selama 4 jam (termasuk masa rehat di RnR). Empat jam juga merupakan satu tempoh yang lama kalau hanya berbaris untuk membeli buku.

Aku terpaksa untuk tidak meneruskan pembelian buku ini kerana waktu solat zohor sudah hampir ke penghujung dan anak aku yang bersekolah pada sesi pagi telah lama tamat waktu persekolahannya.  Perancangannya, aku akan datang semula pada lewat petang, sambil menunggu anak aku yang bersekolah pada sebelah petang. 


Selesai urusan menghantar anak aku pulang ke rumah, aku bersolat dan bersiap semula ke sekolah untuk berbaris membeli buku.  Barisan pada kali ini agak pendek tetapi aku tidak dapat mengagak apa akan berlaku selepas ini.  Aku mula berbaris lagi pada jam 3.30 petang sehinggalah 5.30 petang (2 jam) untuk aku berjaya membeli buku sekolah anak.  Itupun buku dan peralatan sekolah sebahagian besarnya TIADA STOK!!!

Sikap 1

Semalam, ketika berurusan di sebuah kaunter pejabat (tidak perlu dinamakan dan tidak perlu dinyatakan jenis perkhidmatan yang disediakan), pelbagai alasan dapat aku dengar melalui perbualan dan layanan yang diberikan kepada pelanggan termasuklah aku.

“Saya baru bertukar ke sini” itulah alasan pertama yang aku dengar daripada seorang pegawai bertugas di kaunter tersebut.  Perkataan “baru bertugas” sepatutnya tidak dijadikan alasan atau sebab untuk mengelak daripada tidak mengetahui permasalahan pelanggan yang mengadu persoalan atau membuat permohonan terhadap perkhidmatan yang disediakan.  Ini adalah kerana, perkhidmatan yang disediakan oleh kaunter ini telah lama disediakan dan telah ada dimana-mana sekalipun, waima dikawasan pedalaman sehinggalah ke pusat bandaraya, mahupun semasa kecil kita semua telah melaluinya dan anak-anak kita semua telah melaluinya.  Perkara dan perkhidmatan yang begitu mudah dilaksanakan dan diberikan kepada pelanggan yang datang berkunjung.

Sepatutnya, pegawai yang bertukar telah mengetahui SOP (Standard Operation Procedur) berkaitan tugas kerana telahpun  melaksanakan tugas yang sama ditempat lama.  Andai pegawai belum pernah bertugas di kaunter yang dimaksudkan, pertimbangkanlah untuk membuat sedikit penyelidikan atau dengan lebih mudah untuk membuat pembacaan kepada SOP yang disediakan ataupun bacalah Fail Meja yang telah disediakan di atas setiap meja dan tugas yang dilaksanakan oleh setiap pegawai bertugas. Seharusnya juga semua kakitangan dan pegawai  mengetahui  tentang bentuk perkhidmatan kerana setiap caragaya penyampaian telah ada peraturan dan syarat yang dinyatakan.  Peraturan dan syarat ini tertakluk juga kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Yang paling menyedihkan, dalam suasana sesak  dan sedikit kepanasan, seorang pelanggan meminta pegawai berkenaan menghidupkan kipas siling dikawasan kaunter tersebut.  Alangkah terkejutnya aku kerana pegawai tersebut tidak tahu untuk menghidupkan (on suis) kipas tersebut dan dengan selamba sahaja dia memberikan alasan “saya baru bertukar ke sini”.

Adakah alasan baru bertukar boleh digunakan oleh pegawai tersebut untuk tidak menghidupkan kipas berkenaan? Atau adakah pegawai tersebut tidak mengenal apa itu suis kipas yang selama ini telah wujud dalam negara kita lebih 40 tahun? Berkemungkinan juga suis kipas tidak ada?  Atau adakah sikap dan alasan serba baru berpindah atau bertukar menjadikan pegawai tersebut memberikan alasan yang tidak munasabah sama sekali dan tidak boleh diterima oleh sesiapapun.


Banyak lagi aku hendak katakan disini…

Wednesday, January 1, 2014

Reevaluate

The turning of a year seems to beg us to reevaluate, revitalize, and recommit. We resolve to do better and to be better in almost every area of our lives. The only problem is that when it comes to breathing new life into an old relationship, most of us are not sure how to do it.

But we used to know how! Try reinstating some behaviors that came naturally at the beginning of the relationship.

Be curious. Getting to know someone and sharing ourselves is an intoxicating experience. When we first meet, we evoke a childlike curiosity about the other, wanting to know all about them—their beliefs, dreams, and passions. The problem is that we tend to think these things are static. So, once we ask, we do not often ask again. However, we are all constantly changing, with new ideas, thoughts, and experiences, and most of us like to share them.

It’s my theory that this is why, in part, the “grass looks greener” with someone else. When we meet someone new (whether in person or online), they show interest in our thoughts and feelings, while our loved one may feel they already know everything about us.

You can rekindle the connection with a little mindful inquiry. Ask about the other person's bucket list. Ask about any changes in their favorites. Ask for opinions. Remember to explore without judgment. You are seeking to learn what is new with your partner, not what is wrong with them.

Be present. Put the phone away. Just as you have “office hours” when you can’t be interrupted, so you should give your love life undivided attention daily ... even if only for a short period of time. Listen. Share. Laugh. Breathe. Notice.

Touch. Remember when you first met and you couldn’t keep your hands off each other? I am not talking about sex, necessarily (although that can certainly help!). I’m talking about nurturing, loving touch. Hold hands, hug, pause to rub the other’s shoulders, play footsie under the table, run your fingers through your loved one's hair, kiss regularly, reach out to caress without an agenda, and gaze into each other’s eyes, touching each other’s souls.

Do something unexpected. One dictionary defines romance as “a tendency of mind toward the wonderful and mysterious, something belonging rather to fiction than to everyday life.” Occasionally break the patterns of daily life. Go outside and look at the stars, read a book together instead of watching TV, enjoy a surprise date, have a picnic. Think outside the “normal” box.


Be the initiator—of a hug, a kiss, a date, a walk, or an evening spent gazing at the full moon, singing, dancing, or talking about something fun. It isn’t important who starts it—just be sure you aren’t the one who stops it!