Wednesday, April 8, 2015

Sistem Lama

Menghadiri majlis Kemahkotaan Sultan Johor di daerah Pontian pada hari semalam, 7 April 2015, satu majlis yang serba ringkas tetapi penuh dengan kemewahan, sepadan dengan super VIP yang diraikan iaitu DYMM Sultan Johor dan Permaisuri Johor.  Walaupun tempoh yang agak singkat bagi sebuah majlis yang memerlukan proses yang begitu panjang sebelumnya, namun begitulah hakikatnya.  Rakyat melihat DYMM Tuanku Sultan sebagai seorang Sultan yang harusnya berdaulat dan menjadi pemimpin mereka.  Rupanya kita masih lagi memegang kepada adat dan simbol sistem beraja yang masih utuh.  Sistem ini boleh di tambah baik dalam nilai dan unsur kemuliaan kepada pemimpin dengan menambah nilai dalam peradaban terhadap prinsip ketuhanan dan perhambaan kepada Allah.  Semoga Allah membuka rahmat kepada pemimpin yang insaf dan sedar akan tanggungjawab mereka membawa pengikutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan dunia, lantas memihak kepada keindahan akhirat.

No comments: