Monday, September 29, 2014

Justly

Most people in search of happiness have not found it where sought.  The enduring pleasures of life are not to be found in the life about us.  They are not found in amassing great wealth, for all the money in the world can not buy happiness and peace of mind.

These enduring pleasures of life are not to be found in the market places of life. The truth is, real happiness is so simple that most people do not recognize it.  Real happiness is not stimulation of the nervous system. It does not come from eating, drinking, seeing, or hearing.  It does not come from gratification of desire or of possession.  Real happiness is born of noble endeavor, a useful life.  It lives in giving, in doing, not in getting, in grasping.  There is no happiness in the world which we do not find in ourselves.  Our ability to appreciate and enjoy will mark the bounds of our happiness.  Happiness can not be found in animal pleasure.

"It is impossible to live pleasurably without living prudently and honorably and justly; or to live prudently and honorably and justly without living pleasurably"

Omni

Andainya kita memiliki mesin masa yang dapat membawa kita kepada masa lampau dan masa hadapan, pastinya sejarah akan berubah.  Semua yang tidak kita suka akan diubah dan diperbaiki, tidak terkecuali kepada semua perkara dalam kehidupan seperti  nama, tarikh lahir, sekolah, kawan-kawan, musuh, abang adik, kakak dan segalanya.

Kalaulah sedemikian, kita ada sebuah mesin masa, banyak perkara dan hal akan kita ubah semula, semuanya kita akan betulkan dan merubah mengikut kehendak.  Yang gagal exam, akan kembali ke masa silam untuk melihat soalan exam yang akan diambil...ummmm...yang gagal dan mendapat pangkat banyak dalam SPM akan mencari-cari soalan...tentunya bukan soalan bocor...tetapi peluang untuk exam banyak kali, disebabkan adanya mesin masa untuk mengulang banyak kali..ha ha ha...

Yang nak jadi pelakon pun ada, masuk TV zaman P.Ramlee, bolehlah glamor sampai ke hari ini..., anak cucu akan lihat siapa kita...alahai.  Tak kurang yang nak jadi wakil rakyat, nak potong jalan orang lain jadi pemimpin, setidak-tidaknya kalau boleh nak lawan komunis zaman perang dahulu, ada jugak yang nak jadi hero masa 13 Mei 1969, nak bela nasib melayu kat Kampung Baru...emmm...kisah 13 Mei ni elok sangatlah diberikan mesin masa kat budak-budak yang lupa sejarah pada masa kini. Elok sangatlah mesin masa dibuat dan diberikan kepada mereka yang tak tahu sejarah...sekurang-kurangnya mereka insaf...kalau tak insaf sekalipun, harap mereka terperangkap pada zaman perang...amik kau...kaw-kaw jadi tawanan perang. kah kah kah...

Tetapi yang pastinya yang miskin dan papa akan cuba melihat-lihat peluang dan menyusun kehidupan menjadi kaya, yang kaya terus akan berusaha kepada kekayaan, yang cacat juga akan mengambil peluang untuk menjadi sempurna...dan mungkin semua orang akan mengambil peluang ini untuk melihat bilakah kematian mereka...agar dengan cara ini, mereka dapat merubah tarikh kematian... barangkali juga waris kepada yang dah matipun akan berusaha mengembalikan semula mereka yang telah mati dan menidakkan kematiannya pada ketika itu...ish...ish...ish...dahsyat jugak kalau ada mesin masa ni.

Agaknya begitulah, tidak akan diizinkan Allah untuk manusia mencipta mesin masa, kerana kelemahan dan kekurangan akal kita untuk memasuki dimensi kehidupan dalam ruangan masa, kita semua bukan nabi atau rasul pilihan yang mengembara merentasi masa, tetapi seorang hamba yang sangat dhaif dan gagal dalam setiap perkara...cita-cita dan usaha manusia pastinya ada, azam puak-puak yang gilakan kehidupan dan takut kepada kematian akan bertambah dan meninggi, penuh kudrat dan tenaga yang ada, semuanya dipakaiguna dan dikerah selagi boleh dan ada, tetapi kejayaan sahaja yang belum berjumpa, kerana semuanya memerlukan izinNya.

"Jangan berangan nak beli mesin masa macam beli telefon..., tak adenye benda tu nak wujud kat dunia ni, dah...berangan je lebih"

 "Bukan apa bro..kalaulah ada mesin masa...ingatkan nak jugaklah merasa ke masa lampau..nak mulakan yang macam kita semua mahukan..."

Salam Terakhir

Sunday, September 28, 2014

Orang KDN

Dalam  berbahasa, kena kawal tutur kata dan kenal siapa yang diajukan kata, barulah hajat dan maksud yang hendak disampaikan dapat diterima oleh pihak kedua, tanpa ada rasa musykil dan keliru.

Nak minta pertolongan seharusnya bermula dengan ucapan yang baik dan rendah budi bahasa.  Bukan dengan meninggi diri dan sombong, mengutuk sini sana tanpa rasa bersalah menghina.  Merasakan diri lebih baik daripada pihak lain dan berterusan membuta tuli menuduh kekurangan dan kelemahan, awak sahaja yang betul dan bijak, kami semua bodoh dan malas, tiada nilai kerja dan tak pandai.

Bila terkena kat batang hidung sendiri, mulut terketar-ketar dan ternganga nak menjawab, walaupun tanpa fakta, bila menjawab, dengan mudahnya mencari salah orang, menidakkan pandangan dan menuduh dengan caci-cacian dan hina.  Kerana awak sahajalah yang nampak kepada kekurangan orang, awak sahajalah yang sempurna dalam semua hal, orang lain nampak kecil dan tidak boleh berkata-kata, orang lain dilihat bodoh dan bangang kerana awak merasakan dirimu ada pangkat dan kuasa, dadamu penuh ilmu dan sakumu penuh harta...sombongnya awak...sungguh sombongnya awak, tidakkah awak tahu bahawa kuasa, ilmu, harta dan pangkat semuanya bukan milik awak?... astaghfirullahalaazim...

Brader.... bila berbahasa, gunalah bahasa bijak dan baik.  Buat penilaian atas semua perkara, melihat dengan mata dan hati, dengan rasa dan jiwa, bukan mata sahaja... bukan semua yang cantik berbau harum, tidak semua yang buruk nampak jahat, yang hitam tidak semestinya gelap, kaya dan sombong tidak membawa apa-apa erti, biarlah kita miskin tapi kaya budi bahasa, kaya iman dan mewah tutur mulia....

Tak usahlah sombong jika dirimu lautan, kerana minyak setitik dilaut timbul jua.

Aidiladha

Seminggu lagi nak raya haji...ataupun Hari Raya Aidiladha.  Ramainya, orang akan sebut raya haji aje sebab raya ni berlaku dalam musim haji.  Tak kisahlah apapun panggilan raya tu, cuma kebiasaannya sebelum raya haji, aku sempat jugaklah bercerita (apa yang aku tahu dan faham) kepada anak-anak tentang pengorbanan Nabi Ismail untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim (ayahnya sendiri), kerana mentaati perintah Allah.

Jadi, aku bergurau dengan anak-anak aku..."kalaulah abah mimpi macam nabi Ibrahim kena sembelih anak dia...amacam?..korang setuju"

Pelbagai jawapan diterima..."abah bukan nabi Ibrahim, abah mimpi je..tak boleh pakai, mimpi tu tipu, ada upah ke bah?, naik elaun bole la.., abah terima wahyu ke?, sembelih pakai apa bah?, kalau jadi kibas macam cerita tu, bole la kot, tak nak lah, tipuu, ...."

Eermmm...(aku gelak ajelah...). Pastinya ujian Allah kepada mereka yang mampu untuk menghadapi ujian tersebut...

Dan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat menyentuh hati dan membuatkan kita menitiskan airmata...

"...Sesampainya di Mina, Nabi Ibrahim AS berterus terang kepada putranya, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?…” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 102).

“Ia (Ismail) menjawab, ‘Hai bapakku! kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah! Kamu mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 102).

Mendengar jawaban putranya, legalah Nabi Ibrahim AS dan langsung bertahmid (mengucapkan Alhamdulillâh) sebanyak-banyaknya.

Untuk melaksanakan tugas, Ismail berpesan kepada ayahnya, “Wahai ayahanda! Ikatlah tanganku agar aku tidak bergerak-gerak sehingga menyukarkanmu. Telungkupkanlah wajahku agar tidak terlihat oleh ayah, sehingga tidak timbul rasa hiba. Singsingkanlah lengan baju ayah agar tidak terkena percikan darah sedikitpun sehingga mengurangi pahalaku, dan jika ibu melihatnya tentu akan turut berduka.”

“Tajamkanlah pedang dan segeralah menyembelih dileherku ini agar lebih mudah dan cepat perjalanan mautnya. Lalu bawalah pulang bajuku dan serahkan kepada ibu agar menjadi kenangan baginya, serta sampaikan pula salamku kepadanya dengan berkata, ‘Wahai ibu! Bersabarlah dalam melaksanakan perintah Allah.’ Terakhir, janganlah ayah mengajak anak-anak lain ke rumah ibu sehingga semakin menambah kesedihannya padaku, dan ketika ayah melihat anak lain yang sebaya denganku, janganlah dipandang seperti aku sehingga menimbulkan rasa sedih di hati ayah,” sambung Ismail.

Setelah mendengar pesan putranya itu, Nabi Ibrahim AS menjawab, “Sebaik-baik kawan dalam melaksanakan perintah Allah SWT adalah kau, wahai putraku tercinta!”

Kemudian Nabi Ibrahim AS meghunus (perbuatan menyembelih) pedangnya sekuat tenaga ke bahagian leher putranya yang telah diikat tangan dan kakinya, namun beliau tidak mampu menyembelihnya.

Ismail berkata, “Wahai ayahanda! Lepaskan tali pengikat tangan dan kakiku ini agar aku tidak dinilai terpaksa dalam menjalankan perintah-Nya. Penggalkan lagi ke leherku agar para malaikat megetahui bahwa diriku taat kepada Allah SWT dalam menjalan perintah semata-mata kerana-Nya.”

Nabi Ibrahim as melepaskan ikatan tangan dan kaki putranya, lalu beliau hadapkan wajah anaknya ke bumi dan langsung menghunuskan pedangnya ke leher putranya dengan sekuat tenaganya, namun beliau masih juga tak mampu melakukannya karena pedangnya selalu tersentak. Tak puas dengan kemampuanya, beliau menghujamkan pedangnya kearah sebuah batu, dan batu itu pun terbelah menjadi dua. “Hai pedang! Kau dapat membelah batu, tapi mengapa kau tak mampu menembus daging?” 

Dengan izin Allah SWT, pedang menjawab, “Hai Ibrahim! Kau menghendaki untuk menyembelih, sedangkan Allah penguasa semesta alam berfirman, ‘jangan disembelih’. Jika begitu, kenapa aku harus menentang perintah Allah?”

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata (bagimu). Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 106)

Menurut satu riwayat, bahwa Ismail diganti dengan seekor domba kibas yang dahulunya pernah dikorbankan oleh Habil. Malaikat Jibril datang membawa domba kibas itu dan pada saat itu juga semesta alam beserta seluruh isinya bertakbir (Allâhu Akbar) mengagungkan kebesaran Allah SWT atas kesabaran kedua umat-Nya dalam menjalankan perintahnya. Melihat itu, malaikai Jibril terkagum-kagum lantas mengagungkan asma Allah, “Allâhu Akbar, Allâhu Akbar, Allâhu Akbar”. Nabi Ibrahim AS menyahut, “Lâ Ilâha Illallâhu wallâhu Akbar”. Ismail mengikutinya, “Allâhu Akbar wa lillâhil hamd”. Kemudian bacaan-bacaan tersebut dibaca pada setiap hari raya kurban (Idul Adha). 

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA


Tuesday, September 23, 2014

Keje Sampai Bila PunTak Habis

Membaca "status update" seorang sahabat lama yang menulis "Keje sampai bila pun tak habis :(",  lantas teringat kepada satu peribahasa melayu yang berbunyi " Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis" atau juga begini "Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa"

Kedua-dua peribahasa ini mempunyai makna yang sama, amnya tidak berkait dengan sebarang tugas atau kerja secara khusus tetapi maksud yang difahami oleh kita adalah seperti ayat ini : "sememang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya"


Dalam situasi ini, samada kita berada dalam kategori untuk menyuruh melakukan kerja atau melaksanakan kerja.  Sebahagian besar daripada kita berada dalam tanggungjawab untuk melaksanakan kerja yang diarahkan oleh pihak atasan. Malah, dalam setiap kerja yang dilaksanakan juga terarah kepada arahan dan peraturan yang difahami, samada ianya dicatat sebagai satu dokumen peraturan dan panduan atau difahami sebagai ikatan dalam kehidupan.


Kerja sendiri?, mempunyai syarikat dan kepentingan dalam sesebuah perniagaan?...juga memerlukan kepada arahan dan peraturan.  Andainya menganggap peraturan dan arahan ini menyusahkan, pinda sahaja kepada yang memudahkan, tidak perlulah kita obses, Ianya bukan undang-undang Tuhan yang tidak boleh dipinda, ianya bukanlah sebuah kalam Allah yang tetap kekal dan menjadi pedoman sepanjang masa.  Ianya adalah sebuah peraturan kerdil dan arahan yang dicipta oleh diri kita...pindalah kepada yang memudahkan.


Namun, sebarang perubahan yang dibuat hendaklah mematuhi dan berpegang kepada kepercayaan kita yang berteraskan kepada moral dan pertimbangan agama dalam melaksanakan sebarang bentuk kerja atau amanah yang dilaksanakan.  Waima sekalipun itu adalah hak kita dan perniagaan kita, tetapi rezeki yang diberikan adalah milik Dia. Kita wajib menguruskannya dengan bijaksana dan amanah, mematuhi peraturan dan panduan yang telah ditetapkan.


Jika semuanya kita patuhi dan faham akan kedudukan kita disisiNya, balasan kebaikan itu adalah syurga.  Kerja yang kita buat sememangnya tidak akan habis sampai bila-bila..selagi ada nyawa dan ruh, ada matahari yang memberikan sinarnya, ada malam dan ada siangnya yang berselisih masa, ada hari dan tahun yang dihitung...maka selama itulah kerja yang dilakukan tidak akan habis.  


Senang cakap...."Pergilah bercuti untuk menangguhkan seketika kerja-kerja kita,... InsyaAllah"