Monday, March 30, 2015

Cukup sudah

Rasanya tempoh empat tahun dah cukup untuk kawan di sini.  Kawan dah puas memberikan khidmat dan apa sahaja yang kawan ada untuk Johor.  Walaupun sumbangan kawan hanyalah sekelumit sahaja, tidak besar dan tidak nampak untuk dipandang, tapi kawan rasa puas, kerana bagi kawan, kawan lakukan untuk Allah, biarkan ianya seperti udara yang tidak nampak tetapi kita semua menikmatinya, memberikan nafas dan terus bernyawa serta mampu hidup.

Jika dinyatakan dalam sebuah rajah matematik, ada pekali x dan y, maka, dapatan kepada semangat kawan selari dengan masa, boleh dibaca dengan kenyataan ianya telah mendatar, tak naik dan tak turun. Apa yang ada, kita buat seperti biasa dan bukan nak buktikan apa-apa.  Kalau nak tengok penilaian prestasi kawan sejak empat tahun lepas, kawan boleh berbangga kerana kawan tetap dengan prestasi cemerlang dan melebihi 95%- 97% berturut-turut. Penilaian ini sememangnya memberikan kawan semangat untuk bekerja dengan komitmen dan seadanya kawan.  Alhamdulillah.  Apa yang kawan harap, prestasi kawan juga cemerlang dalam pandangan Allah, yang dicatatkan ratib dan atib, kawan harapnya melebihi 90%... yang kurang itu, bukanlah dosa tetapi ruang kosong yang perlu tambah lagi kerana kawan sangat terseksa dengan dosa lalu...

Sunday, March 29, 2015

Riad Dah Nak Khatam Quran

Riad dah nak khatam alQuran, ayat-ayat dalam surah terakhir akan ditamatkan olehnya secara rasmi dalam sedikit waktu dengan kawan sebagai guru ngajinya. Alhamdulillah...Allah izinkan Riad untuk tamat membaca alQuran, sebelum dia menduduki UPSR pada tahun ini.  Walaupun kawan tahu, Riad ada menghafaz beberapa surah yang agak panjang, tetapi menamatkan sejuzuk alQuran menjadi wajib kepada kita dalam mendaulatkan ayat-ayat Allah.

Saturday, March 28, 2015

Manipulasi

Kawan ada usulkan beberapa isu dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan pada minggu lepas, Salah satu perkara yang kawan bawa adalah, manipulasi orang ramai berkenaan dengan salah satu perkhidmatan Jabatan yang disediakan.  Kawan melihat perkara ini boleh disalahertikan maksud dan caragaya kepada mereka yang terlibat, lantas akan membuka peluang kepada mereka untuk memperolehi apa yang mereka mahukan, walaupun dengan cara yang salah tetapi mereka akan menghalalkan atas kelemahan syarat dan prosedur yang ada.

Sayang sekali, usul kawan ditolak mentah-mentah dan alasan yang diberikan adalah, "sepatutnya u lebih jelas dengan syarat dan prosedur sedia ada".  Kawan tahu dan kawan sedia maklum dengan syarat dan prosedur yang disediakan, tetapi kawan cuma risau dengan penyalahgunaan syarat itu sendiri yang akan membuka peluang kepada mereka yang sedikit kreatif menafsirkan maksud dan meletakkan kepentingan dalam perkara ini. Yang paling kawan bengang, kenapa orang lain yang hadir sama dalam mesyuarat ini tidak bersuara?...adakah mereka tahu dan faham isu yang kawan bawa ini atau mereka tidak ambil tahu?

Takpelah, kalau pihak  Dato' tidak bersetuju dengan isu yang  kawan bawa, tak mengapa.  Kawan cuma risau dan kawan percaya perkara ini akan menjadi masalah di kemudian hari.  Bukan kawan berharap ianya menjadi masalah tetapi, pihak Dato' banyak sangat membuka peluang walaupun kita semua sedar bahawa syarat yang ada terlalu longgar, dan boleh mereka gunakan untuk memanipulasi maklumat dan mengaut keuntungan dengan mudah, mereka akan cuba juga kerana mereka tidak rugi, dan... "apa salahnya menangguk di air yang keruh..."

Malas kawan nak layan ...

Friday, March 27, 2015

Pilihan?

Kelmarin, kawan berbincang tentang kematian bersama dengan seorang sahabat kawan..sahabat best fren forever...Dia bertanya kawan...pilihan mati di mana?, tempatnya di mana?. Kawan kata, kawan nak mati dan dikebumikan di Tanah Suci Madinah, perkuburan Baqi', berdekatan dengan Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad. Dia kata, nanti anak-anak tak dapat ziarah kubur kawan, macam kawan ziarah kubur ayah kawan...kawan kata kat dia...tak mengapalah...asalkan anak-anak kawan menjadi orang baik-baik dan soleh solehah, lantas dapat mendoakan kawan.  Sahabat kawan diam...kawan diam...

Kawan selalu mohon agar kawan dapat dikebumikan di Madinah, mintak dengan Allah ajelah untuk ketentuan kematian kita ini.

Wednesday, March 25, 2015

Nikmat-Nya

Bila Allah menghentikan secebis nikmatNya untuk seketika, masyaAllah... kesan derita yang kita rasai tanpa nikmatNya itu tersangat hebat dan besar.  Nikmat kesihatan, nikmat kekayaan, nikmat anak, isteri, suami, kerja, air, angin, udara, mata, telinga, rasa, perasaan, tidur, buang air, makan, minum, jalan, tenang, kusut, stress, ada pakaian, ada kawan, teman, adik, abang dan sebagainya dalam dunia ini..adalah nikmatNya...tak payah nak kira, tak akan habis nak disenarai.

Apabila kita lupa kepadaNya, Dia biarkan nikmat itu terhenti untuk seketika... kita akan menggila untuk mendapatkannya (nikmat) semula. Alangkah eloknya kalaulah kita sebagai penerima nikmat ini sentiasa mensyukuriNya, menyebut namaNya selalu, menunaikan perintahNya dengan sempurna dan menginsafi kesalahan kita selama ini.

Perkara paling sukar untuk dilakukan adalah, kita sentiasa mengingatiNya.

Tuesday, March 24, 2015

Tau Takpe

Kena beringat-ingat... kepada siapa-siapa yang suka sangat cakap perkataan ni... "tau takpe", kerana perkataan itu, agak tidak sesuai digunakan.  Kenapa kawan berkata begitu, sebabnya...perkataan "tau takpe" ini hanya sesuai digunakan dikalangan kawan-kawan kita dan rakan-rakan yang sekufu dengan kita-kita sahaja, bukan dengan boss atau ketua atau orang yang lebih tua, yang perlukan kita untuk menghormati mereka.

Tak sesuai...memang tak sesuai. Cuba kita bayangkan kita sedang bercakap dengan orang yang lebih tua dari kita, atau dengan lebih mudah, bayangkan anak-anak kita bercakap dengan kita, atau boleh bayangkan juga, anak murid bercakap dengan gurunya.  Dia menggunakan perkataan "tau takpe" kepada kenyataan yang diberikan oleh gurunya atau ibunya atau bapanya atau ketuanya... (emmmmm) ..memang tak sedap didengar kan?...seolah membuat provokasi kepada kenyataan tersebut atau menyindir dengan apa yang dikatakan.

Perkataan "tau takpe" ini juga tidak sesuai digunakan kepada sahabat-sahabat yang lama kita tak jumpa, atau mereka yang baru kita kenali.  Kerana ianya seperti merendah-rendahkan atau memperkecilkan pemikiran orang lain.  Contoh yang paling mudah bila seseorang yang mengatakan persetujuan atas sesuatu perkara, maka kita mengiakannya dengan "tau takpe"... seolah ucapan ini menyindir dirinya yang sepatutnya tahu...

Apa salahnya, kita tukarkan "tau takpe" kepada perkataan yang lebih sedap dan diterima oleh orang lain, walaupun kita berkomunikasi dengan seorang kanak-kanak kecil sekalipun, kawan suka dengan perkataan "saya setuju" menggantikan "tau takpe"...tak nampak sangat kurang ajarnya, malah menampakkan penghormatan dalam komunikasi bersemuka atau maya.

Thursday, March 12, 2015

parking je pun

Pasal parking kereta pun nak kecoh, aduhhh...macam-macam komplen rasa tak puas hati.  Apa yang dikomplen adalah betul...tak salah pun, yang terlibat dalam hal-hal ini adalah mereka juga, saling kenal mengenali dan dari satu tempat yang sama, macam adik beradik (kalau dalam sebuah rumah)...tapi dia punya marahnya, memang terasa, bukan seperti kawan baik, tapi musuh.  Cuma satu aje dengan perangai derang ni, didepan, amboi macam takde apa-apa, tapi kalau dibelakang, pergghhh...layan kutuk macam gilerr...

Hipokrit derang ni sebijik macam orang jepun, depan kita boleh pulak senyum manis, haik..haik...haik...kata bersetuju, mulut manis je sepanjang masa...tapi dia punya kesan hipokrit, alahai, menyeksakan, tetiba je lain macam jadinya... jangan percaya bila si jepun berkata-kata, depan kita je boleh, belakang...sorry!!!


Wednesday, March 11, 2015

Bikers Kental

Kawan senyum je bila terbaca salah satu status sahabat kawan pasal bikers kental. Bukan apa, cuma kawan teringat masa dulu dulu, masa muda-muda...semuanya pasal motorsikal, semuanya menjadi kegilaan dan minat yang sangatlah mendalam.  Kalau sehari tanpa moto...maka, akan demamlah kawan.

Motorsikal pertama yang kawan tunggang (ni terus kepada superbike la eh) adalah GPZ600, moto pinjam dari abang kawan yang bawa balik dari US, tahun 1990, masa tu kawan baru je dapat lesen B Full untuk menunggang motor berkuasa cc lebih dari 500cc. Oleh kerana ini adalah moto pinjam, so, kawan pun takle berapa suka nak pinjam meminjam...tengok je lebih, menunggangnya sedikit je.

Bila kawan dah stat keje pada tahun 1995, kawan dah dapat moto sendiri, beli dengan loan MBf Finance (Jalan Pudu) tempat kerja lama kawan, moto jenis kawasaki jugak, tapi tak berapa best sangat sebab motonya tak sepenuhnya berkuasa tinggi.  Kawan ambil keputusan, jual moto itu dan beli model lain... apa lagi, kawan beli model C1, ZZR1100, jenis Ninja dan Sport Touring Bike...ramai kawan-kawan panggil "anak gajah" sebab moto ni bersaiz besar dan berat, tetapi lajunya pun boleh tahan hebat, cecah 280km/hour...itu yang pernah kawan test lah, ada jugak kawan-kawan lain kata boleh cecah 300km/jam, itu kawan percaya sebab mereka pernah buat...cuma satu je, bila nak test speed moto ni, kena jalan yang luruslah...itupun dalam 5-6 saat je... moto ni memang best sangat...kawan maintain moto ni agak lama jugak, sebab model baru yang keluar dalam tempoh itu, tidak banyak yang dapat sama dengan model C1, handling dan top speed memang tiada perbandingan dengan mana-mana moto lain.

Apapun, selepas beberapa tahun (lebih 5 tahun rasanya) kawan terpaksa jual model C1 ZZR1100 Ninja kawan kepada salah seorang sahabat, bukan apa, mudah berurusan dengan kawan-kawan yang sama suka moto...a.k.a..bikers kental.  Dalam tempoh inilah, kawan kehilangan moto yang memang kawan sayang, dan barulah kawan tahu...rupanya kawan tak bole berpisah dengan moto ... kawan rindukan bunyi enjin dan ekzosnya, rindu pada bau minyak yang ada bila anjin panas, bunyi kipas dan sebagainya...alahai...

Memang tak lama dan kawan memang tak boleh tahan bila takde moto... moto jugak punya pasal, kawan beli moto baru, jenis dan model yang agak berlainan, penuh sport, dan mengambilkira performance perlumbaan dalam Grand Prix...kawan angkat Yamaha R1...siap ada nama The Doc lagi kat firing depan...hahaha...the doc ni bukan siapapun, nama sempena valentino rossi yang menang lebih 10 perlumbaan berturut dalam tempoh tersebut.  Model R1 memang menjadi minat ramai bikers dan bila dah ramai orang minat, ramai jugak yang mengutuk (sebab tak dapat R1), so, harga R1 memang lebih sikit dari mana-mana moto lain...modelnya akan berubah-ubah dari setahun ke setahun..

Pengalaman kawan menunggang R1... adala sikit-sikit...nak kata pakar, blm boleh...apapun, tork R1 memang the best, speed dia memang superb, handling lebih baik dari model C1...lagipun dua model yang berbeza fungsi, so tak boleh diambilkira...untuk cecah ke 100km/hr..dalam 3 second jer...itupun dalam 3rd gear...ermmm...kawan pernah cuba dalam 295km/hr di Sepang circuit...bole pergi lagi rasanya, so, kalau nak ke sepang, siap-siapkan tukar tayar eh...pakai tayar utk race...bole henjut sampai lumat.

...sambung...

Sunday, March 8, 2015

Notis Pusaka

Kawan dan adik beradik kawan akan pulang ke kampung untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka arwah ayah yang masih ada.  Ini merupakan kali kedua, kami hadir dalam perkara yang sama. Begitulah hendaknya, mengikut undang-undang dan peraturan mana yang ada.  Selepas ayah pergi, sedikit harta yang ada, berupa tanah dibahagikan sama rata mengikut faraid bagi kami adik beradik. Ada juga ayah telah wasiatkan kepada setiap orang, mengikut percaturan dan keputusan ayah.  Kami akur dengan apa yang ada, tiada perselisihan antara kami. Harta ayah yang diwariskan akan dijaga dan diguna dengan sebaiknya, InsyaAllah.

Aku Dan Kenangan

Thursday, March 5, 2015

Hudud dan Kaafirunn

Undang-Undang Hudud telah dibentangkan dalam Persidangan DUN Negeri Kelantan pada awal bulan ini. Tindakan yang agak lewat, selepas pemergian Tok Guru Nik Aziz dalam perjuangan beliau untuk melihat hudud dilaksanakan di Kelantan. Tak mengapa, kerana pembentangan tersebut telah dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, termasuklah parti pembangkang di sana.  Ini bermakna, hukum yang tidak boleh ditolak oleh semua umat islam. Jika ada penolakan, ianya tidak bermakna kita menolak hukum Allah, tetapi kita menolak cara pelaksanaan kerana mengmbil kira situasi semasa.

Ya, umat islam di Malaysia telah mengamalkan hukum islam ini melalui hukum-hukum syariah yang telah lama ada, tetapi ianya terhad kepada jenayah-jenayah keluarga sahaja, pelaksanaannya masih tertutup khususnya kepada jenayah-jenayah civil, kerana mengambil kira kepelbagaian kaum dan kemudahan serta penerimaan masyarakat yang tidak beragama islam.

Kawan sangatlah menyokong pelaksanaan hukum islam di Malaysia khasnya dan wajib kepada mereka yang beragama islam. Kepada kaafirunn, anda tak payah nak berbelit lidah menyebut ayat-ayat alQuran menidakkan hukum Allah, kerana rujukan anda salah dan berpandukan kepada kosong ilmu dalam agama kami.

Kawan pun pelik, kenapalah kaafirunn di Malaysia menentang pelaksanaan hudud dan kerisauan yang sangat mendalam kepada kita umat islam untuk menegakkan hukum Allah?, sedangkan mereka tidak terlibat sedikitpun dalam perkara ini...kawan percaya mereka seharusnya mempunyai niat dan muslihat yang kita tidak tahu.

Kawan pernah membaca sebuah buku berkenaan dengan perjuangan dan dakwah Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad semasa di Mekah. Baginda menyebarkan dakwah melalui dua cara iaitu, secara rahsia dan secara terbuka.  Penyampaian dakwah secara rahsia dibuat ketika permulaan baginda dilantik sebagai Rasullullah dan penyampaian secara terbuka ketika Baginda mempunyai pengikut yang telah memeluk Islam. Ketika inilah baginda dan para sahabat mendapat tentangan yang begitu kuat dari pihak kafir Quraish.

Penentangan itu jelas kepada nabi yang membawa ajaran Islam @ kebaikan dalam kehidupan mereka, namun, kafir quraish menolak kerana kepentingan mereka dalam perniagaan dan kehidupan sedia ada, yang penuh dengan hawa nafsu dan penipuan serta kezaliman. Mereka tahu bahawa ajaran nabi adalah untuk kesejahteraan umat tanpa mengira pangkat dan keturunan, tetapi oleh kerana kepentingan diri dan puak-puak serta keturunan bangsa Quraish itu sendiri, mereka menolak dan menentang sehabis-habisnya dengan kekerasan dan bunuh membunuh.

So, kawan percaya, sikaafirun di Malaysia terutamanya yang kiasu ini, menentang pelaksanaan hudud disebabkan kepentingan mereka dalam perniagaan, terutamanya maksiat, dadah, rasuah, arak, judi, DVD haram, barangan tiruan, faedah riba, penipuan hartanah dan sebagainya. Bila umat Islam menjadi baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul, umat Islam tidak lagi mengambil rasuah, melakukan maksiat, menyalahguna kuasa, membeli yang haram dan sebagainya... maka perniagaan mereka akan lumpuh dan hancur.

Kerana mereka hanya mementingkan kekayaan dunia sahaja.

Wednesday, March 4, 2015

Daulat Tuanku

Pada 23 Mac 2015 nanti, Sambutan Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor akan disempurnakan. Bukan hari yang biasa-biasa dan bukan mudah kita nak meraikan lagi dan bertemu dengan Hari Kemahkotaan ini.  Pada pengetahuan kawan, Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor yang pernah dibuat adalah lebih 55 tahun lepas.  Ini bererti, hari yang sungguh bermakna kepada semua rakyat Johor yang ada ketika ini.

Walaupun kawan bukan rakyat Johor yang dilahirkan di Johor, tetapi kawan bekerja di Johor, rasanya kawan cukup faham dengan sikap dan sifat orang johor yang penuh dengan kemesraan dan semangat negeri yang agak ketara (sebelum ini, kawan ingatkan orang Kedah atau Kelantan aje yang penuh dengan semangat kenegerian).  Tak mengapalah, semestinya kita kena sayangkan negeri dan bangsa kita...dan yang paling utama adalah agama kita.

Berkenaan dengan Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor, Jabatan kawan menguruskan penyampaian cenderahati / bungkusan kepada masyarakat, dengan penglibatan semua daerah mengikut giliran dan bersemayamnya DYMM Sultan sepanjang bulan Mac hingga April nanti.  Apa yang penting, penyediaan semua perkara berkaitan dengan bungkusan dan cenderahati telah bermula sejak tahun 2012.  Gerak kerja dan perancangan perlu dilaksanakan dengan betul dan tepat.  Semua Jabatan akan memastikan pelaksanaannya dapat memberikan kepuasan kepada semua.

Bagi kawan, ianya suatu perkara yang unik dan dicatatkan dalam lembaran sejarah Johor, DYMM Sultan Ibrahim merupakan warisan Kerajaan Johor yang diangkat sebagai Sultan, suatu hari yang cukup bersejarah.  Daulat Tuanku!!!

espiem 2014/2015

Semalam, keputusan SPM diumumkan. Anak buah (sebelah isteri) kawan ada dua orang yang menduduki SPM tahun lepas. Jadi, semalam terdapat dua keputusan yang berbeza, walaupun dari sebuah sekolah yang sama.  Sekolahnya pun cukup gah kalau nak disenaraikan..antara sekolah yang teratas dalam negara, bukan kecik pencapaian, nak sebut purata..rata-rata semuanya dapat A...

Ermmm...termasuklah anak buah kawan yang dua ni, seorang dengan 9A dan seorang lagi dengan 4A.  Pastinya yang sikit A akan kena ... dan yang banyak A akan selamat.  Mak ayah yang kecewa, anak sudah pasti, mak ayah juga yang gembira, anak lagilah gembira dan bersuka ria.  Kecewa anak tidak sama dengan sakitnya perasaan ibu dan ayah menanggung kegagalan anak, susah payah yang dilalui selama ini dan pastinya mengharapkan anaknya berjaya dengan cemerlang.

Yang menjadi tumpuan adalah kepada yang kurang nak berjaya, harus diteruskan juga usaha untuk berjaya.  Kawan cadangkan untuk anak ini supaya menduduki semula SPM pada tahun ini, usaha kena bermula dari sekarang, lupakan semua perkara berkaitan dengan permohonan kemasukan ke universiti atau kolej, kerana awak tak layak nak ke sana...awak kena buktikan dan ubatkan perasaan mak ayah awak dahulu dengan keputusan yang lebih baik, 9A atau 10A.  Kalau perlu, awak kenalah teruskan dengan STPM...

Itu hanyalah cadangan kawan (dalam hati je) sebab tak nak campur urusan anak beranak tu...

Tuesday, March 3, 2015

Knock Knock (Hang Li Po)

Ellize

Kawan tergelak sendiri bila orang kata yang kawan berborak panjang tadi tu si Elizabeth Tan, penyanyi yang suara serak-serak sedap didengar tu.  Kawan tanya, siapa Elizabeth Tan?, sebabnya kawan memang tak kenal, almaklumlah tak suka sangat dengar lagu...kadang-kadang boleh jugak layan muzik...alahai... So, itulah Elizabeth Tan. Okeylah...kawan baru berborak panjang dengan Elizabeth Tan...layan ajelah sebab dia yang ajak kawan duduk berbual...itupun semuanya pasal kerja.

Bila sahabat kawan cakap yang Elizabeth Tan itu seorang penyanyi, kawan pun mula google pasal dia, memang banyak menyanyi minah ni, suara pun memang serak-serak sedap didengar...

Sorry lah Elizabeth Tan, kawan memang tak kenal awak.., apatah lagi nak tanya siapa awak, jauh sekali, memang kawan tak minta otograf awak...sebab memang kawan tak kenal awak. Baru je kenal selepas berjumpa tadi...

Tapi...cayalah...awak memang petah sangat bercakap...macam puteri hang li po pun ada ...


Monday, March 2, 2015

Kiasu

Kawan pun pelik dengan tindakan satu kaum minoriti yang dikatakan "kiasu" dalam perjuangan politik mereka.  Sesetengah pihak mengatakan mereka ultra kiasu, yang boleh kita fahami sebagai melebihi kiasu, atau kiasu melampau. Kiasu? Ya...kiasu yang kita boleh ertikan sebagai takut kalah dalam perkara yang remeh atau kecil. Jika beginilah sikap dan sifat yang dimiliki oleh ultra kiasu dalam hidup mereka, maka mereka tidak akan lari dari mementingkan kebendaan dan keuntungan semata-mata, kerana mereka jahil dalam menimbang tara sifat-sifat moral dan kepercayaan kepada takdir. Jauh sekali nak percaya kepada takdir kerana mereka sebenarnya seperti tidak bertuhan dalam kehidupan mereka.  Mengambil kesempatan dan peluang, semestinya keuntungan dalam hidup tanpa mengira halal atau haram, kerana hukum tersebut tiada dalam kitab mereka, hanya yang ada adalah moral untuk melakukan kebaikan.  Akhirnya mereka percaya bahawa duit yang dicuri boleh dibersihkan dengan menyimpannya di bank dan mengeluarkannya semula.

Jom Tolong

Kita bantu mana yang mampu kita bantu...bila kita dah tiada lagi, harapnya ada orang lain yang akan buat kerja ini, sebabnya ramai anak-anak yang masih memerlukan bantuan.  Anak-anak ini boleh berjaya dalam pelajarannya, prestasi mereka antara yang teratas dalam darjah di salah sebuah sekolah berasrama penuh, dan antara sekolah yang dapat kedudukan antara lima terbaik di Malaysia...

Walaupun sedikit bantuan yang kita hulurkan, jumlah itulah yang sangat membantu mereka untuk meneruskan pelajaran dengan tenang dan baik.

Sewaktu menemubual, memerhatikan mereka... pakaian mereka lusuh dan singkat, bukan fesyen berpakaian seperti itu, cuma pakaian mereka telah tidak lagi sesuai dengan tumbesaran fizikal badan mereka, maklum sahajalah, budak-budak remaja cepat membesar.  Sehinggalah ada sebahagiannya sangat-sangat memerlukan barangan keperluan seperti sabun basuh, pakaian dalam dan sanitari dan pelbagai lagi keperluan...bukan kehendak eh!!

Andai pakaian yang dipakai dah lusuh, kasut sekolah dah koyak dan tapaknya dah semakin menipis, jauh sekali mereka ini hendak bermewah-mewah seperti anak-anak lain yang berkemampuan dan kaya raya.  Walau alat tulis sekalipun, mereka hanya bergantung kepada apa yang ada, sebatang pensil dan pen, dengan sedikit keperluan untuk menulis dan menggaris.  Buku rujukan...kata mereka " tiada buku tersebut, kalau dapat upah jaga koop, boleh la beli, itupun kumpul sampai hujung tahun, baru bole beli"

Tak salah kalau anak-anak ini diberikan apa yang mereka perlukan, jangan pulak kita tak suka dengan kesenangan yang mereka dapat.  Jangan sangat nak berkira dengan sedikit wang yang kita berikan, Allah yang mengetahui semuanya.  Jom tolong!!!

Sunday, March 1, 2015

luah

Seperti tangan ini menggigil...suara pula seakan bergetar dan nada percakapan yang agak gementar, merasakan degupan jantung semakin kencang, menahan nafas yang terasakan padat dan sendat didalam dada...tapak tangan mula berpeluh, lirikan mata ini memandang tepat ke arahnya, bersama dirasakan aliran darah yang mengalir laju ...

Aku tahu...Iblis sedang membakar sifat amarah dan menambah sakit dalam jiwa, mencurah sifat jahat syaitan kedalam hati untuk bertindak dalam akal yang tidak waras...kerana katanya, "ia berbaloi...marahlah lagi...lagipun dah lebih 4 tahun mendiamkan diri, sekaranglah ketikanya!!!"

Ampunkan aku Ya Allah untuk kesalahan ini...astaghfirullahalaazim...