Wednesday, December 31, 2014

Apa Hal

"Tak sedar-sedar bila Allah uji, bila orang lain tolong...terima kasih pun tidak...dibantainya balik"
"Nak salahkan yang empunya diri..tidak juga, kerana dia hilang pertimbangan dalam semua perkara kerana diuji dengan begitu kuat"
"Yang datang membantu, ikhlas datang dari jauh dengan niat baik dan inginkan mereka kembali pulih dari kesengsaraan"
"Tapi...inilah masanya menerima ujian dengan redha...terima ketentuan Allah dan sedar insaf...berterima kasihlah kepada mereka yang datang, jangan dicaci maki..."

Monday, December 29, 2014

Dah Sampai Hujung dan Masa itu Hak Allah

Selang sehari dua lagi tahun 2014 akan berakhir, bermula tahun 2015, tahun baru dengan usia dunia semakin lama semakin tua dan terus tua...itu kiraan manusia, begitu lama masa yang kita semua tempuh dan lalui, walaupun sehingga 100 tahun...lamanya.

Kiraan alam dunia yang lama berbanding akhirat yang sedikit...dikatakan dalam beberapa petikan hadis dan kitab...1000 tahun dunia bersamaan sehari akhirat bagi orang-orang kafir, ada jugak 500 tahun dunia untuk sehari akhirat...dikata juga hanya dua rakaat solah subuh bagi mereka yang mendapat rahmat Allah.  Berbeza rasa antara semua manusia, kerana masa itu hak Allah.  rasalah berapa lama atau singkat sekalipun, masa kita adalah hak Allah, Dialah yang akan menentukan masa untuk kita semua...

Yang telah berlaku sepanjang tahun 2014, memang banyak, penuh dengan pahit manis dan kadang-kadang tawar.  Semuanya ujian dan dugaan yang Allah tentukan untuk kita semua.  Moga-moga dugaan ini menambah keimanan dan kesan takwa kepada semua.  Penuh insaf dan meniti semula dosa-dosa lama untuk dihapuskan.

Kepada sahabat yang membaca, aku mohon maaf segala kesilapan dan kesalahan...dosa yang kita lakukan adalah antara kita, pengampunan Allah juga pengampunan dari kita yang melakukannya. Maafkan atas semua kesalahan diri ini yang sangat dhaif.


Bah 1

Cuaca kat tempat kawan sekarang, agak mendung dan awal pagi ada rintik hujan sewaktu kawan memandu ke pejabat.  Suasana suram mengingatkan mangsa-mangsa air bah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.  Nenek kawan pun terlibat dan terkandas dalam banjir pada tahun ini.  Air sungai dan hujan yang lebat tidak berhenti-henti sejak seminggu lalu menyebabkan banjir besar berlaku.  Ramai kawan-kawan yang terlibat dengan pengurusan bencana banjir masih bertugas dan bertahan memberikan komitmen kerja yang tinggi.

Semalam, kawan bersama dengan Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri melawat pusat pemindahan di sekitar Kluang dan Batu Pahat, Johor.  Suasana di sini agak baik sedikit berbanding negeri pantai timur.  Harapnya berkekalan dan semakin reda.

Sehingga hari ini, keadaan di sini masih terkawal dan harapnya beginilah... kepada sahabat di negeri pantai timur dan nenek kawan yang terkandas dalam banjir, kawan sentiasa doakan semuanya selamat dan mendapat pahala atas kesukaran dan kesabaran yang diberikan Allah...InsyaAllah.


Sunday, December 28, 2014

Ujian Kasih Sayang

Musibah dan kesusahan yang diturunkan Allah kepada sebahagian kita untuk merasainya dengan batang tubuh dan kudrat, dengan rasa dan perasaan... semuanya merupakan ujian dan dugaan yang seharusnya menjadi wajib untuk diharungi.

Banjir besar yang sedang melanda negeri-negeri pantai timur memberikan seribu penafsiran kepada apa yang tersirat.  Bukan dalam bentuk catatan atau dokumen yang boleh dibaca dan dibawa ke mana-mana tetapi pengalaman kepada setiap individu yang merasa dan melaluinya.  Ujian Allah ini merupakan tanda kasih sayangnya kepada kita untuk melihat kejadian buruk kepada kebaikan dan kasih sayang Allah kepada kita semua.

Dengan adanya air bah yang besar, akan membuka mata semua mangsa dan mereka yang terlibat untuk lebih menyebut nama "Allah"...keinsafan kepada dugaan yang dapat menginsafkan semua orang.  Bah yang datang memberi peluang kepada mereka yang tidak mengalaminya untuk berterusan bersedekah dan memberi bantuan...keberkatan dan keikhlasan bersedekah kepada mereka yang sangat memerlukan merupakan sedekah yang paling baik.  Ujian kasih sayang Allah kepada kita untuk menghindarkan dari segala bentuk kemaksiatan, kerana sibuk dengan urusan pengurusan bencana...alhamdulillah...semakin banyak solat kita buat dan semakin banyak doa akan kita semua lakukan, mohon pengampunan dan keinsafan atas dosa-dosa lalu yang pernah kita lakukan...ujian kasih sayang Allah kepada semua untuk perbanyakan taubat dan menambah keimanan.  Ujian Allah inilah yang cukup sempurna sifatnya.

Saturday, December 20, 2014

20 Disember 2014 Sabtu

Pengalaman yang tidak pernah aku lalui...hari ini.  Pengalaman yang cukup bermakna kerana pada niat asalnya, aku telah berniat ... aku lakukan untuk mendapat ilmu, ilmu yang diberikan ilhamnya oleh Allah, aku ingin menjalankan sunnah, sunnah yang diwarisi dari Rasulullah...Alhamdulillah.

Thursday, December 11, 2014

RPKK

...menerima call daripada Penguasa Rumah Perlindungan Kanak-Kanak (RPKK) Johor Bahru...saliran pembentungan rumah dah pecah dan air berladong kat belakang rumah jiran. Kerap berlaku semasa musim hujan lebat dan penggunaan kerap bilik air. Dulu dah berlaku perkara yang sama, terpaksa ditangguhkan pembaikannya kerana ketidakcukupan peruntukan kewangan untuk pembaikan...selagi mampu, terpaksalah menangguhkan pembaikan tersebut. lama-lama...

Nak tak nak, kena betulkan (baiki) juga saluran yang pecah, kena check semua sekali bahagian bawah bangunan, cari yang pecah dan kena buat saluran baru, jika perlu.  Tentu kos pembaikan makan puluhan ribu...aduhhh..mana aku nak cari duit ni, peruntukan kerajaan negeri cuma sedikit. Anak-anak di rumah ini memerlukan tempat tinggal yang baik dan selesa.  Apapun kena usahakan mana yang boleh.  Kena utamakan RPKK dulu berbanding dengan pembaikan pejabat di daerah.  Pejabat didaerah juga memerlukan sejumlah kewangan yang besar, perlu disegerakan pembaikan kerana keperluan yang mendesak.

Sikit-sikitlah bahagi apa yang ada nanti ...


Wednesday, December 10, 2014

puak!! jangan cuba

adapun sebabnya apabila kita semua bersuara dan berkata-kata
sedikit sebanyak mengadu nasib kepada ketua
ada juga dikatakan kami semuanya melampau dan mengada-ngada
melebih-lebih tiada kurang nya ada
kita dikata melanggar hukum sedia nya ada
kita dikata kurang belajar dan tiada ada apa
kita dikurung dalam rumah sendiri yang sudah tua
kita dicela, dikata, nista dan cerca
kita dikata penipu seumpamanya,
kita dikata mengambil hak empunya dia
kita dikata macam-macam perkara yang ada
kita dinoda didepan mata
Hei puak-puak yang sepetnya mata
Ini tanah dan bumi kami empunya
asal usul nenek moyang kami yang usaha dan buka
darah dan nyawa kami melata-lata
Ini rumah kami yang lama dan pusaka
rumah kami yang diwarisi sejak dahulu kala
rumah kami yang ada tiang seri dan galang bumbungnya
rumah kami yang begini kukuh rupanya
Kami duduk bukan lagi bersila
kami duduk berkerusi adanya
kerana kami juga ada maruah dan hati didada
kerana kami ada iman dan Pencipta
Kami juga makan apa yang kami usaha
kami bukan hirup kuahnya sahaja
kami makan lauknya juga
kerana kami tahu, lauk dan kuah semuanya kami punya
kenapa dipersoal apa yang kami ada
rumah dan kerusi serta lauk dan kuah yang ada?
kenapa ditanya ini milik siapa
sedangkan puak tahu kami yang punya
puak datang baru sehari dua
berpijak dibumi berjudi nasih dan tuah
mencari rezeki barang sekelumit ada
kami bagi muka, kami bagi semuanya kerana kami anggap saudara
andai puak tidak selesa dan mengata
puak boleh pergi kembali jua
kami rela dan tiada apa-apa dukacita
kami sebenarnya akan gembira dan kami tersangatlah bahagia
puak jangan cabar kami sekeluarga
puak jangan cuba meretak porak peranda
kami ada ayah dan abang juga srikandi bangsa
kami bisa melakukan apa sahaja

Wednesday, December 3, 2014

Belanja

Lumrah apabila di penghujung tahun, kebanyakan perbelanjaan akan dilejerkan semula, melihat mana-mana baki kewangan dan peruntukan yang telah dibelanjakan.  Perbelanjaan perlu dilakukan dalam tahun semasa dan menjadi tugas utama untuk menyelesaikan semua bayaran dibuat sebelum akaun ditutup...tambahan pula, semua LO akan dihentikan penerimaan pada 15 Disember...itu antara syarat dan aturan yang ditetapkan bagi memudahkan kerja pihak akaun.

Juga apabila terlibat dengan proses dalam menentukan kelulusan bagi membuat pembelian yang melibatkan wang yang agak besar jumlahnya, pelbagai kriteria dan syarat serta kondisi perlu dilihat dengan penuh berhati-hati.  Melihat senarai keperluan yang panjang, melibatkan kewangan, kekuatan sesebuah syarikat, pengalaman, kecukupan kakitangan, pengurusan, jenis perniagaan dan bekalan yang disediakan... begitu, memerlukan pandangan kepakaran dan kemahiran yang pelbagai.

Tidak semestinya yang meletakkan harga yang paling rendah akan diambil sebagai pembekal dan begitu jugalah sebaliknya.  Namun perlu melihat kepada perkara-perkara lain yang munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan, mengambil kira aspek dalaman serta luaran dan faktor melibatkan kemanusiaan sehinggalah faktor ekonomi yang difikirkan perlu dalam sesuatu kes.  Semestinya akan berbeza antara satu kes dan satu kes, ianya unik.

Tugas menjadi berat, antara memilih pembekal untuk bekalan bagi tahun semasa dengan kewajaran jumlah hari pada tahun semasa semakin berkurang...belanja pembekal terlalu besar dan seolah bayaran tidak mungkin dibuat kerana hari-hari yang semakin suntuk...senang citer, barang belum tiba, bayaran tak akan dibuat, sedangkan duit yang ada cukup-cukup untuk tahun ini sahaja...aduhhh...kalau tak dibayar...lebihan duit berlaku dan peratusan perbelanjaan akan merosot...jauh dari target asal yang mahukan 100% belanja...perfect.

Tuesday, December 2, 2014

Teratak

Minggu lepas, kawan pulang ke Kuala Lumpur, pulang ke rumah kawan yang dah lama kawan tinggalkan...dah lebih 3 tahun. Pada kali ni, rasanya dapatlah lama sikit kawan berada di rumah., sempat juga kawan bersihkan kolam ikan yang dah lama kawan tinggalkan ini, kawan ubah aliran air kolam dari pam ke penapis, kawan kosongkan kolam dan tukar semua airnya, ikan lama semua dah mati, termasuklah ikan kalui kawan yang dah berusia 11 tahun...kawan rasa beratnya hampir 8 kilo...takde rezeki kawan nak lihat dia besar lebih 10 kilo. Semua ikan, kawan gantikan dengan ikan baru..ikan koi...kaler merah, merah hitam dan putih. Pokok-pokok semuanya kawan pangkas mana yang perlu, pokok buluh dah merimbun, cantik dan dah jadi macam taman kat Jepun je...laluan pun dah teduh...ada kawan sediakan lampu yang guna tenaga solar, menyala sebelah malam...nampak cozy...hehehe...

Bumbung tingkat 3 dah bocor, airnya meresap ke bilik kawan ditingkat 2, berfungus dan berdebu. terpaksa kawan panjat bumbung rumah yang lebih 30 kaki tinggi, membetulkan mana yang dah pecah dan gantikan genting mana yang retak.  Serius jugak sebab beberapa genting diterbangkan ribut...air akan masuk mencurah bila hujan lebat dan angin kencang.  Tambah pula musim hujan, semuanya akan menjadi lembab dan basah.  Kawan tampal guna silikon je mana yang sempat kawan buat.  Kawan buat palong air yang baru, aliran air boleh mengalir dari tepi, kalau angin kuat dan hujan lebat, InsyaAllah tak bocor lagi...harapnya begitulah.

Banyak sangat projek rumah nak dibuat, belum masuk projek kerja-kerja besi dan pertukangan yang kawan buat sebelum ini, selain pertanian dan peternakan...hahaha...dah jadi macam petani dan tukang. Kalau dulu, kawan selalu ke MARDI...(sebelah rumah je pun...dekat dengan MAEPS Serdang) untuk mengikuti kursus (yang diadakan secara percuma dan terbuka kepada komuniti setempat) pada setiap sabtu. Sempat jugak kawan masuk kursus dan mendapat sedikit ilmu tentang peternakan ikan keli, membuat ikam pekasan, peternakan ikan hiasan, kursus tanaman, penanaman bunga dan buat baja IM serta pelbagai lagi termasuklah pertanian dan perikanan...alahaiii dah lama kawan tinggalkan semuanya.

Banyak lagi nak buat sebenarnya, pagar kayu yang kawan pasang dulu ada yang dah reput, kayunya kena gantikan dengan kayu baru, begitu juga dengan pagar kayu ditingkat 3 rumah, ada yang dah tercabut skru dan nat nya, kawan tak sempat nak pasang lagi, masih boleh bertahan sampai kawan pulang lagi, InsyaAllah.  Lantai sebelah luar juga akan kawan pasangkan tiles..atau pebble stone...nak gantikan simen, bolehla jugak jadikan tingkat 3 rumah ni, ruangan yang berupa taman dan tempat bersantai keluarga...rasanya nak alaskan sebahagian ruangan tu dengan rumput dan buatkan kolam kecil dipenjuru.  Letak payung dan set kerusi kayu, macam taman hiasan...bessttt...

Banyak sebenarnya nak kawan buat dan betulkan...dan sebenarnya kawan rindukan rumah kawan. Bilalah agaknya kawan akan pulang semula ke sini?

The Middle of a Heartbeat