Thursday, August 20, 2015

Cokelat?

Memang kawan suka sangat makan cokelat, terutamanya black chocolate... tapi itu dululah, semasa kawan boleh makan dalam kuantiti yang tiada had bagi satu-satu masa dan tanpa henti. hahaha.

Penggemar cokelat katakan.  beli sepeket cokelat, makan sampai habis... kalau beli dua paket, dua peket akan habis.  kalau tak makan nasi pun takpe, asalkan ada cokelat.

Dahsyat eaa?... kawan pun tak percaya kawan macamtu, tapi itulah hakikatnya.  Itu dulu... sekarang tak lagi. Sebabnya...bila banyak sangat makan cokelat, kawan mudah sangat kena magrain...sakit kepala yang amat sangat.  Kalau sahabat kawan kata, macam nak tercabut biji mata... kawan pula kata, macam nak gergaji je kepala...

Moral dari makan cokelat... kita perlu insaf bahawa pelakuan yang melampau dan keterlaluan dalam apa jua perkara haruslah dielakkan, biarlah sederhana dan menimbangtara dengan sebaik=baik dan seadanya...

Sunday, August 16, 2015

Langkawi

Sepanjang hari Khamis hingga Sabtu lepas, kawan menghadiri Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan di Langkawi. Macam biasalah, meeting sampai larut malam dan isu perbincangan seperti jugak hasil meeting yang lepas.  Kawan tak suka bila tiada keputusan dan menanti jawapan.  Kawan tidak suka bila setiap keputusan juga dipengaruhi oleh kepentingan politik menteri.  Ini akan menyebabkan sesuatu perkara tidak selari dengan peraturan sedia ada dan melanggar undang-undang.


Wednesday, August 12, 2015

"waaaa...."

Kenapa perlu mengikut cara orang lain? kita ada identiti kita sendiri.  Mereka menunjukkan cara mereka sedangkan kita mempunyai cara kita sendiri.  Memanglah nampak menarik apa yang tiada pada kita, semuanya nampak baik dan mesti mulut nganga menyebut "waaaaa....." sebabnya kita tidak buat apa yang mereka buat.  Bila kita buat, mereka juga akan "waaaa...." kan kita sebabnya mereka tiada apa yang kita ada.  Apa yang kurangnya? apa yang tiadanya? semua ada "waaaa..." sampai nganga mulut, sampai terlopong menyebut "waaaa...." nasib jugak ada nafas panjang utk menyebutnya sekali lagi ..."waaaa...."

Kenapa juga tidak berterus terang dengan kawan?. Kawan over sangat ke? dalam hal-hal bersangkutan dengan keperluan yang telah diberikan kepercayaan kepada kawan untuk laksanakannya sampai habis?

Kenapa perlu menyatakan secara "waaaa..." tadi kepada perkara yang nampak mudah aje, tapi bila menyebut "waaaa..." dengan adanya niat, maka lain sangat maksudnya, susah nau nak faham walaupun perkara itu terlalu mudah, seperti soalan matematik... 1 + 1...jawapannya  adalah 2.  Jadi kenapa memayahkan perkara yang begitu mudah?...

Berterus teranglah dengan kawan, kawan mudah faham dan kawan akan laksankan apa yang baik untuk semua.  Kawan buat semuapun bukan untuk diri kawan, semuanya untuk kita-kita, bukan orang lain.  Kawan hanya dilantik untuk memimpin sebuah kumpulan kerana kepercayaan semua.  Janganlah buat kawan frust pada saat-saat akhir begini, semua kerja dah siap, semua yang payah dah jadi mudah, yang tak nampak dulu...dah terang benderang.  Kawan penat tau!!...

Hari ini, kawan betul-betul frust.  Kawan frust bila kena tikam belakang begini.



Happy Birthday Sahabat

Kawan tiada apa-apa nak dihadiahkan pada hari jadi sahabat, cuma kawan nak mengingatkan sahabat dan diri kawan sendiri, agar...tidak sekali-kali meninggalkan solat dan selalulah melakukan tahajud dan dhuha...

Tuesday, August 11, 2015

Labu & Labi

Rupanya mereka takut dengan bayang-bayang sendiri, hinggakan menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.  Sangat negatif dalam berfikir, tak sihat untuk otak dan jiwa, semuanya negatif.  Masih ada prasangka buruk dan memandang orang lain dengan sebelah mata.  Insaflah wahai "labu dan labi", dunia ni hanya sekejap sahaja, semuanya pinjaman dan dugaan kepada kita.  Insaflah wahai "labu dan labi", dunia hanya sekilas sahaja.

Kawan suka dengan sikap "labu dan labi" yang sangat ghairah untuk mendapatkan sesuatu, tetapi kawan benci dengan sifat "labu dan labi" yang sentiasa negatif, kerana ianya membawa keburukan kepada semua orang.  Dulu "labu dan labi" yang gigit cili, dia pulak yang rasa pedasnya hingga ke hari ini. Kawan tak pernah gigit cili macam monyet dalam TV yang tak makan sampai 4 hari...itu lu laaa.."labu dan labi", semua orang dah tahu.

Buatlah apa sekalipun, sekiranya masih ada sifat yang negatif dalam jiwa, ianya tidak akan surut... 
Sekarang "labu dan labi" panas mendidih...

Ada aku kesah?

Sunday, August 2, 2015

Penghujung Ogos 2015

Ini kali ke-2 dalam tempoh sebulan kawan ke negeri Kedah. Hujung bulan Ogos nanti akan berlangsung satu program yang melibatkan semua warga kerja Jabatan. Suatu perkara yang dinantikan semua orang walaupun ianya melibatkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh setiap individu, kerana melibatkan penginapan, makan minum, persiapan awal dan peralatan yang dijangka menjangkau puluhan ribu ringgit.

Ermmm...pagi hari ini, kawan menghadiri mesyuarat bagi kali ke -3 untuk perbincangan berkenaan dengan program yang bakal dilaksanakan. Menaiki kenderaan dari lewat malam semalam dan tiba di Alor Setar diwaktu subuh. Selesai solat subuh, kawan dan seorang pegawai serta pemandu sempat bersarapan di sebuah warung berhampiran dengan Wisma Persekutuan Negeri Kedah.

Hasil mesyuarat dan perbincangan hari ini adalah muktamad kerana tiada lagi mesyuarat sebelum program nanti. Bermakna, tinggal hanya kurang dua minggu untuk kawan merancang semuanya agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan baik.  Kawan percaya, dan dengan izin Allah, semuanya akan bermula dan berakhir dengan baik.