Lembu
dipegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Pepatah ini merupakan satu
bentuk ikatan yang menyatakan hubungan dan kepercayaan sesama makhluk. Andainya tali pada lembu dibiarkan tidak
bertambat, maka terlepaslah lembu tersebut, meragut rumput ke mana sahaja yang disukai,
tanaman dan pucuk muda menjadi habuan.
Maka menjadi kemarahan kepada petani dan hak yang empunya tanaman dan pokok pucuk muda kerana dimakan lembu, boleh jua menyebabkan jiran tetangga naik angin dan berbalah. Semuanya kerana lembu tidak dipegang pada talinya.
Maka menjadi kemarahan kepada petani dan hak yang empunya tanaman dan pokok pucuk muda kerana dimakan lembu, boleh jua menyebabkan jiran tetangga naik angin dan berbalah. Semuanya kerana lembu tidak dipegang pada talinya.
Begitu
jugalah manusia yang memegang amanah dengan janji. Ianya merupakan satu bentuk ikatan
kontrak antara manusia lainnya. Jika
dalam perundangan sekalipun, sesuatu akta boleh dijelaskan untuk menggambarkan
kontrak tersebut yang dikhilafkan sebagai ikatan lisan antara manusia dan manusia
lainnya. Manusia yang berpegang pada
janji dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah dan mengikut apa yang
dipersetujui. Sekiranya ingkar pada
amanah, buruk akibatnya, merosakkan segalanya dan menghampakan perasaan orang
lain yang tetap teguh berpegang pada janji.
Betapa
kuatnya ikatan berbentuk janji yang tidak dinampakkan secara bersurat tetapi
dicatatkan sebagai yang tersirat.
Semuanya dalam bentuk persetujuan bersama yang diilhamkan dalam kotak
fikiran dan ketetapan hati dan dijaga rapi dengan iman dan moral. Dan kekuatan ini adalah tunjang kepada
kejujuran dan sifat amanah dalam diri manusia itu sendiri. Kawalan dan kebertanggungjawaban diri
membentuk ikatan tersebut menjadi kukuh dan tidak dapat dipatahkan.
Sekiranya
tiada ikatan janji atau ikatan ini diperolokkan oleh manusia, maka terurailah
segala kata dan amanah yang dipersetujui, akan membuka peluang kepada
perbalahan. Menimbulkan fitnah dan
menghancurkan ikatan silaturrahim sesama manusia. Menyebabkan jiwa yang sakit dan menghidupkan
sifat amarah dalam diri. Mempengaruhi hati
dan membuka peluang syaitan membisikkan godaan yang mungkar dan mengheret ke
jahanam. Auzubillahhiminzalik.
No comments:
Post a Comment