Melihat Ka’abah akan membuatkan diri kita menjadi kaku,
sebak didada dan debaran dapat dirasakan dengan degupan jantung yang terus meruntum
dan meluluh, tergamam dan kaget seketika, tanpa disedari, airmata
bergenang dan menitis. Perasaan
yang sangat luar biasa dan tidak dapat digambarkan dengan titik
pena. Yang pasti, perasaan terbuncah
dan kagum, secara spontan, bibir dan lidah seirama mengucapkan “Allah hu Akbar” dan berterusan memuji akan kebesaran Allah.
Walaupun Ka’bah hanya sebuah binaan daripada batu
keras dan tanah, tetapi keistimewaannya sebagai titik kiblat umat islam sangat
dirasakan. Bukan bermaksud yang kita
menghambakan diri kepada binaan ini (Ka’abah) tetapi keteguhan iman dan perhambaan
sebenar adalah kepada Allah. Setiap
perlakuan dan amalan adalah kerana Allah.
Berhadapan dan melihat Ka’abah akan membawa kita
kembali kepada fitrah manusia yang tidak empunya apa-apa, hanya secebis kain
putih (ihram) yang diibaratkan sebagai bungkusan kain kafan untuk simati, membezakan
antara semua manusia adalah keimanan, amalan dan ketakwaan kepada Allah.
Kenapa kita sebagai hambaNya masih lagi mempersoalkan
rasional atau tidak rasional perintah yang ditetapkan oleh Allah kepada kita? Kenapa?
Kita terlalu kecil dan kerdil, penuh dengan kekurangan dan kelemahan untuk menyatakan
keangkuhan dan kesombongan begitu. Aku
mohon keampunan Mu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment