Pengalaman kali keempat mengerjakan umrah dan ziarah pada
27 April hingga 8 Mei 2019 di Tanah Suci Mekah dan Madinah merupakan peluang yang
diberikan Allah. Kawan percaya semuanya
atas kehendakNya kerana kawan tidak putus berdoa untuk ke sana. Allah memakbulkan doa. Pemergian kali ini sangat berbeza kerana
kawan pergi dengan matlamat untuk bertugas bagi menyantuni klien jabatan yang
dipilih berasaskan kalayakan sebagai asnaf dengan tajaan sepenuhnya oleh
syarikat Andalusia Travel & Tours kepada lebih 480 orang.
Pelbagai rencah pengalaman dalam bertugas kerana
kebanyakan asnaf terdiri daripada mereka yang telah berumur dan mempunyai tahap
kesihatan yang kurang. Kawan ingat lagi nama-nama satu kumpulan dengan
kawan. Kami dibahagikan kepada 12 buah
bas dengan nombor masing-masing. Kawan
di dalam bas bernombor 9 dengan asnaf seramai 42 orang termasuk seorang
mutawwif, pembantu mutawwif, dua orang sukarelawan dan dua orang petugas. Nama seperti Pak Mad, Pak Man, Pak Su, Pak
Din sentiasa dalam ingatan kerana mereka ini memberikan kesan kepada kawan
sepanjang berada di sana. Pak Mad dan
Pak Man orang Johor dan kuat beribadat di Masjidilharam dan Masjid Nabi. Pak Su rakan sebilik kawan, juga tidak pernah
tinggal solat di masjid dan dia ada hadiahkan kawan kopiah putih. Pak Din dari Kedah pula mempunyai kisahnya
sendiri, dari mula tawaf pertama hinggalah kembali pulang di KLIA, kawan pegang
dan papah dia, kerana Pak Din sakit celah paha, katanya ada tiga telur lebih…hahahaha
(sakit kelenjar kot, bengkak dan menyukarkan dia berjalan. Pernah kawan tolak dia menggunakan kerusi
roda semasa lawatan dan ziaran di masjid nabi)
Banyak sangat pengalaman bertugas di tanah haram
ini. Ianya berbeza dengan datang untuk
beribadat dan datang untuk bertugas, satu pengalaman yang memberikan keseronokan dan memenatkan.
No comments:
Post a Comment