Andainya nafsu membatasi kewarasan akal dan iman, ianya mempengaruhi setiap tindakan dan perlakuan. Nafsu akan menguasai diri dan manusia tidak dapat berfikir secara waras dan membawa mereka untuk bertindak diluar batasan fitrah.
Akal menjadi lemah, semakin kecut dan mengecil, kerana nafsu yang membuak-buak akhirnya akan mendorong manusia untuk bertindak dengan cara gila. Sonsongan bisikan syaitan dan iblis yang sentiasa mengambil peluang, menambahkan rasa nasfu dan fikiran yang keliru, menyerapi nafas manusia dengan jiwa kacau dan tidak waras, lantas tindakan berpaksikan kepada sesuka nafsu tanpa adanya akal dan iman. Jika ia mati, maka kematiannya penuh dengan aib dan caci nista, jika ia hidup, maka kehidupannya penuh dengan bangsat dan celaka.
No comments:
Post a Comment