Thursday, June 5, 2014

Malunya Aku

Alunan lagu dan kelunakan suara semasa dia memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci alQuran sungguh menyentuh hati. Bahasa Allah yang dipertuturkan dengan begitu teratur dan tertib memberikan kita (sebagai hambaNya) panduan dan pedoman dalam kehidupan.  Itulah juga Karma dan Aturan Kehidupan yang tiada tolok banding, kerana semua undang-undang dan hukum berpandukan ayat-ayat suci ini.

Keupayaannya untuk mempersembahkan bacaan ayat-ayat suci alQuran dengan baik dan menjuarai musabaqah pada kali ini sangatlah dipuji.  Allah menganugerahkan dirinya kelebihan dan keistimewaan dalam penghayatan alQuran.  Allah menganugerahkannya kelebihan yang sungguh luarbiasa dan berbeza dengan manusia lain. 

Dalam hati ini berkata “malunya aku yang celik dan nampak untuk membaca dan melihat, tidak dapat membaca alQuran dengan baik dan betul…inikan pula dengan taranum dan fasakhah serta tajwid yang tepat, walaupun dirinya seorang buta,… malunya aku”

No comments: