Tuesday, January 13, 2015

Gaspar Thomas

Tiba-tiba aje kawan teringatkan sahabat kawan yang dah lama tak jumpa, agaknya dah lebih 7 tahun.  Sahabat kawan ni...seorang yang cukup baik dan suka menolong orang.  Masa kawan susah dulu, iaitu semasa rumah kawan kena masuk perompak dan kereta kawan disamun, dialah yang banyak membantu kawan. Semasa kawan sakit, dia jugalah yang membawa kawan ke hospital... bagi kawan, kalau dalam kesusahan, kawan akan call dia dulu, minta tolong dan dia mesti datang membantu.

Kalaulah pahala itu dinampakkan sebanyak mana kebaikan yang dilakukan oleh sahabat kawan ini, kawan percaya, banyak sangat pahalanya nak disebutkan...bukan kawan sorang yang dia tolong, ramai lagi orang-orang lain yang dia suka menolong...Tak kurang juga dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dan keagamaan yang dilakukan oleh sahabat kawan ini...semuanya berkebajikan dan membantu masyarakat...

Cuma...dah lama sangat tak jumpa dia, rindu nak berbual macam selalu di kedai mamak ..minum teh tarik dan selalu jugak kami pekena nasi beryani kambing di seksyen 9 Shah Alam. Yang berlalu cuma tinggal kenangan.  Namun kawan masih terkilan dengan nasib sahabat kawan ini...malah, semasa menunaikan umrah pada tahun 2012, kawan tidak teragak-agak untuk mendoakan sahabat kawan ini agar diberikan hidayah, dibukakan hatinya untuk menerima islam sebagai agamanya.  Kawan sedih sekiranya sahabat kawan ini mati dalam kekufuran tanpa hidayah untuk menikmati nikmat yang paling besar dalam hidup ini...iaitu islam.

Sahabat, kawan masih mendoakan kamu sehingga akhir hayat kawan, kawan tak mahu sahabat kawan mati dalam kafir dan kufur. Bukalah mulutmu wahai sahabat untuk menyatakan dengan ikhlas bahawa "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"...Laailaha illallah wa ashhaduanna muhammad rasullullah"

No comments: