Friday, January 9, 2015

Yang Lepas

Membawa peristiwa semalam ke tahun baru 2015, bermula semula sebagai sebuah catatan kepada mereka yang mengalaminya...penghujung tahun 2014, banjir besar melanda negeri di pantai timur, termasuk negeri Pahang dan Perak.  Punca air hujan yang melebihi purata daripada keadaan biasa menjadikannya luarbiasa dan menyebabkan limpahan air yang sangat besar.  Ramai sahabat-sahabat kawan yang terlibat dengan banjir pada tahun ini.  Nenek kawan dan saudara mara kawan turut terlibat dan dipindahkan kerana rumah dan kediaman mereka ditenggelami air.

Pengalaman semasa kecil, semasa kawan berusia 8-12 tahun, setiap tahun, kawan akan menantikan air bah melimpah jalan di belakang rumah kawan.  Bila air naik dan melimpah jalan, akan terputus hubungan antara kampung nenek kawan dan rumah kawan.  Semua akan berpesta air bah...budak-budak seusia kawan akan bermain air, masa inilah juga kawan keluar rumah mencari ikan sungai, memasang perangkap yang dibuat sendiri seperti sebuah bubu ikan...kawan dan abang kawan membuat bubu daripada jaring besi...atau dawai punai...diikat dengan bilah besi yang dibentuk silinder...umpan yang digunakan kawan adalah ikan busuk...ataupun ikan kering...

Ada jugak kawan memasang bilah-bilah seperti pancing...orang kampung kawan panggil pancang seperti pancing (agak pendek sedikit) itu sebagai "taut" yang digunakan untuk memancing ikan.  Kawan pacakkan taut ini di sepanjang sungai belakang rumah. Kerja memasang taut dilakukan pada lewat petang, dibiarkan semalaman....menunggu keesokannya untuk menuai hasil...tangkapan ikan. Walaupun tidak banyak yang mengena tetapi keseronokan untuk melakukan perkara ini sangat berbaloi kepada kawan, memberikan kawan pengalaman sebagai budak kampung.

Banjir tahun ini agak besar dan membuka mata kepada ramai orang, sememangnya perkara ini menjadi lumrah tahunan kepada mereka tetapi keadaan tahun ini menjadi luarbiasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Allah berikan ujian dan rahmatNya dengan penuh hikmah kepada mereka yang ingin berfikir.  Allah datangkan sedikit ujian yang tegas agar kita semua membuat penilaian semula kepada perlakuan dan tindakan yang pernah kita lakukan...terlalu banyak yang kita mungkir kepada perintah Allah dalam semua perkara.  Kesenangan selama ini adalah ujian yang kita lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah... dan pastinya sediki kesusahan yang didatangkan inimerupakan peringatan untuk kita kembali kepadaNya dengan lebih tawadduk dan redha. InsyaAllah.

No comments: