Wednesday, July 1, 2015

Dulu-Dulu

Semasa kawan berumur masih dalam umur budak-budak, 5 hingga 8 tahun, rumah kawan jauh di kawasan kampung, kira-kira 5 batu dari kawasan pekan yang merupakan laluan utama antara bandar ke bandar. Kawan ke sekolah dengan berjalan kaki, dari tahun satu sehinggalah kawan dalam darjah 3, sebelum ayah membelikan sebuah basikal untuk kawan menunggangnya ke sekolah.  Perjalanan kawan ke sekolah akan menempuh beberapa buah mukim dan jalan kampung yang masih tidak bertar.  Kawan tiada masalah dengan semua itu, maklum sahajalah, pengalaman semasa kanak-kanak sangat menyeronokan.

Nak kata kawan dari keluarga yang susah atau miskin, tidak juga kerana ayah kawan seorang cikgu sekolah, cuma kawan tidak bersekolah di sekolah ayah kerana ayah mengajar di sekolah menengah.  Mak kawan pula seorang guru AlQuran di kampung.  So hidup kawan macam biasa-biasa sahaja.  Mungkin ayah sengaja nak mendidik kawan supaya kawan boleh alami sendiri pengalaman dan menjadi budak kampung yang sederhana. Ketika ini, tidak banyak aktiviti dibuat di sekolah, penglibatan murid pun hanyalah semasa waktu bersekolah sahaja. Tiada aktiviti selepas sekolah yang melibatkan murid-murid untuk hadir seperti sekarang, kalau adapun hanya sedikit sahaja dan seperti acara tahunan sahaja.  Jauh bezanya.

Aktiviti hujung minggu dan musim cuti sekolah dipenuhi dengan aktiviti budak kampung seperti mandi sungai, menangguk ikan di sawah padi, menangkap ikan di sungai dan di lubuk, mencari buluh untuk membuat meriam buluh semasa bulan puasa, mengutip biji pokok getah dan menjualnya..dapatle 50sen seguni...,main tanah liat, main perang-perang combat, membuat senjata buluh dengan peluru biji cermai, main layang-layang kertas, kadang-kadang melihat dikir barat di kampung lain, wayang gambar di tengah padang sekolah dan macam-macam lagi..

Kenangan dulu-dulu akan membuatkan kita tersenyum atau menangis sendiri.  Kawan lebih banyak senyum kerana kawan telah melalui pengalaman yang sangat manis walaupun kadang-kadang ada pahitnya.  Biasalah..kita akan melupakan semuanya tetapi bagi sesetengah perkara yang masih jelas dalam fikiran, akan tetap kita tidak lupa.


No comments: