Model Z1000 antara model yang sangat cun dalam kelasnya berbanding dengan model dan dari jenama lain. Sememangnya Kawasaki tidak pernah kalah dalam merekacipta design yang sangat menarik dan bergaya. Z1000 Nampak kasar kerana lampu dihadapan direndahkan, dari sudut hadapan, ianya seperti kepala predator dan menyerlahkan ciri-ciri kasar dan ganas. Walaupun ada sedikit nampak tegak berbanding dengan model Ducati, tetapi Z1000 memberikan kelainan dalam kemasan enjin dan keserabutan mekanikal yang kurang ditonjolkan.
Ketinggian tempat duduk Z1000 adalah 1055cm, agak tinggi bagi kawan yang agak rendah tetapi masih boleh menapakkan bahagian kaki dengan baik. Ianya setanding dengan model sportbike yang lain. Pengendaliannya boleh dikatakan sangat mudah dan mempunyai handle yang ringan untuk digerakkan. Jarak tempat duduk penunggang dengan bahagian pendikit minyak sedikit tinggi dan tegak, tidak terlalu menurun, memberikan penunggang keselesaan dan kelebihan untuk merehatkan diri dengan tank yang agak besar.
Sekiranya menempuh perjalanan yang jauh, model Z1000 memberikan keselesaan pemanduan dan tidak memeritkan berbanding dengan model sport. Ini adalah kerana model sport dibina untuk kelajuan, pastilah Z1000 akan kalah dengan spesifikasi kelajuan jika dibandingkan dengan model sport. Ciri-ciri fizikal Z1000 bukan untuk kelajuan dan ianya ditonjolkan melalui beberapa kekurangan dalam penyediaan rintangan angin, ketinggian dan jarak tempat duduk. Boleh dikatakan Z1000 mempunyai kelebihan dengan jarak tetapi kalah dengan model Z1000SX yang mempunyai penambahan ciri-ciri sportbike.
Namun demikian, untuk memecut sehingga 260km/j adalah mudah bagi Z1000, walaupun tujahan awal sangat berbeza dan kurang sedikit kuasanya untuk diberikan tekanan. Jika anda pernah menunggang sportbike, maka perbandingan ini seharusnya juga dijadikan ukuran sebelum memiliki mana-mana model yang bukan sport. Kita juga tidak boleh menyamakannya dengan mana-mana model sport walaupun kuasa atau cc nya nampak sama, kerana fungsi bagi kedua-dua model adalah sangat berbeza. Selain itu, sebaran udara panas dari bahagian enjin juga agak sekata kepada keseluruhan ruangan dihadapan enjin dan tidak memanaskan mana-mana bahagian kaki penunggang berbanding dengan model sport yang agak terhad kepada saluran tertentu yang memungkinkan kepanasan kepada bahagian kaki.
Bagi kawan, model Z1000 sangat selesa ditunggang untuk aktiviti yang lebih santai dan agak agresif, terutamanya kepada siapa sahaja yang berulang alik ke tempat kerja dan menempuh kesesakan lalulintas di bandar-bandar. Z1000 memberikan ruang kepada penunggang untuk sampai ke destinasi dengan cepat tanpa gangguan pengendalian walaupun dalam sesak dan memerlukan tujahan dengan serta merta dan menyelit di antara kenderaan-kenderaan yang lebih besar. Jelas sekali bahawa Z1000 tersendiri dalam kelasnya.
Semasa mengambil selekoh tajam sekalipun, Z1000 agak stabil dengan kelajuan 150kmj hingga 200kmj. Penunggang masih boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada model ini kerana tayar hadapan dan belakang dalam kelebaran yang setanding dengan sportbike iaitu 120/17 dan 190/17. Barangkali penunggang tidak selesa dengan ketinggian model ini semasa mengambil selekoh yang tajam dan memerlukan kerendahan titik graviti seperti sportbike. Apapun, kawan tak suka layan lap sebab pernah jatuh semasa aksi tersebut.
Apapun, model Z1000 adalah model tersendiri walaupun seakan sama dengan model Z800 yang lebih kecil dan lampu hadapan yang diletakkan lebih tinggi. Model Z1000 tidak sama dengan Jenama Ducati tetapi memiliki spesifikasi yang jauh lebih baik ataupun setanding dengan kebanyakan jenama terkenal. Berbaloi untuk memiliki? Ianya sangat berbaloi untuk dimiliki tetapi kelebihan lain kepada model Z1000sx yang memiliki sifat santai agresif yang dilengkapi dengan ciri-ciri sportbike.
Untuk perbandingan tanpa sportbike, antara Z1000 dan Z1000sx? kawan pilih Z1000 kerana lebih praktikal, tetapi kawan suka z1000sx...
Cubalah...sahabat bila lagi?
No comments:
Post a Comment