Semalam ada seorang sahabat menghadiahkan kawan sebungkus dodol pandan dari kelantan. Dodol ini dibungkus dalam plastik yang bersaiz dua telapak tangan sahaja, rasanya sangat manis dan ada wangian pandan sekiranya dodol itu berwarna hijau. Ada juga dodol yang berperisa durian, dan ada juga dodol yang biasa dalam pasaran berwarna cokelat kehitaman. Ada juga dodol yang bercampur warna dan teksturnya juga agak kasar dan berserabut, yang jenis ini kawan tidak dapat pastikan apa jenisnya tetapi rasanya sedap dan sudah tentu saranya sangat manis.
Kalau dahulu, semasa arwah ayah kawan masih hidup, dia selalu bekalkan dari kampung beberapa bungkus dodol untuk kawan di sini. Pelbagai jenis dodol akan ayah bekalkan kepada kawan dan anak-anak kawan sememangnya suka makan dodol yang ayah bawa. Terima kasih ayah. Arwah ayah juga tidak pernah lupa untuk membawa dodol sebagai hadiah kepada besan dia di Kuala Kangsar apabila dia berkunjung ke sana. Dodol mesti dibawanya bersama dengan beberapa jenis barang makanan lainnya.
Sahabat, dodol semalam mengingatkan kawan kepada arwah ayah kawan.
No comments:
Post a Comment