Berapa lagi novel kena baca?, selagi dia suka membaca, biarlah dia membaca.
Tuesday, April 25, 2017
Iqra
Kawan tumpang baca novel anak kawan. Baru habis 53 mukasurat, agak menarik juga jalan cerita novel tersebut. Sebab apa menarik, sebabnya kawan nak baca dan baca, menarik minat dan terus untuk tahu jalan cerita akhirnya. Anak kawan kata, cerita tu tak best sangat berbanding dengan cerita dari novel satu lagi. Oklah, dia kena baca jugak walaupun menarik atau tidak, kena habiskan. Tambahan pula, penulis novel ini adalah salah seorang sahabat kawan semasa di universiti dulu.
Wednesday, February 24, 2016
Cukup Haul
Dah cukup haul kawan berkhidmat di negeri Johor. Lebih lima tahun. Satu tempoh waktu yang panjang dan sepanjang tempoh itu, ianya memberikan pengalaman kerja yang pelbagai rasa dan ragam, sampai ke satu tahap, kawan lebih Johor dari orang Johor itu sendiri (Ha Ha Ha).
Kenapa cukup haul?. Jawapannya mudah, sebab terlalu lama kawan di negeri Johor. Dan kalau mengikut rujukan yang kawan buat, "cukup haul" yang dikira berdasarkan kalendar islam, bermaksud : Satu jangkamasa setahun..." Untuk lebih faham, kaedah cukup haul ini merupakan ukuran masa yang ditentukan dalam pengiraan zakat. Jangan lupa juga bahawa haul datang dengan nisabnya sekali. Andai menginginkan kefahaman, kenalah rujuk buku agama berkaitan dengan zakat dalam islam.
Berpindah? Ya, berpindah dan mencari pengalaman baru ditempat lain dengan berbekalkan pengalaman yang ada. Bila?, Apabila kawan telah bersedia dan Allah menentukan semuanya. InsyaAllah.

Mula semula
Agak lama juga kawan tak update blog ini. Bukan sebab kawan malas nak update, sedangkan banyak kawan nak tulis, tapi mungkin sebab-sebab lain yang menghalang kawan menulis. Bagaimanapun yang tertinggal beberapa bulan lepas, biarlah lepas, yang baharu andainya terlintas untuk kawan menulis, kawan akan menulis.
Tuesday, September 15, 2015
Wednesday, September 2, 2015
Thursday, August 20, 2015
Cokelat?
Memang kawan suka sangat makan cokelat, terutamanya black chocolate... tapi itu dululah, semasa kawan boleh makan dalam kuantiti yang tiada had bagi satu-satu masa dan tanpa henti. hahaha.
Penggemar cokelat katakan. beli sepeket cokelat, makan sampai habis... kalau beli dua paket, dua peket akan habis. kalau tak makan nasi pun takpe, asalkan ada cokelat.
Dahsyat eaa?... kawan pun tak percaya kawan macamtu, tapi itulah hakikatnya. Itu dulu... sekarang tak lagi. Sebabnya...bila banyak sangat makan cokelat, kawan mudah sangat kena magrain...sakit kepala yang amat sangat. Kalau sahabat kawan kata, macam nak tercabut biji mata... kawan pula kata, macam nak gergaji je kepala...
Moral dari makan cokelat... kita perlu insaf bahawa pelakuan yang melampau dan keterlaluan dalam apa jua perkara haruslah dielakkan, biarlah sederhana dan menimbangtara dengan sebaik=baik dan seadanya...

Sunday, August 16, 2015
Langkawi
Sepanjang hari Khamis hingga Sabtu lepas, kawan menghadiri Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan di Langkawi. Macam biasalah, meeting sampai larut malam dan isu perbincangan seperti jugak hasil meeting yang lepas. Kawan tak suka bila tiada keputusan dan menanti jawapan. Kawan tidak suka bila setiap keputusan juga dipengaruhi oleh kepentingan politik menteri. Ini akan menyebabkan sesuatu perkara tidak selari dengan peraturan sedia ada dan melanggar undang-undang.
Wednesday, August 12, 2015
"waaaa...."
Kenapa perlu mengikut cara orang lain? kita ada identiti kita sendiri. Mereka menunjukkan cara mereka sedangkan kita mempunyai cara kita sendiri. Memanglah nampak menarik apa yang tiada pada kita, semuanya nampak baik dan mesti mulut nganga menyebut "waaaaa....." sebabnya kita tidak buat apa yang mereka buat. Bila kita buat, mereka juga akan "waaaa...." kan kita sebabnya mereka tiada apa yang kita ada. Apa yang kurangnya? apa yang tiadanya? semua ada "waaaa..." sampai nganga mulut, sampai terlopong menyebut "waaaa...." nasib jugak ada nafas panjang utk menyebutnya sekali lagi ..."waaaa...."
Kenapa juga tidak berterus terang dengan kawan?. Kawan over sangat ke? dalam hal-hal bersangkutan dengan keperluan yang telah diberikan kepercayaan kepada kawan untuk laksanakannya sampai habis?
Kenapa perlu menyatakan secara "waaaa..." tadi kepada perkara yang nampak mudah aje, tapi bila menyebut "waaaa..." dengan adanya niat, maka lain sangat maksudnya, susah nau nak faham walaupun perkara itu terlalu mudah, seperti soalan matematik... 1 + 1...jawapannya adalah 2. Jadi kenapa memayahkan perkara yang begitu mudah?...
Berterus teranglah dengan kawan, kawan mudah faham dan kawan akan laksankan apa yang baik untuk semua. Kawan buat semuapun bukan untuk diri kawan, semuanya untuk kita-kita, bukan orang lain. Kawan hanya dilantik untuk memimpin sebuah kumpulan kerana kepercayaan semua. Janganlah buat kawan frust pada saat-saat akhir begini, semua kerja dah siap, semua yang payah dah jadi mudah, yang tak nampak dulu...dah terang benderang. Kawan penat tau!!...
Hari ini, kawan betul-betul frust. Kawan frust bila kena tikam belakang begini.
Happy Birthday Sahabat
Kawan tiada apa-apa nak dihadiahkan pada hari jadi sahabat, cuma kawan nak mengingatkan sahabat dan diri kawan sendiri, agar...tidak sekali-kali meninggalkan solat dan selalulah melakukan tahajud dan dhuha...
Tuesday, August 11, 2015
Labu & Labi
Rupanya mereka takut dengan bayang-bayang sendiri, hinggakan menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Sangat negatif dalam berfikir, tak sihat untuk otak dan jiwa, semuanya negatif. Masih ada prasangka buruk dan memandang orang lain dengan sebelah mata. Insaflah wahai "labu dan labi", dunia ni hanya sekejap sahaja, semuanya pinjaman dan dugaan kepada kita. Insaflah wahai "labu dan labi", dunia hanya sekilas sahaja.
Kawan suka dengan sikap "labu dan labi" yang sangat ghairah untuk mendapatkan sesuatu, tetapi kawan benci dengan sifat "labu dan labi" yang sentiasa negatif, kerana ianya membawa keburukan kepada semua orang. Dulu "labu dan labi" yang gigit cili, dia pulak yang rasa pedasnya hingga ke hari ini. Kawan tak pernah gigit cili macam monyet dalam TV yang tak makan sampai 4 hari...itu lu laaa.."labu dan labi", semua orang dah tahu.
Buatlah apa sekalipun, sekiranya masih ada sifat yang negatif dalam jiwa, ianya tidak akan surut...
Buatlah apa sekalipun, sekiranya masih ada sifat yang negatif dalam jiwa, ianya tidak akan surut...
Sekarang "labu dan labi" panas mendidih...
Ada aku kesah?
Ada aku kesah?
Subscribe to:
Posts (Atom)