Memang kawan suka sangat makan cokelat, terutamanya black chocolate... tapi itu dululah, semasa kawan boleh makan dalam kuantiti yang tiada had bagi satu-satu masa dan tanpa henti. hahaha.
Penggemar cokelat katakan. beli sepeket cokelat, makan sampai habis... kalau beli dua paket, dua peket akan habis. kalau tak makan nasi pun takpe, asalkan ada cokelat.
Dahsyat eaa?... kawan pun tak percaya kawan macamtu, tapi itulah hakikatnya. Itu dulu... sekarang tak lagi. Sebabnya...bila banyak sangat makan cokelat, kawan mudah sangat kena magrain...sakit kepala yang amat sangat. Kalau sahabat kawan kata, macam nak tercabut biji mata... kawan pula kata, macam nak gergaji je kepala...
Moral dari makan cokelat... kita perlu insaf bahawa pelakuan yang melampau dan keterlaluan dalam apa jua perkara haruslah dielakkan, biarlah sederhana dan menimbangtara dengan sebaik=baik dan seadanya...
No comments:
Post a Comment