Wednesday, August 12, 2015

"waaaa...."

Kenapa perlu mengikut cara orang lain? kita ada identiti kita sendiri.  Mereka menunjukkan cara mereka sedangkan kita mempunyai cara kita sendiri.  Memanglah nampak menarik apa yang tiada pada kita, semuanya nampak baik dan mesti mulut nganga menyebut "waaaaa....." sebabnya kita tidak buat apa yang mereka buat.  Bila kita buat, mereka juga akan "waaaa...." kan kita sebabnya mereka tiada apa yang kita ada.  Apa yang kurangnya? apa yang tiadanya? semua ada "waaaa..." sampai nganga mulut, sampai terlopong menyebut "waaaa...." nasib jugak ada nafas panjang utk menyebutnya sekali lagi ..."waaaa...."

Kenapa juga tidak berterus terang dengan kawan?. Kawan over sangat ke? dalam hal-hal bersangkutan dengan keperluan yang telah diberikan kepercayaan kepada kawan untuk laksanakannya sampai habis?

Kenapa perlu menyatakan secara "waaaa..." tadi kepada perkara yang nampak mudah aje, tapi bila menyebut "waaaa..." dengan adanya niat, maka lain sangat maksudnya, susah nau nak faham walaupun perkara itu terlalu mudah, seperti soalan matematik... 1 + 1...jawapannya  adalah 2.  Jadi kenapa memayahkan perkara yang begitu mudah?...

Berterus teranglah dengan kawan, kawan mudah faham dan kawan akan laksankan apa yang baik untuk semua.  Kawan buat semuapun bukan untuk diri kawan, semuanya untuk kita-kita, bukan orang lain.  Kawan hanya dilantik untuk memimpin sebuah kumpulan kerana kepercayaan semua.  Janganlah buat kawan frust pada saat-saat akhir begini, semua kerja dah siap, semua yang payah dah jadi mudah, yang tak nampak dulu...dah terang benderang.  Kawan penat tau!!...

Hari ini, kawan betul-betul frust.  Kawan frust bila kena tikam belakang begini.



No comments: