Terlibat secara langsung dengan urusan menyambut kepulangan jenazah MH17 pada hari ini, seluruh negara berkabung kerana kehilangan lebih 200 penumpang dan anak kapal MH17 lebih sebulan yang lalu. Bagi aku, sekadar berpada-pada dan tidak berlebih-lebih...bolehlah untuk bersedih, tak usahlah dibuat secara besar-besaran dan menokok tambah kepiluan dan kesedihan, berulangkali menyatakan kekesalan dan keresahan terhadap kehilangan orang yang kita sayang...tak usahlah. Berpada-padalah... sebenarnya kita cuma merinduinya...sangat sangat merinduinya
Berkabung dalam agama islam hanyalah untuk para isteri yang kehilangan suami, ianya digambarkan dalam idah selama 4 bulan 10 hari... kenapa dibenarkan hanya kepada si isteri?. Jawapan yang paling mudah difahami adalah, kerana untuk menyatakan bahawa isteri tersebut telah kehilangan suaminya dan menguar-uarkan kepada seluruh penduduk setempat dan masyarakat luar, bahawa si isteri tadinya telah kehilangan / kematian suaminya, tiada tempat bergantung dan berpegang harap...so, mana-mana lelaki budiman bolehlah merisik memohon si isteri tadinya untuk berkongsi hidup bagi kali kedua...itupun selepas idahnya.
Islam juga menegah kepada kesedihan yang berpanjangan, melarang untuk memakai pakaian khusus dan mengadakan perkabungan kerana kematian. Nabi Muhammad S.A.W ketika wafatnya, tiada istilah berkabung diadakan oleh para sahabat, mahupun pemimpin besar ketika zaman pemerintahan khalifah islam sekalipun, tiada perbuatan berkabung untuk menyatakan kesedihan. Adakah kita ini lebih mulia dari nabi dan para rasul untuk berkabung atau adakah manusia biasa seperti kita perlu melakukan perbuatan yang sedemikian?
Jadi, usahlah menyatakan kesedihan dalam langkau masa yang lama kerana ianya merosakkan akal. Berfikirlah secara matang dan menerima kehendak Allah dengan seadanya kita sebagai hambaNya.
Sekadar menziarai jenazah pada hari ini, menyembahyangkan dan mengiringkan ke pusara harusnya dikurniakan Allah pahala yang sangat besar, kiraan 1 qiraat pahala untuk menziarahi jenazah digambarkan pahalanya adalah sebesar bukit uhud...
1 comment:
al fatihah..
http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/download-percuma-buat-duit-melalui.html
Post a Comment