Wednesday, May 27, 2015

Bikers Kental III : z1000 ke z1000sx ke sport?

Model Z1000 antara model yang sangat cun dalam kelasnya berbanding dengan model dan dari jenama lain. Sememangnya Kawasaki tidak pernah kalah dalam merekacipta design yang sangat menarik dan bergaya. Z1000 Nampak kasar kerana lampu dihadapan direndahkan, dari sudut hadapan, ianya seperti kepala predator dan menyerlahkan ciri-ciri kasar dan ganas. Walaupun ada sedikit nampak tegak berbanding dengan model Ducati, tetapi Z1000 memberikan kelainan dalam kemasan enjin dan keserabutan mekanikal yang kurang ditonjolkan.

Ketinggian tempat duduk Z1000 adalah 1055cm, agak tinggi bagi kawan yang agak rendah tetapi masih boleh menapakkan bahagian kaki dengan baik.  Ianya setanding dengan model sportbike yang lain. Pengendaliannya boleh dikatakan sangat mudah dan mempunyai handle yang ringan untuk digerakkan. Jarak tempat duduk penunggang dengan bahagian pendikit minyak sedikit tinggi dan tegak, tidak terlalu menurun, memberikan penunggang keselesaan dan kelebihan untuk merehatkan diri dengan tank yang agak besar.

Sekiranya menempuh perjalanan yang jauh, model Z1000 memberikan keselesaan pemanduan dan tidak memeritkan berbanding dengan model sport.  Ini adalah kerana model sport dibina untuk kelajuan, pastilah Z1000 akan kalah dengan spesifikasi kelajuan jika dibandingkan dengan model sport. Ciri-ciri fizikal Z1000 bukan untuk kelajuan dan ianya ditonjolkan melalui beberapa kekurangan dalam penyediaan rintangan angin, ketinggian dan jarak tempat duduk. Boleh dikatakan Z1000 mempunyai kelebihan dengan jarak tetapi kalah dengan model Z1000SX yang mempunyai penambahan ciri-ciri sportbike.

Namun demikian, untuk memecut sehingga 260km/j adalah  mudah bagi Z1000, walaupun tujahan awal sangat berbeza dan kurang sedikit kuasanya untuk diberikan tekanan. Jika anda pernah menunggang sportbike, maka perbandingan ini seharusnya juga dijadikan ukuran sebelum memiliki mana-mana model yang bukan sport. Kita juga tidak boleh menyamakannya dengan mana-mana model sport walaupun kuasa atau cc nya nampak sama, kerana fungsi bagi kedua-dua model adalah sangat berbeza.  Selain itu, sebaran udara panas dari bahagian enjin juga agak sekata kepada keseluruhan ruangan dihadapan enjin dan tidak memanaskan mana-mana bahagian kaki penunggang berbanding dengan model sport yang agak terhad kepada saluran tertentu yang memungkinkan kepanasan kepada bahagian kaki.

Bagi kawan, model Z1000 sangat selesa ditunggang untuk aktiviti yang lebih santai dan agak agresif, terutamanya kepada siapa sahaja yang berulang alik ke tempat kerja dan menempuh kesesakan lalulintas di bandar-bandar.  Z1000 memberikan ruang kepada penunggang untuk sampai ke destinasi dengan cepat tanpa gangguan pengendalian walaupun dalam sesak dan memerlukan tujahan dengan serta merta dan menyelit  di antara kenderaan-kenderaan yang lebih besar.  Jelas sekali bahawa Z1000 tersendiri dalam kelasnya.

Semasa mengambil selekoh tajam sekalipun, Z1000 agak stabil dengan kelajuan 150kmj hingga 200kmj. Penunggang masih boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada model ini kerana tayar hadapan dan belakang dalam kelebaran yang setanding dengan sportbike iaitu 120/17 dan 190/17. Barangkali penunggang tidak selesa dengan ketinggian model ini semasa mengambil selekoh yang tajam dan memerlukan kerendahan titik graviti seperti sportbike.  Apapun, kawan tak suka layan lap sebab pernah jatuh semasa aksi tersebut.

Apapun, model Z1000 adalah model tersendiri walaupun seakan sama dengan model Z800 yang lebih kecil dan lampu hadapan yang diletakkan lebih tinggi.  Model Z1000 tidak sama dengan Jenama Ducati tetapi memiliki spesifikasi yang jauh lebih baik ataupun setanding dengan kebanyakan jenama terkenal. Berbaloi untuk memiliki? Ianya sangat berbaloi untuk dimiliki tetapi kelebihan lain kepada model Z1000sx yang memiliki sifat santai agresif yang dilengkapi dengan ciri-ciri sportbike.

Untuk perbandingan tanpa sportbike, antara Z1000 dan Z1000sx? kawan pilih Z1000 kerana lebih praktikal, tetapi kawan suka z1000sx...

Cubalah...sahabat bila lagi?

Monday, May 25, 2015

Al Kahfi

Kelmarin, kawan ada mentelaah sedikit ayat-ayat AlQuran, surah AlKahfi.  Yang menarik minat kawan dalam surah itu adalah cerita pengembaraan yang dilakukan oleh Zulqarnain dalam beberapa ayat di pertengahan surah.  Disebutkan pasal Yakjud Makjud dan kaum yang tiada bahasa dan tiada kita mengertikan bahasanya, satu kaum yang sangat kurang akalnya.  Dengan kelebihan yang diberikan Allah, Zulqarnain membina tembok daripada besi dan tembaga setinggi gunung yang menghalang yakjud makjud. itu adalah penceritaan perjalanan Zulqarnain ke arah timur atau penghujung matahari jatuh.  Perjalanan lain yang dibuat olehnya adalah ke arah sebelah barat, yang menemukan satu kaum yang sebaliknya.

Dalam surah itu, tiada dinyatakan siapakah Zulqarnain tetapi kelebihan yang dikurniakan Allah adalah sehebat barisan para nabi yang ada... seorang pemimpin dan wali Allah yang diceritakan dalam kebanyakan kitab dan buku-buku sasterawan Eropah. Penceritaan Zulqarnain, yang pernah kawan baca adalah dalam riwayat yang ditulis oleh seorang sahabat nabi yang menceritakan berkenaan peri lengkapnya kisah Zulqarnain melalui Sayyidina Ali...ini termausklah kisah pengembaraan ahli kahfi yang dihidupkan semula oleh Allah setelah mereka dimatikan dalam tidur mereka selama 300 tahun didalam sebuah gua.

Ini adalah kisah-kisah yang legend dan ajaib yang pernah diungkitkan oleh seorang alim ulama Yahudi kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad berkenaan dengan kebenaran Nabi Muhammad sebagai Rasulullah.  Nyatalah, Nabi Muhammad S.A.W dapat menceritakan semua kisah-kisah tersebut dengan ilham wahyu yang didatangkan Allah kepadanya, sebuah penceritaan yang tiada dapat ditandingi mana-mana penceritaan, kerana ianya adalah kata-kata Allah.

Allah humma sallialasaiyyidina Muhammad...

Sunday, May 24, 2015

Dari Blog Chedet - Najib dan Pembohongan

Bila Tun Bersuara...

1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.

3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.
5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh “Brazen Sky” anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.

7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.

8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.

9. Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.

10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.


13. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

Thursday, May 21, 2015

So What???

"So what???" Terlebih kurang sopankah kawan kalau kawan berkata begitu? Pada fikiran kawan, bukan nak menunjukkan kurang ajarnya atau kurang sopannya kawan, tetapi nak menegur dengan lebih berhemah kepada jawapan yang kawan terima, yang dijawab dengan terlebih kurang sopannya dan terlalu kurang sangat ajarnya.

Satu situasi yang memerlukan sedikit usaha untuk menjayakan sesuatu, perkara ini sangat perlu ... a.k.a wajib dilakukan supaya ianya berjalan dengan sempurna, dengan mengambil kira semua keadaan dan situasi serta faktor-faktor luaran serta dalaman.  Sangat diperlukan untuk lakukan, bukan sekadar hanya menyelesaikan tugas sahaja.  Apabila alasan dinyatakan sebelum melakukan atau mencuba, ianya satu sikap yang tidak baik.

Wednesday, May 20, 2015

Assalam Alaikum

Nak masuk rumah orang atau kalau berjumpa dengan seseorang, dan andainya kita orang islam, kenalah bagi salam dahulu.  Kalau bukan islam ataupun kebiasaannya, ucap selamat dahulu... yang boleh dilakukan dengan ucapan "selamat pagi, good morning, apa khabar" dan sebagainya.  Ucapan ni tak susah sangat nak dilakukan, cuma gerakkan fikiran kita untuk ucapkan salam atau selamat pagi kepada orang lain bila bertemu.

Bila masanya susah sangat nak ucap salam?... apabila sifat seseorang terlalu ego, sombong dan meninggi diri. Dalam fikirannya, menganggap bahawa orang lain perlu mulakan dahulu, bukan dirinya, kerana dalam dirinya telah dikekang oleh sifat tadi.

Kalaulah kita masuk rumah orang tanpa mengucapkan salam dan sedikitpun tidak menegur penghuni dalam rumah tersebut, samalah juga kita dianggap sebagai pencuri atau perompak.  Kawan percaya, siapapun jua yang dianggap sebagai perompak atau pencuri, seharusnya akan dihalau keluar dari rumah, setidak-tidaknya seluruh ahli keluarga akan memukul perompak tersebut dan dihantar ke lokap polis.  Ianya satu kesalahan kerana merompak, yang boleh kita samakan dengan memasuki rumah seseorang tanpa berkata apa-apa seperti yang kawan sebut diawal perenggan ini.

Peringatan kepada diri kawan juga, ucaplah salam dan bertanya khabarlah selalu kepada mereka yang kita telah lama kenal atau baru sahaja bertemu.  Salam adalah doa dan menjawab salam juga doa, masing-masing memohon kepadaNya untuk rahmat dan sejahtera.

Assalam alaikum sahabat ... apa khabar?

Tuesday, May 19, 2015

Bola dan Selfie

Kecoh satu Malaya pasal bolasepak dan selfie yang menimbulkan marah orang ramai.  Kisahnya, penyokong bolasepak sebuah negeri merusuh kerana tidak berpuashati dengan pengadil yang membatalkan jaringan gol (offside), dan selfie pulak berkenaan dengan graduan sebuah universiti berselfie atas pentas semasa mengambil skrol Diplomanya.  Ada juga mereka yang menyokong perbuatan tersebut...dengan memberikan alasan ianya satu perkara baru dan kita perlu berfikiran terbuka, antara lain kata mereka...kat US dan luar negara perbuatan selfie ni tak menjadi kesalahan punnn..kata mereka lah.

Dan berkenaan bolasepak pula, penyokong menuduh pengadil tidak adil, sehingga MB negeri tersebut sendiri pun mengeluarkan kata-kata seperti ugutan..."tidak akan menyertai pertandingan lagi"...HAHAHAHAH...nak tergelak bila baca kenyataan dari MB yang sedemikian...nampak sangat ikut perasaan dan marah hati kerana pasukan negerinya tewas.  Jelas sekali dipaparkan dalam video yang disebarluas melalui media menunjukkan pemain yang menjaringkan gol berada dalam kedudukan "offside". Istilah offside dalam bahasa inggeris...pahaman kita kalau kita main kat kampung...main "tunggu ayam". Kawan melihat perkara ini satu perbuatan yang sangat memalukan kalau main macam "tunggu ayam", lepas tu nak marah-marah kat pengadil dan dituduhnya tak adil dan berat sebelah, tak habis selepas itu, pergi pulak gaduh2 dan buat semak kat stadium serta merosakkan harta benda awam.  Bertambah-tambahlah malangnya apabila timbul kenyataan MB yang agak tidak pandai mengeluarkan kata-kata kerana kekalahan yang sepatutnya diterima dengan semangat kesukanan.

Cerita berselfie dan ada juga perbuatan menari-nari semasa berjalan untuk menerima skrol sangatlah tidak sopan kerana dilakukan dihadapan mereka yang sepatutnya kita hormati. Kita orang melayu sangat mengutamakan sifat dan adap sopan selari dengan tuntutan agama yang kita anuti.  Sekadar menghormati mereka yang lebih tua dan hendaklah menunjukkan dengan perbuatan yang baik.  kalau ada yang berkata,
"tidak terbuka fikiran", "fikiran kolot", "kat US dah lama orang buat", "kita aje yang lebih-lebih dan tak faham jiwa graduan". Itu semua merupakan alasan yang boleh siapapun berikan.  Yang paling utama adalah menjaga tatasusila kita dalam masyarakat, mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Siapalah kita andainya kita sendiri tidak mampu menterjemahkan nilai-nilai budaya dan kesopanan yang telah kita miliki selama ini...apatah lagi lebih malang, sekiranya kita sendiri telah melupakan semuanya.

Kawan bukan berfikiran lama atau ortodok, tetapi kawan melihat perkara yang perlu kita berikan keadilan ditempatnya, keadilan kepada satu suasana yang sangat kita hormat dan satu majlis yang sangat dimuliakan. Seperti juga perbuatan kita menegur mereka yang lebih tua dan berpengalaman dalam kerja, bukan dengan kata "hoi!!" atau dengan "apasal bro"...tetapi hendaklah dengan lebih baik kerana mereka yang perlu kita hormati.  Menjaga adap sopan bukannya terlalu payah dan sukar nak dilaksanakan, ikutlah peraturan dalam tatacara kehidupan, dan sentiasa memuliakan mereka yang lebih tua. Kita juga jangan lupa bahawa kita kaya dengan nilai-nilai murni dan tuturkata ketika berbahasa, contoh mudah... kita tak panggil "u" atau "i" kepada mereka yang lebih tua tapi berbahasakan "pakcik" atau "makcik"... mudahnya kita menggunakan gelaran nama kita sejak lama dulu, bukan mengikut orang putih yang ada hanya satu bahasa... Tidak salah kita melebihkan adap sopan selagi ianya selari dengan kehendak agama,  kerana Nabi Muhammad S.A.W juga menerima wahyu dan dijelaskan dalam AlQuran agar menghormati seorang buta yang datang berjumpa dengannya.

Monday, May 18, 2015

Tun M dan DSN

Dalam beberapa minggu ni, kawan banyak membaca blog ayahanda Tun, selain kawan mendapatkan beberapa buah buku yang pernah ditulis oleh Tun M.  Bukan apa, sekadar nak cari cerita yang ditulis oleh beliau dan mengetahui serba sedikit pendapat dan pandangannya terhadap beberapa isu semasa yang berkaitan dengan PM, iaitu DSN. Ye lah, banyak sangat konflik dan ulasan media ke atas PM yang masih belum selesai.  Perkara ini bukan sahaja ke atas PM tapi ke atas Tun M sendiri.  Apa sahaja yang boleh kawan buat ...kawan membuat bacaan ke atas beberapa tulisan berkenaan dengan DSN berkaitan caragaya pentadbiran dan kemelut yang dihadapinya sepanjang menjadi PM.

Kesimpulannya, dan kalaulah ada orang bertanya, kawan akan jawab... "kawan sokong Tun M tetapi peluang harus diberikan kepada DSN". DSN perlu nyatakan pendiriannya sendiri, jelaskan dalam lima prisip mudah... why, what, when, where and how bagi semua perkara itu berlaku, jangan hanya membisu dan mengerah ahli lain untuk menyokong sedangkan mereka juga tersepit...


Kehadiran Ramadan, Kita Semua Ternantikannya

sebulan lagi...

Saturday, May 16, 2015

Bikers Kental II - z1000

Lama dah kawan tak update pasal bikers kental... bukan tak minat tapi tak sempat nak citer pasal motor, lagipun kawan dah lama tak tunggang motor.  Apapun, kawan update sikit pasal motor kawan yang baru...model z kawasaki,  R1 kawan masih simpan dalam kelambu, nak cuba jenis ganazz macam model kepala predator ni pulak.  Kalau nak pecut dan nak kelajuan melampau, tak payahlah pakai model z, tunggang aje sportbike dan jangan komplen tak laju... model z ni lebih kepada santai tapi lebih aggresif.. cubalah!!


Monday, May 11, 2015

Dari Blog Chedet - Tabung Haji

Bila Tun Bersuara...

"Tiada ada negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.  Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit.  Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.  Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.  Wang ini bukan milik Tabung Haji.  Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.  Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar.  Untung besarlah 1MDB.  Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra.  Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.  Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya.  Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.  Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.  Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low da Riza Aziz jika saya buat laporan. 

 Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.  Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan.  Buktikan juga saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat dian sajalah".

Friday, May 8, 2015

Mak

Sudah lebih 12 tahun, mak kawan lumpuh, orang kampung kata angin ahmar, dan kebanyakan kita sebut sakit stroke. Dengan penyakit yang ada, mak sangat terhad untuk bergerak dan memerlukan bantuan orang lain.

Ada sebabnya mak kawan sakit begitu. Allah telah tentukan perjalanan hidup dia untuk menghadapi dugaan yang sangat berat.  Kawan percaya dan menganggap ianya satu dugaan untuk mak kawan mengumpul pahala yang pastinya begitu besar dengan berkat kesabaran dan semestinya kecacatan yang dialami mengekang dirinya untuk berbuat dosa.  Alangkah indahnya percaturan Allah kepada manusia.

Bagi kami, percaturan dalam menentukan mak terus mendapat kebahagian seorang ibu.

Wednesday, May 6, 2015

Melampau

Pelakuan melampau yang dilakukan individu telah menyebabkan kemalangan maut di Lebuhraya DUKE pada Sabtu lepas dan menyebabkan tiga nyawa terkorban.  Mudahnya kita menuding jari kepada siapa sahaja yang kita suka untuk menyatakan siapa salah dan berdosa...pada masa yang sama, mudah juga kita membuat kesimpulan bahawa, sikap yang terlampau dalam perlumbaan kereta (pastinya bukan sahaja pada sabtu lepas, tetapi telah lama berlaku dan berulang-ulang, dan mereka terselamat dari penguatkuasaan serta hukuman) menyebabkan kecelakaan kepada orang lain. Moralnya, sifat dan perilaku melampau ini...menyebabkan kecelakaan kepada mereka yang tiada kaitan (langsung)... dan Allah mendatangkan hukuman dan akibat serta musibah kepada kita, supaya kita berfikir dan mengambil pedoman. Segeralah sedar dan bertaubat atas apa jua kesalahan dan dosa wahai sahabat...hentikanlah.  Tak usah nak berdalih dan menyiapkan diri dengan alasan lagi, alasan yang dah lapuk dan perkara lama...semua orang dah tahu!!!

"So (oo mankind and Jinn) which of the bounties of your Lord will you deny?" Surah ArRahman