Monday, May 25, 2015

Al Kahfi

Kelmarin, kawan ada mentelaah sedikit ayat-ayat AlQuran, surah AlKahfi.  Yang menarik minat kawan dalam surah itu adalah cerita pengembaraan yang dilakukan oleh Zulqarnain dalam beberapa ayat di pertengahan surah.  Disebutkan pasal Yakjud Makjud dan kaum yang tiada bahasa dan tiada kita mengertikan bahasanya, satu kaum yang sangat kurang akalnya.  Dengan kelebihan yang diberikan Allah, Zulqarnain membina tembok daripada besi dan tembaga setinggi gunung yang menghalang yakjud makjud. itu adalah penceritaan perjalanan Zulqarnain ke arah timur atau penghujung matahari jatuh.  Perjalanan lain yang dibuat olehnya adalah ke arah sebelah barat, yang menemukan satu kaum yang sebaliknya.

Dalam surah itu, tiada dinyatakan siapakah Zulqarnain tetapi kelebihan yang dikurniakan Allah adalah sehebat barisan para nabi yang ada... seorang pemimpin dan wali Allah yang diceritakan dalam kebanyakan kitab dan buku-buku sasterawan Eropah. Penceritaan Zulqarnain, yang pernah kawan baca adalah dalam riwayat yang ditulis oleh seorang sahabat nabi yang menceritakan berkenaan peri lengkapnya kisah Zulqarnain melalui Sayyidina Ali...ini termausklah kisah pengembaraan ahli kahfi yang dihidupkan semula oleh Allah setelah mereka dimatikan dalam tidur mereka selama 300 tahun didalam sebuah gua.

Ini adalah kisah-kisah yang legend dan ajaib yang pernah diungkitkan oleh seorang alim ulama Yahudi kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad berkenaan dengan kebenaran Nabi Muhammad sebagai Rasulullah.  Nyatalah, Nabi Muhammad S.A.W dapat menceritakan semua kisah-kisah tersebut dengan ilham wahyu yang didatangkan Allah kepadanya, sebuah penceritaan yang tiada dapat ditandingi mana-mana penceritaan, kerana ianya adalah kata-kata Allah.

Allah humma sallialasaiyyidina Muhammad...

No comments: