Tuesday, May 19, 2015

Bola dan Selfie

Kecoh satu Malaya pasal bolasepak dan selfie yang menimbulkan marah orang ramai.  Kisahnya, penyokong bolasepak sebuah negeri merusuh kerana tidak berpuashati dengan pengadil yang membatalkan jaringan gol (offside), dan selfie pulak berkenaan dengan graduan sebuah universiti berselfie atas pentas semasa mengambil skrol Diplomanya.  Ada juga mereka yang menyokong perbuatan tersebut...dengan memberikan alasan ianya satu perkara baru dan kita perlu berfikiran terbuka, antara lain kata mereka...kat US dan luar negara perbuatan selfie ni tak menjadi kesalahan punnn..kata mereka lah.

Dan berkenaan bolasepak pula, penyokong menuduh pengadil tidak adil, sehingga MB negeri tersebut sendiri pun mengeluarkan kata-kata seperti ugutan..."tidak akan menyertai pertandingan lagi"...HAHAHAHAH...nak tergelak bila baca kenyataan dari MB yang sedemikian...nampak sangat ikut perasaan dan marah hati kerana pasukan negerinya tewas.  Jelas sekali dipaparkan dalam video yang disebarluas melalui media menunjukkan pemain yang menjaringkan gol berada dalam kedudukan "offside". Istilah offside dalam bahasa inggeris...pahaman kita kalau kita main kat kampung...main "tunggu ayam". Kawan melihat perkara ini satu perbuatan yang sangat memalukan kalau main macam "tunggu ayam", lepas tu nak marah-marah kat pengadil dan dituduhnya tak adil dan berat sebelah, tak habis selepas itu, pergi pulak gaduh2 dan buat semak kat stadium serta merosakkan harta benda awam.  Bertambah-tambahlah malangnya apabila timbul kenyataan MB yang agak tidak pandai mengeluarkan kata-kata kerana kekalahan yang sepatutnya diterima dengan semangat kesukanan.

Cerita berselfie dan ada juga perbuatan menari-nari semasa berjalan untuk menerima skrol sangatlah tidak sopan kerana dilakukan dihadapan mereka yang sepatutnya kita hormati. Kita orang melayu sangat mengutamakan sifat dan adap sopan selari dengan tuntutan agama yang kita anuti.  Sekadar menghormati mereka yang lebih tua dan hendaklah menunjukkan dengan perbuatan yang baik.  kalau ada yang berkata,
"tidak terbuka fikiran", "fikiran kolot", "kat US dah lama orang buat", "kita aje yang lebih-lebih dan tak faham jiwa graduan". Itu semua merupakan alasan yang boleh siapapun berikan.  Yang paling utama adalah menjaga tatasusila kita dalam masyarakat, mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Siapalah kita andainya kita sendiri tidak mampu menterjemahkan nilai-nilai budaya dan kesopanan yang telah kita miliki selama ini...apatah lagi lebih malang, sekiranya kita sendiri telah melupakan semuanya.

Kawan bukan berfikiran lama atau ortodok, tetapi kawan melihat perkara yang perlu kita berikan keadilan ditempatnya, keadilan kepada satu suasana yang sangat kita hormat dan satu majlis yang sangat dimuliakan. Seperti juga perbuatan kita menegur mereka yang lebih tua dan berpengalaman dalam kerja, bukan dengan kata "hoi!!" atau dengan "apasal bro"...tetapi hendaklah dengan lebih baik kerana mereka yang perlu kita hormati.  Menjaga adap sopan bukannya terlalu payah dan sukar nak dilaksanakan, ikutlah peraturan dalam tatacara kehidupan, dan sentiasa memuliakan mereka yang lebih tua. Kita juga jangan lupa bahawa kita kaya dengan nilai-nilai murni dan tuturkata ketika berbahasa, contoh mudah... kita tak panggil "u" atau "i" kepada mereka yang lebih tua tapi berbahasakan "pakcik" atau "makcik"... mudahnya kita menggunakan gelaran nama kita sejak lama dulu, bukan mengikut orang putih yang ada hanya satu bahasa... Tidak salah kita melebihkan adap sopan selagi ianya selari dengan kehendak agama,  kerana Nabi Muhammad S.A.W juga menerima wahyu dan dijelaskan dalam AlQuran agar menghormati seorang buta yang datang berjumpa dengannya.

No comments: