Sunday, August 2, 2015

Penghujung Ogos 2015

Ini kali ke-2 dalam tempoh sebulan kawan ke negeri Kedah. Hujung bulan Ogos nanti akan berlangsung satu program yang melibatkan semua warga kerja Jabatan. Suatu perkara yang dinantikan semua orang walaupun ianya melibatkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh setiap individu, kerana melibatkan penginapan, makan minum, persiapan awal dan peralatan yang dijangka menjangkau puluhan ribu ringgit.

Ermmm...pagi hari ini, kawan menghadiri mesyuarat bagi kali ke -3 untuk perbincangan berkenaan dengan program yang bakal dilaksanakan. Menaiki kenderaan dari lewat malam semalam dan tiba di Alor Setar diwaktu subuh. Selesai solat subuh, kawan dan seorang pegawai serta pemandu sempat bersarapan di sebuah warung berhampiran dengan Wisma Persekutuan Negeri Kedah.

Hasil mesyuarat dan perbincangan hari ini adalah muktamad kerana tiada lagi mesyuarat sebelum program nanti. Bermakna, tinggal hanya kurang dua minggu untuk kawan merancang semuanya agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan baik.  Kawan percaya, dan dengan izin Allah, semuanya akan bermula dan berakhir dengan baik.


No comments: