Wednesday, February 11, 2015

Penjara

Semalam, salah seorang yang agak ternama dalam bidang politik negara telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan yang disabitkan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan...kesalahan meliwat. Ini merupakan kali kedua beliau dipenjarakan, kalau tak silap, penjara kali pertama adalah pada tahun 1998 hingga 2003

Dah berumur...68 tahun dan kebiasaannya manusia seusia ini, diletakkan dalam kategori tua-tua dan sepatutnya apabila kita sebagai manusia yang lemah dengan usia, perlulah menghabiskan sisa hidup dalam ibadah dan taubah.

Pada pendapat kawan, kawan tak sokong mana-mana ahli politik yang suka bercakap sebaliknya dari kenyataan, a.k.a munafik dan hipokrit. Tiga perkara yang jelas menyatakan bahawa seseorang itu adalah munafik adalah...bila bercakap, dia akan bohong, bila berjanji, dia mungkir dan bila diberikan amanah, dia akan khianat...jadilah dia munafik tegar.

Berbalik kepada cerita penama yang kena penjara, bagi kawan, Allah telah makbulkan doa-doa mangsa yang teraniaya, dan Allah belum menerima doa-doa yang diluahkan oleh penama.  Ramai penyokong penama berkata " kita tengok di akhirat..."...eeee....berani ye kome cakap macamtu?, kawan tak mahu dah tengok kes-kes macamni di akhirat, nak jaga diri sendiri pun belum tentu lepas, Kome ingat akhirat tu macam pasar malam atau pergi tengok wayang?...baik bertaubatlah kome...akhirat terlalu panjang dan panjang...insaflah...janganlah berkata sedemikian.

Kepada penama, insaf dan bertaubatlah, selitkan sedikit dalam doa mu, kenapakah Allah menguji sedemikian rupa, adakah diri kita ini sebetulnya benar atau sebetulnya salah...seharusnya melihat semula dan menginsafi semua kelakuan lampau yang dilupa, menerima kenyataan dan redha dengan apa yang tiba.  Janganlah menyombong diri dan sedikit tidak perlu meminta maaf...bak kata mereka yang ramai...sudah-sudahlah...Allah masih menunggu taubatmu...


No comments: