Wednesday, February 25, 2015

semuanya dia tahu

Dia bercakap seolah-olah tahu semuanya dan mahir dalam segala hal ehwal duniawi.  Apa yang dikatanya mesti dituruti dan dipersetujui, walaupun sebenarnya dia langsung tidak tahu, hanya berpura-pura dan buat-buat tahu, boleh dianggap seperti "cuba menangguk di air keruh"..kalau mengena, untunglah dia, kalau tak, dia tak rugi apa-apa...tetapi orang lain yang akan dianggap salah.

Dia lupa, sebenarnya disebalik semua perkara yang dianggapnya "dia tahu segalanya" dan menganggap remeh, rupanya ada tersusun serumpun peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.  Peraturan dan undang-undang ataupun yang kita katakan sebagai prosedur ini, tidak lain tidak bukan, asasnya untuk kebaikan semua pihak, tidaklah hanya sebagai alat dan perhiasan sahaja, tetapi ianya satu garispanduan untuk melakukan kerja dengan betul.  Bukan dibuat sesuka hati dan sesedap rasa sahaja.

Brader, maaf eh...kawan nak tulis disini, semua perkara ada sebab dan alasannya, jangan biarkan kata-kata sahaja cantik tetapi akal tidak dapat menerima, tidak faham dengan aturan sedia ada. Tolonglah perbanyakkan bacaan kepada prosedur dan aturan yang ada, bukan nak kata bodoh tapi awak tu kurang membaca, selidiklah dulu asas yang ada, bukan menghentam sahaja...kerana tindakan terburu-buru awak mengakibatkan fitnah kepada orang lain, ramai yang terasa hati dan sakit hati dengan kenyataan awak.  Banyakan membaca brader...jangan suka tengok video sahaja.  Kalau budak-budak kurang membaca, maka kuranglah pengetahuan dia, kuranglah kepandaian dia, nak jawab peperiksaan pun akan menjadi masalah dan akhirnya tak dapat markah tinggi, akibat itu juga dia akan dikenali sebagai murid lembab..lembam dan pemalas serta tambahan kepada semua itu, sealiran dengannya adalah jahat..a.k.a....nakal di sekolah.  Budak-budak inilah yang berlagak macam dewasa tetapi batang tubuh masih kecil, mereka terperangkap dalam jiwa dewasa dan perasan bagus, lantas melakukan perkara tidak sepatutnya mereka lakukan...merokok dan berlagak gengster.

Lain pula kalau dah dewasa, macam lu Bro...kalaulah masih malas membaca, akibatnya langsung buruk dari itu...hentikanlan merepek sorang diri dalam alam siber, perluaskan ilmu dahulu, barulah menampakkan setiap tulisan bermutu dan sedap dibaca, bukan dengan ayat rakus dan kurang ajar.  Nampak sangat awak giler glamor untuk bertanding jadi Yang Berhormat... lupakanlah, sebab kami semua sudah tahu, awak dah tak laku.



No comments: