Friday, August 22, 2014

Pulangnya MH17

Terlibat secara langsung dengan urusan menyambut kepulangan jenazah MH17 pada hari ini, seluruh negara berkabung kerana kehilangan lebih 200 penumpang dan anak kapal MH17 lebih sebulan yang lalu. Bagi aku, sekadar berpada-pada dan tidak berlebih-lebih...bolehlah untuk bersedih, tak usahlah dibuat secara besar-besaran dan menokok tambah kepiluan dan kesedihan, berulangkali menyatakan kekesalan dan keresahan terhadap kehilangan orang yang kita sayang...tak usahlah. Berpada-padalah... sebenarnya kita cuma merinduinya...sangat sangat merinduinya

Berkabung dalam agama islam hanyalah untuk para isteri yang kehilangan suami, ianya digambarkan dalam idah selama 4 bulan 10 hari... kenapa dibenarkan hanya kepada si isteri?.  Jawapan yang paling mudah difahami adalah, kerana untuk menyatakan bahawa isteri tersebut telah kehilangan suaminya dan menguar-uarkan kepada seluruh penduduk setempat dan masyarakat luar, bahawa si isteri tadinya telah kehilangan / kematian suaminya, tiada tempat bergantung dan berpegang harap...so, mana-mana lelaki budiman bolehlah merisik memohon si isteri tadinya untuk berkongsi hidup bagi kali kedua...itupun selepas idahnya.

Islam juga menegah kepada kesedihan yang berpanjangan, melarang untuk memakai pakaian khusus dan mengadakan perkabungan kerana kematian.  Nabi Muhammad S.A.W ketika wafatnya, tiada istilah berkabung diadakan oleh para sahabat, mahupun pemimpin besar ketika zaman pemerintahan khalifah islam sekalipun, tiada perbuatan berkabung untuk menyatakan kesedihan. Adakah kita ini lebih mulia dari nabi dan para rasul untuk berkabung atau adakah manusia biasa seperti kita perlu melakukan perbuatan yang sedemikian?

Jadi, usahlah menyatakan kesedihan dalam langkau masa yang lama kerana ianya merosakkan akal. Berfikirlah secara matang dan menerima kehendak Allah dengan seadanya kita sebagai hambaNya.

Sekadar menziarai jenazah pada hari ini, menyembahyangkan dan mengiringkan ke pusara harusnya dikurniakan Allah pahala yang sangat besar, kiraan  1 qiraat pahala untuk menziarahi jenazah digambarkan pahalanya adalah sebesar bukit uhud... 




Sunday, August 10, 2014

Ada Apa Apa Ke Bro?

Alasan yang diberikan adalah "Salah Kaedah".  Hujah dan huraian bagi kesilapan "salah kaedah" tidak dapat diterima kerana dalam masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa kesilapan-kesilapan yang berlaku akan diperbetulkan sebelum sesuatu keputusan dibuat, kerana baginya mengambil kira semua perkara yang ada. (Itu katanya), so, dimana salah kaedahnya kalau boleh diperbetulkan...ala, sikit je pun nak betulkan...buatkan kolum untuk penilaian yang ditambah...atau tandakan bintang (*) bagi kenyataan yang berbeza...bukan susah nau pun...

Kalau dah tanda dengan bintang (*) atau tambah kolum dalam ruangan tu..takdelah salah kaedah ke apa ke...ini bukan Al Quran...yang tak boleh diubah, ini cuma borang je..takde nilai pun..

Mulut agak kurang ajar kerana mempertikaikan keikhlasan, persis menyatakan bahawa orang lain tidak jujur sedangkan dia tak tahu apa yang berlaku. Balas balik dengan kenyataan bahawa, tidak berlaku apa yang dikatakan oleh beliau, iaitu "tidak ikhlas dan tidak jujur" kerana penjelasan awal telah diperolehi, pertanyaan dan persoalan telah dikemukakan pada peringkat sebelum keputusan dibuat. Rasa nak cili je mulut mamat neh...bercakap tak siasat sebelum...berkata tak tahu punca...bercerita tanpa seloka...hampeh.

Semua faham bahawa...syarat awal untuk kelulusan adalah mengambil salah satu dalam tiga (3) faktor, sama ada faktor 1 atau faktor 2 atau faktor 3.  Sekiranya faktor 1 tidak dapat dipenuhi, maka boleh menggunakan faktor 2 atau faktor 3...tidak salah.  Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak dia...maka dia kena fahamlah dasar dan peraturan yang ditetapkan.  Hari ini...dia pula yang berbelit lidah menyatakan sebaliknya..."err...err...sekarang kita tidak gunakan faktor-faktor trsebut..."....Apa cer weii!!!...perkara itu masih dipakai sampai la ni...(ada kepentingan ke bro?)

Baru aku faham, apa yang terjadi adalah kerana :

1. Dia cuba mencari alasan untuk mempertahankan kesilapan yang dilakukan
2. Tidak ikhlas untuk membantu
3. Kesilapan lepas yang tidak dapat diselesaikan dan cuba dielakkan...(lari dari masalah)
4. Alasan yang dikemukakan amat keliru..sebab, kejap boleh..kejap tidak..seperti ada kepentingan diri
5. Suka mencabar kami apabila kenyataannya dipersoalkan...seolah (dengan kuasa yang ada), boleh menakutkan dan menghalang kami untuk bertindak.
6.  Cukuplah 5 alasan tu...banyak lagi nak senaraikan.

Semuanya berlaku pada hari khamis, dua tiga hari sebelum Hari Raya (sebulan yang lalu, di JPA Putrajaya...)...menyampah aku..

Tuesday, August 5, 2014

amboi..amboi..amboiii!!!

Ermmm... bukan main senyummm kawan kita, bertambah serinya wajah. Nampak bahagia sangat. Happy sesangat. Muka pun dah ceria macam kanak-kanak dapat gula-gula getah, tidak pun, suka sangat macam dapat eskrim potong perisa vanilla. Tahniahlah kerana yang pertama dah selesai dan menunggu yang kedua untuk penyelesaian mutlak...huhuu...akhirnya semua akan selesai, tapi bile ek? tak kisahlah bila pun, asalkan setel semuanya. Lepas tu, boleh senyum sokmo dan selalu selalu...sengeh sampai ke telinga, hati senang, jiwa tenang, akal tajam, sihat tubuh badan.

Senyum, senyum jugak, ketawa pun ketawa jugak, suka pun suka jugak... baguslah kalau dah lupakan yang lama...sebab yang lama tu, banyak tak baik daripada baik, bagus jugaklah kerana menimbang tara mana yang baik dan tidak walaupun ada orang lain yang mencelah dan menegah, 100% tidak bersetuju, sampai la ni pun masih tak setuju.  Apa nak buat dan apapun, bolehlah jugak orang lain menumpang gembira, senang dan suka hati...suka suka dan bersukaria...tapi janganlah sampai macam kanak-kanak main bunga api di malam raya. bakar sana sini, api sana sini, lilin dan ubat nyamuk habis dibakar....asap penuh laman rumah dan bau belerang.  Ada yang terpijak bara, menangis. Bunyi bising bangat..memekakkan telinga sebab ada yang main mercun, walaupun telah diharamkan. Bomm...bommm sana sini, sini sana. Meletup macam perang...kadang kala bergegar jugak rumah dan "alarm" kereta berbunyi disebabkan getaran dan bunyi yang kuat. Semuanya suka belaka. Mak mak dan bapak bapak budak pun tumpang sekaki main mercun, apa tidaknya, merekalah yang membelinya...pembekal benda benda mudah terbakar dan berbunyi kuat tu...

Sukahati koranglah nak main macamanapun, asalkan selamat dan takde yang jarinya putus. Asalkan tiada rumah yang marak membunga api sekampung. Siapapun tak tertanggung kalau terjadinya begitu.

Yang pastinya, "amboi..amboi..amboiii!!"... ko memang dah suka sangattt...dalam suka tu, ada orang lain yang duka wahai cik adik cik abang akak bapak mak uncle atuk nenek ooiii... tak ingat ke??? Tak ingat?...emmm...apa nak kata lagi kalau ko pun dah tak ingat ... tapi jangan risaulah, ada orang lain yang sentiasa ingat mengingat...ada orang lain yang sama macam dulu..tak pernah nak suka suka..sukahati jauh sekali...teringat kat rakyat Palestine yang dalam payah dan susah

Raya pun dah berlalu seminggu...SELAMAT HARI RAYA... Alhamdulillah. 
p/s : Udah-udahlah beraya...

Wednesday, July 23, 2014

Dari Jauh Ku Pohon Maaf



Layan...khas untuk semua sahabat yang mengenali. Aku maafkan semuanya dan dari jauh ku pohonkan ampun maaf..

Palestine

Dalam perjalanan menuju ke pejabat pada pagi ini, berita di radio menyatakan bahawa jumlah kematian di Gaza, Palestine meningkat kepada lebih 600 orang, manakala jumlah yang telah tercedera lebih 3000 orang. Peristiwa yang berlaku sejak dua minggu lalu dalam bulan ramadhan ini.

Astaghfirullahalaazim...perkara yang terjadi hanya mampu ditahan oleh rakyat dan anak-anak Palestine sejak berdekad yang lalu.  Maha Suci Allah yang menyediakan lapangan syahid dan jihad perang kepada rakyat Palestine yang jelas dan nyata.  Maha Suci Allah yang sedang menguji seluruh umat islam agar berfikir dan mengambil pedoman, menyuruh umat islam sedar dan mengambil teladan dalam setiap perkara yang berlaku.  Maha Suci Allah, ujian ini telah lama berlaku dan didepan mata kepala kita semua, beberapa keturunan terdahulu turut merasainya, namun semuanya masih sama.

Doa dipihak kami bersama mu wahai Palestine...

Tuesday, July 22, 2014

Masih Mangli

Kelmarin, seperti biasa, beberapa laporan akan diteliti. Walaupun lebih puluhan laporan diterima dalam seminggu, perasaan masih juga sama seperti membaca laporan yang pertama. Mengapa masih sama dan tidak mangli dengan cerita-cerita ini?.  Genang air mata dan kadangkala mengalir dipipi.  Kita hanyalah manusia yang mampu untuk berdoa.  Mengangkat tangan dan memohon...penderitaan mereka juga akan terasa, kerana kita adalah saudara.

“Anak pertama telah lama tidak ke sekolah, begitu juga dengan empat lagi adiknya, kerana bapa tidak mampu untuk menyara mereka ke sekolah.  Tinggal ditemani nenek, anak-anak dibiarkan bermain dirumah dan kadang-kadang berkeliaran dikawasan flat.  Keadaan dalam rumah tidak terurus kerana nenek yang menemani mereka juga seorang warga emas yang tidak berupaya untuk melakukan kerja-kerja rumah dengan baik.  Ibu kanak-kanak telah lama menghilang, meninggalkan anak-anak tanpa sebarang berita.  Satu kehidupan yang begitu sukar, dengan pendapatan bapa yang sangat terhad untuk membayar sewaan rumah, makanan, utiliti dan perbelanjaan seharian anak-anak bersama nenek mereka.   Pekerjaan yang tidak tetap memaksa si bapa melakukan apa sahaja kerja yang mendatangkan rezeki kepada keluarga beliau”

“Seorang nenek tua yang berumur 73 tahun tinggal bersama seorang anak OKU di sebuah rumah peninggalan suaminya yang meninggal dunia lebih 10 tahun dahulu.  Nenek tidak banyak bergerak kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, kaki nenek bengkak dan badan nenek dipenuhi dengan kudis-kudis dan luka.  Anak nya yang telah berumur, tidak mampu melakukan apa-apa kerana dia juga memerlukan jagaan.  Kehidupan nenek sangat dhaif dan payah.  Mengharapkan jiran tetangga menghulurkan sesuap nasi.  Kalau sempat, ada seorang sahabat  selalu singgah waktu tengahari membawa bekalan makanan (nasi bungkus) sambil melawat nenek yang sakit.  Sedikit sebanyak rumah nenek dibersihkannya.  Kehadiran sahabat tidak selalu ada untuk membantu nenek kerana kekangan waktu bekerja dan komitmen lain”


Sunday, July 20, 2014

MH17 dan Derita Rakyat Palestin

Dua peristiwa yang berlaku disebalik kebesaran dan perancangan Allah yang tidak kita ketahui. Derita rakyat dan anak-anak Palestin memakan puluhan dekad, mati mereka dalam syahid dan perjuangan yang tidak pernah putus. MH17 (17 Julai 2014) membuka mata banyak pihak dan Allah sedang menguji kita.  Muhasabah diri dan mengingati setiap perbuatan, tilik pandang mana yang kurang.

Wednesday, July 16, 2014

Nampak Bodoh

WM :  "Macamana bos?...saya rasa tak patut kita minta perkara yang kita pun dah tahu, dia pun dah tahu yang kita tahu, lagipun jelas dinyatakan pada geran tanah tersebut" "Takkan kita nak minta pengesahan lagi"...
B : "Ya... kalau kita mintak, nampak sangat kita ni bodoh, nanti dia kata kita ni tak tahu nak baca ke?"
WM/B: (krik..krikk...krikk..krik...)
B : "Macamnilah...awak tuliskan surat minta pengesahan bertulis dengan alasan tanah tu nak dibangunkan, tapi jelaskan dalam surat tersebut bahawa, kita sedia maklum dengan pengesahan awal seperti yang tercatat...walaubagaimanapun, pengesahan bertulis pihak tuan diperlukan kerana...dot...dot...pandai-pandai awak susun ayat"
WM : "Ha ha ha...(gelak panjang)
B : "Nampak bodoh ke tak bodoh?"
WM : "Nampak bijak boss..., nanti saya siapkan suratnya..."
B : " Bagi Dato' sign surat tu, saya tak nak sign...hehehe"
WM : " Ha ha ha...Terima Kasih boss"

Maafkan Saya... Dato'



Maaflah Dato' kerana terlalu teruja untuk mengemukakan cadangan dalam program yang dicadangkan oleh pihak Dato'.  Saya bukan bertujuan untuk memalukan Dato' atau pihak Universiti di tempat pihak Dato' bertugas tetapi saya harus berkata apa telah dilaksanakan oleh pihak kami.  Saya hanya mewakili jabatan dan semua yang hadir dalam mesyuarat semalam juga adalah mereka yang berminat dengan program Dato', kami ingin membantu supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik.

Pada hemat ambo yang lemah ini, seharusnya perincian setiap program telah ada dalam fikiran dan dengan mudah dilafazkan semasa pembentangan. Tidaklah pula berlaku untuk meletakkan kesalahan kepada student Dato' yang telah membuat proposal tersebut.  Proposal itu terlalu besar cita-citanya dan tiada arah tujuan dan pelaksanaan, seperti sebuah cerita yang digambarkan dengan sesuka hati dan berada dalam fikiran Angan Mat Jenin. Takkan Dato' tak perasan.  Kenapa asyik menyatakan "student saya berada dalam awang-awangan", sepatutnya semaklah dulu apa yang dicadangkan oleh mereka.  Takkan kat sini baru sedar mereka sedang bermimpi dan meletakkan sasaran yang diluar kemampuan dan ada juga sasarannya adalah milik orang lain. Kalau saya katakan student Dato' menceduk sepenuhnya salah dua atau tiga atau empat program yang dicadangkan itu, ianya benar belaka kerana apa yang kami bangkitkan adalah projek yang sama dan telah dilaksanakan oleh pihak kami.


Saya berulang kali menyatakan..."Kami sedia membantu mana yang perlu", "kami tiada halangan dan bersedia memberikan sokongan dalam pelaksanaan program" "saya bersetuju dan sangat berminat dengan proposal yang dikemukakan". Namun demikian, usahlah mengambil hak orang lain dan meletakkannya dihadapan pihak tuan, malah dengan selamba boleh tersenyum bangga menyatakan "ini projek kami" "kami telah mengadakan bengkel melibatkan 200 orang mahasiswa dari semua IPTA untuk mencetus idea dalam strategi ini". Seolah-olah pecah kepala memikirkan projek yang hendak dibuat, student semua mencari idea dan memerah buah fikiran untuk merangka strategi. Aduhhh...


Persoalannya, kenapa Dato' "gebang" sebegitu?, sepatutnya panggillah kami untuk berbincang dalam menyusun strategi, kami yang seadanya dalam golongan kebiasaan dan bukan bijak pandai juga cuba seboleh kami untuk membantu orang yang bijak dan pandai seperti Dato'.  Apa yang kami ada mungkin tiada pada pihak Dato dan apa yang Dato' ada mungkin tiada pada sebelah kami.  Kan lebih elok dan baik sekiranya dua kepala berkongsi cerita, pelbagai maklumat mungkin diperolehi.  Dua lebih baik dari satu dan tiga lebih baik dari dua dan seterusnya...tetapi kalau 200 mempunyai kepala yang satu, ianya tiadalah lebih baik dari 2 orang yang berbeza.


Maaf kan saya Dato' kerana menyuarakan ... bukan untuk memalukan atau menjatukan tetapi untuk membantu dan menjayakan...saya tidak rugi apa-apa, projek ini bukan projek saya, saya cuma hendak berkongsi pengalaman yang sedikit ini...nak kata saya tidak pandai, katalah apa sahaja, cuma saya nak maklum, saya juga ada pengalaman belajar seperti orang -orang Dato', nak kata ada degree...lepas jugaklah saya menamatkan pelajaran "selepas degree"...serba sedikit saya belajar jugaklah, pengalaman kerja tak banyak cuma lebih 18 tahun sahaja...tak apalah Dato'...apapun saya mohon maaf sekali lagi, insyaAllah berkat bulan puasa dan dah dekat nak raya...semuanya seikhlas mungkin.  Saya mendoakan Dato' dan crew Dato' dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan sempurna, memenuhi KPI dan menampakkan impaknya kepada semua.


"....saya cuma hendak bercakap sahaja"