Dalam perjalanan menuju ke pejabat pada pagi ini, berita di radio menyatakan bahawa jumlah kematian di Gaza, Palestine meningkat kepada lebih 600 orang, manakala jumlah yang telah tercedera lebih 3000 orang. Peristiwa yang berlaku sejak dua minggu lalu dalam bulan ramadhan ini.
Astaghfirullahalaazim...perkara yang terjadi hanya mampu ditahan oleh rakyat dan anak-anak Palestine sejak berdekad yang lalu. Maha Suci Allah yang menyediakan lapangan syahid dan jihad perang kepada rakyat Palestine yang jelas dan nyata. Maha Suci Allah yang sedang menguji seluruh umat islam agar berfikir dan mengambil pedoman, menyuruh umat islam sedar dan mengambil teladan dalam setiap perkara yang berlaku. Maha Suci Allah, ujian ini telah lama berlaku dan didepan mata kepala kita semua, beberapa keturunan terdahulu turut merasainya, namun semuanya masih sama.
Doa dipihak kami bersama mu wahai Palestine...
No comments:
Post a Comment