Dalam berbahasa, kena kawal tutur kata dan kenal siapa yang diajukan kata, barulah hajat dan maksud yang hendak disampaikan dapat diterima oleh pihak kedua, tanpa ada rasa musykil dan keliru.
Nak minta pertolongan seharusnya bermula dengan ucapan yang baik dan rendah budi bahasa. Bukan dengan meninggi diri dan sombong, mengutuk sini sana tanpa rasa bersalah menghina. Merasakan diri lebih baik daripada pihak lain dan berterusan membuta tuli menuduh kekurangan dan kelemahan, awak sahaja yang betul dan bijak, kami semua bodoh dan malas, tiada nilai kerja dan tak pandai.
Bila terkena kat batang hidung sendiri, mulut terketar-ketar dan ternganga nak menjawab, walaupun tanpa fakta, bila menjawab, dengan mudahnya mencari salah orang, menidakkan pandangan dan menuduh dengan caci-cacian dan hina. Kerana awak sahajalah yang nampak kepada kekurangan orang, awak sahajalah yang sempurna dalam semua hal, orang lain nampak kecil dan tidak boleh berkata-kata, orang lain dilihat bodoh dan bangang kerana awak merasakan dirimu ada pangkat dan kuasa, dadamu penuh ilmu dan sakumu penuh harta...sombongnya awak...sungguh sombongnya awak, tidakkah awak tahu bahawa kuasa, ilmu, harta dan pangkat semuanya bukan milik awak?... astaghfirullahalaazim...
Brader.... bila berbahasa, gunalah bahasa bijak dan baik. Buat penilaian atas semua perkara, melihat dengan mata dan hati, dengan rasa dan jiwa, bukan mata sahaja... bukan semua yang cantik berbau harum, tidak semua yang buruk nampak jahat, yang hitam tidak semestinya gelap, kaya dan sombong tidak membawa apa-apa erti, biarlah kita miskin tapi kaya budi bahasa, kaya iman dan mewah tutur mulia....
Tak usahlah sombong jika dirimu lautan, kerana minyak setitik dilaut timbul jua.
No comments:
Post a Comment