Monday, September 29, 2014

Omni

Andainya kita memiliki mesin masa yang dapat membawa kita kepada masa lampau dan masa hadapan, pastinya sejarah akan berubah.  Semua yang tidak kita suka akan diubah dan diperbaiki, tidak terkecuali kepada semua perkara dalam kehidupan seperti  nama, tarikh lahir, sekolah, kawan-kawan, musuh, abang adik, kakak dan segalanya.

Kalaulah sedemikian, kita ada sebuah mesin masa, banyak perkara dan hal akan kita ubah semula, semuanya kita akan betulkan dan merubah mengikut kehendak.  Yang gagal exam, akan kembali ke masa silam untuk melihat soalan exam yang akan diambil...ummmm...yang gagal dan mendapat pangkat banyak dalam SPM akan mencari-cari soalan...tentunya bukan soalan bocor...tetapi peluang untuk exam banyak kali, disebabkan adanya mesin masa untuk mengulang banyak kali..ha ha ha...

Yang nak jadi pelakon pun ada, masuk TV zaman P.Ramlee, bolehlah glamor sampai ke hari ini..., anak cucu akan lihat siapa kita...alahai.  Tak kurang yang nak jadi wakil rakyat, nak potong jalan orang lain jadi pemimpin, setidak-tidaknya kalau boleh nak lawan komunis zaman perang dahulu, ada jugak yang nak jadi hero masa 13 Mei 1969, nak bela nasib melayu kat Kampung Baru...emmm...kisah 13 Mei ni elok sangatlah diberikan mesin masa kat budak-budak yang lupa sejarah pada masa kini. Elok sangatlah mesin masa dibuat dan diberikan kepada mereka yang tak tahu sejarah...sekurang-kurangnya mereka insaf...kalau tak insaf sekalipun, harap mereka terperangkap pada zaman perang...amik kau...kaw-kaw jadi tawanan perang. kah kah kah...

Tetapi yang pastinya yang miskin dan papa akan cuba melihat-lihat peluang dan menyusun kehidupan menjadi kaya, yang kaya terus akan berusaha kepada kekayaan, yang cacat juga akan mengambil peluang untuk menjadi sempurna...dan mungkin semua orang akan mengambil peluang ini untuk melihat bilakah kematian mereka...agar dengan cara ini, mereka dapat merubah tarikh kematian... barangkali juga waris kepada yang dah matipun akan berusaha mengembalikan semula mereka yang telah mati dan menidakkan kematiannya pada ketika itu...ish...ish...ish...dahsyat jugak kalau ada mesin masa ni.

Agaknya begitulah, tidak akan diizinkan Allah untuk manusia mencipta mesin masa, kerana kelemahan dan kekurangan akal kita untuk memasuki dimensi kehidupan dalam ruangan masa, kita semua bukan nabi atau rasul pilihan yang mengembara merentasi masa, tetapi seorang hamba yang sangat dhaif dan gagal dalam setiap perkara...cita-cita dan usaha manusia pastinya ada, azam puak-puak yang gilakan kehidupan dan takut kepada kematian akan bertambah dan meninggi, penuh kudrat dan tenaga yang ada, semuanya dipakaiguna dan dikerah selagi boleh dan ada, tetapi kejayaan sahaja yang belum berjumpa, kerana semuanya memerlukan izinNya.

"Jangan berangan nak beli mesin masa macam beli telefon..., tak adenye benda tu nak wujud kat dunia ni, dah...berangan je lebih"

 "Bukan apa bro..kalaulah ada mesin masa...ingatkan nak jugaklah merasa ke masa lampau..nak mulakan yang macam kita semua mahukan..."

No comments: