Cuaca kat tempat kawan sekarang, agak mendung dan awal pagi ada rintik hujan sewaktu kawan memandu ke pejabat. Suasana suram mengingatkan mangsa-mangsa air bah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Nenek kawan pun terlibat dan terkandas dalam banjir pada tahun ini. Air sungai dan hujan yang lebat tidak berhenti-henti sejak seminggu lalu menyebabkan banjir besar berlaku. Ramai kawan-kawan yang terlibat dengan pengurusan bencana banjir masih bertugas dan bertahan memberikan komitmen kerja yang tinggi.
Semalam, kawan bersama dengan Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri melawat pusat pemindahan di sekitar Kluang dan Batu Pahat, Johor. Suasana di sini agak baik sedikit berbanding negeri pantai timur. Harapnya berkekalan dan semakin reda.
Sehingga hari ini, keadaan di sini masih terkawal dan harapnya beginilah... kepada sahabat di negeri pantai timur dan nenek kawan yang terkandas dalam banjir, kawan sentiasa doakan semuanya selamat dan mendapat pahala atas kesukaran dan kesabaran yang diberikan Allah...InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment