Musibah dan kesusahan yang diturunkan Allah kepada sebahagian kita untuk merasainya dengan batang tubuh dan kudrat, dengan rasa dan perasaan... semuanya merupakan ujian dan dugaan yang seharusnya menjadi wajib untuk diharungi.
Banjir besar yang sedang melanda negeri-negeri pantai timur memberikan seribu penafsiran kepada apa yang tersirat. Bukan dalam bentuk catatan atau dokumen yang boleh dibaca dan dibawa ke mana-mana tetapi pengalaman kepada setiap individu yang merasa dan melaluinya. Ujian Allah ini merupakan tanda kasih sayangnya kepada kita untuk melihat kejadian buruk kepada kebaikan dan kasih sayang Allah kepada kita semua.
Dengan adanya air bah yang besar, akan membuka mata semua mangsa dan mereka yang terlibat untuk lebih menyebut nama "Allah"...keinsafan kepada dugaan yang dapat menginsafkan semua orang. Bah yang datang memberi peluang kepada mereka yang tidak mengalaminya untuk berterusan bersedekah dan memberi bantuan...keberkatan dan keikhlasan bersedekah kepada mereka yang sangat memerlukan merupakan sedekah yang paling baik. Ujian kasih sayang Allah kepada kita untuk menghindarkan dari segala bentuk kemaksiatan, kerana sibuk dengan urusan pengurusan bencana...alhamdulillah...semakin banyak solat kita buat dan semakin banyak doa akan kita semua lakukan, mohon pengampunan dan keinsafan atas dosa-dosa lalu yang pernah kita lakukan...ujian kasih sayang Allah kepada semua untuk perbanyakan taubat dan menambah keimanan. Ujian Allah inilah yang cukup sempurna sifatnya.
No comments:
Post a Comment