Wednesday, December 3, 2014

Belanja

Lumrah apabila di penghujung tahun, kebanyakan perbelanjaan akan dilejerkan semula, melihat mana-mana baki kewangan dan peruntukan yang telah dibelanjakan.  Perbelanjaan perlu dilakukan dalam tahun semasa dan menjadi tugas utama untuk menyelesaikan semua bayaran dibuat sebelum akaun ditutup...tambahan pula, semua LO akan dihentikan penerimaan pada 15 Disember...itu antara syarat dan aturan yang ditetapkan bagi memudahkan kerja pihak akaun.

Juga apabila terlibat dengan proses dalam menentukan kelulusan bagi membuat pembelian yang melibatkan wang yang agak besar jumlahnya, pelbagai kriteria dan syarat serta kondisi perlu dilihat dengan penuh berhati-hati.  Melihat senarai keperluan yang panjang, melibatkan kewangan, kekuatan sesebuah syarikat, pengalaman, kecukupan kakitangan, pengurusan, jenis perniagaan dan bekalan yang disediakan... begitu, memerlukan pandangan kepakaran dan kemahiran yang pelbagai.

Tidak semestinya yang meletakkan harga yang paling rendah akan diambil sebagai pembekal dan begitu jugalah sebaliknya.  Namun perlu melihat kepada perkara-perkara lain yang munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan, mengambil kira aspek dalaman serta luaran dan faktor melibatkan kemanusiaan sehinggalah faktor ekonomi yang difikirkan perlu dalam sesuatu kes.  Semestinya akan berbeza antara satu kes dan satu kes, ianya unik.

Tugas menjadi berat, antara memilih pembekal untuk bekalan bagi tahun semasa dengan kewajaran jumlah hari pada tahun semasa semakin berkurang...belanja pembekal terlalu besar dan seolah bayaran tidak mungkin dibuat kerana hari-hari yang semakin suntuk...senang citer, barang belum tiba, bayaran tak akan dibuat, sedangkan duit yang ada cukup-cukup untuk tahun ini sahaja...aduhhh...kalau tak dibayar...lebihan duit berlaku dan peratusan perbelanjaan akan merosot...jauh dari target asal yang mahukan 100% belanja...perfect.

No comments: