Minggu lepas, kawan pulang ke Kuala Lumpur, pulang ke rumah kawan yang dah lama kawan tinggalkan...dah lebih 3 tahun. Pada kali ni, rasanya dapatlah lama sikit kawan berada di rumah., sempat juga kawan bersihkan kolam ikan yang dah lama kawan tinggalkan ini, kawan ubah aliran air kolam dari pam ke penapis, kawan kosongkan kolam dan tukar semua airnya, ikan lama semua dah mati, termasuklah ikan kalui kawan yang dah berusia 11 tahun...kawan rasa beratnya hampir 8 kilo...takde rezeki kawan nak lihat dia besar lebih 10 kilo. Semua ikan, kawan gantikan dengan ikan baru..ikan koi...kaler merah, merah hitam dan putih. Pokok-pokok semuanya kawan pangkas mana yang perlu, pokok buluh dah merimbun, cantik dan dah jadi macam taman kat Jepun je...laluan pun dah teduh...ada kawan sediakan lampu yang guna tenaga solar, menyala sebelah malam...nampak cozy...hehehe...
Bumbung tingkat 3 dah bocor, airnya meresap ke bilik kawan ditingkat 2, berfungus dan berdebu. terpaksa kawan panjat bumbung rumah yang lebih 30 kaki tinggi, membetulkan mana yang dah pecah dan gantikan genting mana yang retak. Serius jugak sebab beberapa genting diterbangkan ribut...air akan masuk mencurah bila hujan lebat dan angin kencang. Tambah pula musim hujan, semuanya akan menjadi lembab dan basah. Kawan tampal guna silikon je mana yang sempat kawan buat. Kawan buat palong air yang baru, aliran air boleh mengalir dari tepi, kalau angin kuat dan hujan lebat, InsyaAllah tak bocor lagi...harapnya begitulah.
Banyak sangat projek rumah nak dibuat, belum masuk projek kerja-kerja besi dan pertukangan yang kawan buat sebelum ini, selain pertanian dan peternakan...hahaha...dah jadi macam petani dan tukang. Kalau dulu, kawan selalu ke MARDI...(sebelah rumah je pun...dekat dengan MAEPS Serdang) untuk mengikuti kursus (yang diadakan secara percuma dan terbuka kepada komuniti setempat) pada setiap sabtu. Sempat jugak kawan masuk kursus dan mendapat sedikit ilmu tentang peternakan ikan keli, membuat ikam pekasan, peternakan ikan hiasan, kursus tanaman, penanaman bunga dan buat baja IM serta pelbagai lagi termasuklah pertanian dan perikanan...alahaiii dah lama kawan tinggalkan semuanya.
Banyak lagi nak buat sebenarnya, pagar kayu yang kawan pasang dulu ada yang dah reput, kayunya kena gantikan dengan kayu baru, begitu juga dengan pagar kayu ditingkat 3 rumah, ada yang dah tercabut skru dan nat nya, kawan tak sempat nak pasang lagi, masih boleh bertahan sampai kawan pulang lagi, InsyaAllah. Lantai sebelah luar juga akan kawan pasangkan tiles..atau pebble stone...nak gantikan simen, bolehla jugak jadikan tingkat 3 rumah ni, ruangan yang berupa taman dan tempat bersantai keluarga...rasanya nak alaskan sebahagian ruangan tu dengan rumput dan buatkan kolam kecil dipenjuru. Letak payung dan set kerusi kayu, macam taman hiasan...bessttt...
Banyak sebenarnya nak kawan buat dan betulkan...dan sebenarnya kawan rindukan rumah kawan. Bilalah agaknya kawan akan pulang semula ke sini?
No comments:
Post a Comment