Andainya kita memiliki mesin masa yang dapat membawa kita kepada masa lampau dan masa hadapan, pastinya sejarah akan berubah. Semua yang tidak kita suka akan diubah dan diperbaiki, tidak terkecuali kepada semua perkara dalam kehidupan seperti nama, tarikh lahir, sekolah, kawan-kawan, musuh, abang adik, kakak dan segalanya.
Kalaulah sedemikian, kita ada sebuah mesin masa, banyak perkara dan hal akan kita ubah semula, semuanya kita akan betulkan dan merubah mengikut kehendak. Yang gagal exam, akan kembali ke masa silam untuk melihat soalan exam yang akan diambil...ummmm...yang gagal dan mendapat pangkat banyak dalam SPM akan mencari-cari soalan...tentunya bukan soalan bocor...tetapi peluang untuk exam banyak kali, disebabkan adanya mesin masa untuk mengulang banyak kali..ha ha ha...
Yang nak jadi pelakon pun ada, masuk TV zaman P.Ramlee, bolehlah glamor sampai ke hari ini..., anak cucu akan lihat siapa kita...alahai. Tak kurang yang nak jadi wakil rakyat, nak potong jalan orang lain jadi pemimpin, setidak-tidaknya kalau boleh nak lawan komunis zaman perang dahulu, ada jugak yang nak jadi hero masa 13 Mei 1969, nak bela nasib melayu kat Kampung Baru...emmm...kisah 13 Mei ni elok sangatlah diberikan mesin masa kat budak-budak yang lupa sejarah pada masa kini. Elok sangatlah mesin masa dibuat dan diberikan kepada mereka yang tak tahu sejarah...sekurang-kurangnya mereka insaf...kalau tak insaf sekalipun, harap mereka terperangkap pada zaman perang...amik kau...kaw-kaw jadi tawanan perang. kah kah kah...
Tetapi yang pastinya yang miskin dan papa akan cuba melihat-lihat peluang dan menyusun kehidupan menjadi kaya, yang kaya terus akan berusaha kepada kekayaan, yang cacat juga akan mengambil peluang untuk menjadi sempurna...dan mungkin semua orang akan mengambil peluang ini untuk melihat bilakah kematian mereka...agar dengan cara ini, mereka dapat merubah tarikh kematian... barangkali juga waris kepada yang dah matipun akan berusaha mengembalikan semula mereka yang telah mati dan menidakkan kematiannya pada ketika itu...ish...ish...ish...dahsyat jugak kalau ada mesin masa ni.
Agaknya begitulah, tidak akan diizinkan Allah untuk manusia mencipta mesin masa, kerana kelemahan dan kekurangan akal kita untuk memasuki dimensi kehidupan dalam ruangan masa, kita semua bukan nabi atau rasul pilihan yang mengembara merentasi masa, tetapi seorang hamba yang sangat dhaif dan gagal dalam setiap perkara...cita-cita dan usaha manusia pastinya ada, azam puak-puak yang gilakan kehidupan dan takut kepada kematian akan bertambah dan meninggi, penuh kudrat dan tenaga yang ada, semuanya dipakaiguna dan dikerah selagi boleh dan ada, tetapi kejayaan sahaja yang belum berjumpa, kerana semuanya memerlukan izinNya.
"Jangan berangan nak beli mesin masa macam beli telefon..., tak adenye benda tu nak wujud kat dunia ni, dah...berangan je lebih"
"Bukan apa bro..kalaulah ada mesin masa...ingatkan nak jugaklah merasa ke masa lampau..nak mulakan yang macam kita semua mahukan..."
Monday, September 29, 2014
Sunday, September 28, 2014
Orang KDN
Dalam berbahasa, kena kawal tutur kata dan kenal siapa yang diajukan kata, barulah hajat dan maksud yang hendak disampaikan dapat diterima oleh pihak kedua, tanpa ada rasa musykil dan keliru.
Nak minta pertolongan seharusnya bermula dengan ucapan yang baik dan rendah budi bahasa. Bukan dengan meninggi diri dan sombong, mengutuk sini sana tanpa rasa bersalah menghina. Merasakan diri lebih baik daripada pihak lain dan berterusan membuta tuli menuduh kekurangan dan kelemahan, awak sahaja yang betul dan bijak, kami semua bodoh dan malas, tiada nilai kerja dan tak pandai.
Bila terkena kat batang hidung sendiri, mulut terketar-ketar dan ternganga nak menjawab, walaupun tanpa fakta, bila menjawab, dengan mudahnya mencari salah orang, menidakkan pandangan dan menuduh dengan caci-cacian dan hina. Kerana awak sahajalah yang nampak kepada kekurangan orang, awak sahajalah yang sempurna dalam semua hal, orang lain nampak kecil dan tidak boleh berkata-kata, orang lain dilihat bodoh dan bangang kerana awak merasakan dirimu ada pangkat dan kuasa, dadamu penuh ilmu dan sakumu penuh harta...sombongnya awak...sungguh sombongnya awak, tidakkah awak tahu bahawa kuasa, ilmu, harta dan pangkat semuanya bukan milik awak?... astaghfirullahalaazim...
Brader.... bila berbahasa, gunalah bahasa bijak dan baik. Buat penilaian atas semua perkara, melihat dengan mata dan hati, dengan rasa dan jiwa, bukan mata sahaja... bukan semua yang cantik berbau harum, tidak semua yang buruk nampak jahat, yang hitam tidak semestinya gelap, kaya dan sombong tidak membawa apa-apa erti, biarlah kita miskin tapi kaya budi bahasa, kaya iman dan mewah tutur mulia....
Tak usahlah sombong jika dirimu lautan, kerana minyak setitik dilaut timbul jua.

Aidiladha
Seminggu lagi nak raya haji...ataupun Hari Raya Aidiladha. Ramainya, orang akan sebut raya haji aje sebab raya ni berlaku dalam musim haji. Tak kisahlah apapun panggilan raya tu, cuma kebiasaannya sebelum raya haji, aku sempat jugaklah bercerita (apa yang aku tahu dan faham) kepada anak-anak tentang pengorbanan Nabi Ismail untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim (ayahnya sendiri), kerana mentaati perintah Allah.
Jadi, aku bergurau dengan anak-anak aku..."kalaulah abah mimpi macam nabi Ibrahim kena sembelih anak dia...amacam?..korang setuju"
Pelbagai jawapan diterima..."abah bukan nabi Ibrahim, abah mimpi je..tak boleh pakai, mimpi tu tipu, ada upah ke bah?, naik elaun bole la.., abah terima wahyu ke?, sembelih pakai apa bah?, kalau jadi kibas macam cerita tu, bole la kot, tak nak lah, tipuu, ...."
Eermmm...(aku gelak ajelah...). Pastinya ujian Allah kepada mereka yang mampu untuk menghadapi ujian tersebut...
Dan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat menyentuh hati dan membuatkan kita menitiskan airmata...
"...Sesampainya di Mina, Nabi Ibrahim AS berterus terang kepada
putranya, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku
menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?…” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 102).
“Ia
(Ismail) menjawab, ‘Hai bapakku! kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu,
Insya Allah! Kamu mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (QS.
Ash-Shâffât, [37]: 102).
Mendengar
jawaban putranya, legalah Nabi Ibrahim AS dan langsung bertahmid (mengucapkan
Alhamdulillâh) sebanyak-banyaknya.
Untuk
melaksanakan tugas, Ismail berpesan kepada ayahnya, “Wahai ayahanda! Ikatlah
tanganku agar aku tidak bergerak-gerak sehingga menyukarkanmu. Telungkupkanlah
wajahku agar tidak terlihat oleh ayah, sehingga tidak timbul rasa hiba.
Singsingkanlah lengan baju ayah agar tidak terkena percikan darah sedikitpun
sehingga mengurangi pahalaku, dan jika ibu melihatnya tentu akan turut
berduka.”
“Tajamkanlah
pedang dan segeralah menyembelih dileherku ini agar lebih mudah dan cepat perjalanan mautnya. Lalu bawalah pulang bajuku dan serahkan kepada ibu agar menjadi
kenangan baginya, serta sampaikan pula salamku kepadanya dengan berkata, ‘Wahai
ibu! Bersabarlah dalam melaksanakan perintah Allah.’ Terakhir, janganlah ayah
mengajak anak-anak lain ke rumah ibu sehingga semakin menambah kesedihannya padaku, dan ketika ayah melihat anak lain yang sebaya denganku, janganlah
dipandang seperti aku sehingga menimbulkan rasa sedih di hati ayah,” sambung
Ismail.
Setelah
mendengar pesan putranya itu, Nabi Ibrahim AS menjawab, “Sebaik-baik
kawan dalam melaksanakan perintah Allah SWT adalah kau, wahai putraku
tercinta!”
Kemudian
Nabi Ibrahim AS meghunus (perbuatan menyembelih) pedangnya sekuat tenaga ke bahagian leher putranya
yang telah diikat tangan dan kakinya, namun beliau tidak mampu menyembelihnya.
Ismail
berkata, “Wahai ayahanda! Lepaskan tali pengikat tangan dan kakiku ini agar aku
tidak dinilai terpaksa dalam menjalankan perintah-Nya. Penggalkan lagi ke leherku
agar para malaikat megetahui bahwa diriku taat kepada Allah SWT dalam menjalan
perintah semata-mata kerana-Nya.”
Nabi
Ibrahim as melepaskan ikatan tangan dan kaki putranya, lalu beliau hadapkan
wajah anaknya ke bumi dan langsung menghunuskan pedangnya ke leher putranya
dengan sekuat tenaganya, namun beliau masih juga tak mampu melakukannya karena
pedangnya selalu tersentak. Tak puas dengan kemampuanya, beliau menghujamkan
pedangnya kearah sebuah batu, dan batu itu pun terbelah menjadi dua. “Hai pedang! Kau dapat membelah batu, tapi mengapa kau tak mampu menembus
daging?”
Dengan
izin Allah SWT, pedang menjawab, “Hai Ibrahim! Kau menghendaki untuk
menyembelih, sedangkan Allah penguasa semesta alam berfirman, ‘jangan
disembelih’. Jika begitu, kenapa aku harus menentang perintah Allah?”
Allah
SWT berfirman, “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata (bagimu).
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (QS. Ash-Shâffât,
[37]: 106)
Menurut satu riwayat, bahwa Ismail diganti dengan seekor
domba kibas yang dahulunya pernah dikorbankan oleh Habil. Malaikat Jibril datang membawa domba kibas itu dan
pada saat itu juga semesta alam beserta seluruh isinya bertakbir (Allâhu
Akbar) mengagungkan kebesaran Allah SWT atas kesabaran kedua umat-Nya dalam
menjalankan perintahnya. Melihat itu, malaikai Jibril terkagum-kagum lantas
mengagungkan asma Allah, “Allâhu Akbar, Allâhu Akbar, Allâhu Akbar”. Nabi
Ibrahim AS menyahut, “Lâ Ilâha Illallâhu wallâhu Akbar”. Ismail mengikutinya,
“Allâhu Akbar wa lillâhil hamd”. Kemudian bacaan-bacaan tersebut dibaca pada
setiap hari raya kurban (Idul Adha).
SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA
Friday, September 26, 2014
Tuesday, September 23, 2014
Keje Sampai Bila PunTak Habis
Membaca "status update" seorang sahabat lama yang menulis "Keje sampai bila pun tak habis :(", lantas teringat kepada satu peribahasa melayu yang berbunyi " Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis" atau juga begini "Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa"
Kedua-dua peribahasa ini mempunyai makna yang sama, amnya tidak berkait dengan sebarang tugas atau kerja secara khusus tetapi maksud yang difahami oleh kita adalah seperti ayat ini : "sememang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya"
Dalam situasi ini, samada kita berada dalam kategori untuk menyuruh melakukan kerja atau melaksanakan kerja. Sebahagian besar daripada kita berada dalam tanggungjawab untuk melaksanakan kerja yang diarahkan oleh pihak atasan. Malah, dalam setiap kerja yang dilaksanakan juga terarah kepada arahan dan peraturan yang difahami, samada ianya dicatat sebagai satu dokumen peraturan dan panduan atau difahami sebagai ikatan dalam kehidupan.
Kerja sendiri?, mempunyai syarikat dan kepentingan dalam sesebuah perniagaan?...juga memerlukan kepada arahan dan peraturan. Andainya menganggap peraturan dan arahan ini menyusahkan, pinda sahaja kepada yang memudahkan, tidak perlulah kita obses, Ianya bukan undang-undang Tuhan yang tidak boleh dipinda, ianya bukanlah sebuah kalam Allah yang tetap kekal dan menjadi pedoman sepanjang masa. Ianya adalah sebuah peraturan kerdil dan arahan yang dicipta oleh diri kita...pindalah kepada yang memudahkan.
Namun, sebarang perubahan yang dibuat hendaklah mematuhi dan berpegang kepada kepercayaan kita yang berteraskan kepada moral dan pertimbangan agama dalam melaksanakan sebarang bentuk kerja atau amanah yang dilaksanakan. Waima sekalipun itu adalah hak kita dan perniagaan kita, tetapi rezeki yang diberikan adalah milik Dia. Kita wajib menguruskannya dengan bijaksana dan amanah, mematuhi peraturan dan panduan yang telah ditetapkan.
Jika semuanya kita patuhi dan faham akan kedudukan kita disisiNya, balasan kebaikan itu adalah syurga. Kerja yang kita buat sememangnya tidak akan habis sampai bila-bila..selagi ada nyawa dan ruh, ada matahari yang memberikan sinarnya, ada malam dan ada siangnya yang berselisih masa, ada hari dan tahun yang dihitung...maka selama itulah kerja yang dilakukan tidak akan habis.
Senang cakap...."Pergilah bercuti untuk menangguhkan seketika kerja-kerja kita,... InsyaAllah"

Friday, August 22, 2014
Pulangnya MH17
Terlibat secara langsung dengan urusan menyambut kepulangan jenazah MH17 pada hari ini, seluruh negara berkabung kerana kehilangan lebih 200 penumpang dan anak kapal MH17 lebih sebulan yang lalu. Bagi aku, sekadar berpada-pada dan tidak berlebih-lebih...bolehlah untuk bersedih, tak usahlah dibuat secara besar-besaran dan menokok tambah kepiluan dan kesedihan, berulangkali menyatakan kekesalan dan keresahan terhadap kehilangan orang yang kita sayang...tak usahlah. Berpada-padalah... sebenarnya kita cuma merinduinya...sangat sangat merinduinya
Berkabung dalam agama islam hanyalah untuk para isteri yang kehilangan suami, ianya digambarkan dalam idah selama 4 bulan 10 hari... kenapa dibenarkan hanya kepada si isteri?. Jawapan yang paling mudah difahami adalah, kerana untuk menyatakan bahawa isteri tersebut telah kehilangan suaminya dan menguar-uarkan kepada seluruh penduduk setempat dan masyarakat luar, bahawa si isteri tadinya telah kehilangan / kematian suaminya, tiada tempat bergantung dan berpegang harap...so, mana-mana lelaki budiman bolehlah merisik memohon si isteri tadinya untuk berkongsi hidup bagi kali kedua...itupun selepas idahnya.
Islam juga menegah kepada kesedihan yang berpanjangan, melarang untuk memakai pakaian khusus dan mengadakan perkabungan kerana kematian. Nabi Muhammad S.A.W ketika wafatnya, tiada istilah berkabung diadakan oleh para sahabat, mahupun pemimpin besar ketika zaman pemerintahan khalifah islam sekalipun, tiada perbuatan berkabung untuk menyatakan kesedihan. Adakah kita ini lebih mulia dari nabi dan para rasul untuk berkabung atau adakah manusia biasa seperti kita perlu melakukan perbuatan yang sedemikian?
Jadi, usahlah menyatakan kesedihan dalam langkau masa yang lama kerana ianya merosakkan akal. Berfikirlah secara matang dan menerima kehendak Allah dengan seadanya kita sebagai hambaNya.
Sekadar menziarai jenazah pada hari ini, menyembahyangkan dan mengiringkan ke pusara harusnya dikurniakan Allah pahala yang sangat besar, kiraan 1 qiraat pahala untuk menziarahi jenazah digambarkan pahalanya adalah sebesar bukit uhud...
Tuesday, August 19, 2014
Sunday, August 10, 2014
Ada Apa Apa Ke Bro?
Alasan yang diberikan adalah "Salah Kaedah". Hujah dan huraian bagi kesilapan "salah kaedah" tidak dapat diterima kerana dalam masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa kesilapan-kesilapan yang berlaku akan diperbetulkan sebelum sesuatu keputusan dibuat, kerana baginya mengambil kira semua perkara yang ada. (Itu katanya), so, dimana salah kaedahnya kalau boleh diperbetulkan...ala, sikit je pun nak betulkan...buatkan kolum untuk penilaian yang ditambah...atau tandakan bintang (*) bagi kenyataan yang berbeza...bukan susah nau pun...
Kalau dah tanda dengan bintang (*) atau tambah kolum dalam ruangan tu..takdelah salah kaedah ke apa ke...ini bukan Al Quran...yang tak boleh diubah, ini cuma borang je..takde nilai pun..
Mulut agak kurang ajar kerana mempertikaikan keikhlasan, persis menyatakan bahawa orang lain tidak jujur sedangkan dia tak tahu apa yang berlaku. Balas balik dengan kenyataan bahawa, tidak berlaku apa yang dikatakan oleh beliau, iaitu "tidak ikhlas dan tidak jujur" kerana penjelasan awal telah diperolehi, pertanyaan dan persoalan telah dikemukakan pada peringkat sebelum keputusan dibuat. Rasa nak cili je mulut mamat neh...bercakap tak siasat sebelum...berkata tak tahu punca...bercerita tanpa seloka...hampeh.
Semua faham bahawa...syarat awal untuk kelulusan adalah mengambil salah satu dalam tiga (3) faktor, sama ada faktor 1 atau faktor 2 atau faktor 3. Sekiranya faktor 1 tidak dapat dipenuhi, maka boleh menggunakan faktor 2 atau faktor 3...tidak salah. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak dia...maka dia kena fahamlah dasar dan peraturan yang ditetapkan. Hari ini...dia pula yang berbelit lidah menyatakan sebaliknya..."err...err...sekarang kita tidak gunakan faktor-faktor trsebut..."....Apa cer weii!!!...perkara itu masih dipakai sampai la ni...(ada kepentingan ke bro?)
Baru aku faham, apa yang terjadi adalah kerana :
1. Dia cuba mencari alasan untuk mempertahankan kesilapan yang dilakukan
2. Tidak ikhlas untuk membantu
3. Kesilapan lepas yang tidak dapat diselesaikan dan cuba dielakkan...(lari dari masalah)
4. Alasan yang dikemukakan amat keliru..sebab, kejap boleh..kejap tidak..seperti ada kepentingan diri
5. Suka mencabar kami apabila kenyataannya dipersoalkan...seolah (dengan kuasa yang ada), boleh menakutkan dan menghalang kami untuk bertindak.
6. Cukuplah 5 alasan tu...banyak lagi nak senaraikan.
Semuanya berlaku pada hari khamis, dua tiga hari sebelum Hari Raya (sebulan yang lalu, di JPA Putrajaya...)...menyampah aku..
Tuesday, August 5, 2014
amboi..amboi..amboiii!!!
Ermmm... bukan main senyummm kawan kita, bertambah serinya wajah. Nampak bahagia sangat. Happy sesangat. Muka pun dah ceria macam kanak-kanak dapat gula-gula getah, tidak pun, suka sangat macam dapat eskrim potong perisa vanilla. Tahniahlah kerana yang pertama dah selesai dan menunggu yang kedua untuk penyelesaian mutlak...huhuu...akhirnya semua akan selesai, tapi bile ek? tak kisahlah bila pun, asalkan setel semuanya. Lepas tu, boleh senyum sokmo dan selalu selalu...sengeh sampai ke telinga, hati senang, jiwa tenang, akal tajam, sihat tubuh badan.
Senyum, senyum jugak, ketawa pun ketawa jugak, suka pun suka jugak... baguslah kalau dah lupakan yang lama...sebab yang lama tu, banyak tak baik daripada baik, bagus jugaklah kerana menimbang tara mana yang baik dan tidak walaupun ada orang lain yang mencelah dan menegah, 100% tidak bersetuju, sampai la ni pun masih tak setuju. Apa nak buat dan apapun, bolehlah jugak orang lain menumpang gembira, senang dan suka hati...suka suka dan bersukaria...tapi janganlah sampai macam kanak-kanak main bunga api di malam raya. bakar sana sini, api sana sini, lilin dan ubat nyamuk habis dibakar....asap penuh laman rumah dan bau belerang. Ada yang terpijak bara, menangis. Bunyi bising bangat..memekakkan telinga sebab ada yang main mercun, walaupun telah diharamkan. Bomm...bommm sana sini, sini sana. Meletup macam perang...kadang kala bergegar jugak rumah dan "alarm" kereta berbunyi disebabkan getaran dan bunyi yang kuat. Semuanya suka belaka. Mak mak dan bapak bapak budak pun tumpang sekaki main mercun, apa tidaknya, merekalah yang membelinya...pembekal benda benda mudah terbakar dan berbunyi kuat tu...
Sukahati koranglah nak main macamanapun, asalkan selamat dan takde yang jarinya putus. Asalkan tiada rumah yang marak membunga api sekampung. Siapapun tak tertanggung kalau terjadinya begitu.
Yang pastinya, "amboi..amboi..amboiii!!"... ko memang dah suka sangattt...dalam suka tu, ada orang lain yang duka wahai cik adik cik abang akak bapak mak uncle atuk nenek ooiii... tak ingat ke??? Tak ingat?...emmm...apa nak kata lagi kalau ko pun dah tak ingat ... tapi jangan risaulah, ada orang lain yang sentiasa ingat mengingat...ada orang lain yang sama macam dulu..tak pernah nak suka suka..sukahati jauh sekali...teringat kat rakyat Palestine yang dalam payah dan susah
Raya pun dah berlalu seminggu...SELAMAT HARI RAYA... Alhamdulillah.
p/s : Udah-udahlah beraya...

Subscribe to:
Posts (Atom)