Monday, March 2, 2015

Kiasu

Kawan pun pelik dengan tindakan satu kaum minoriti yang dikatakan "kiasu" dalam perjuangan politik mereka.  Sesetengah pihak mengatakan mereka ultra kiasu, yang boleh kita fahami sebagai melebihi kiasu, atau kiasu melampau. Kiasu? Ya...kiasu yang kita boleh ertikan sebagai takut kalah dalam perkara yang remeh atau kecil. Jika beginilah sikap dan sifat yang dimiliki oleh ultra kiasu dalam hidup mereka, maka mereka tidak akan lari dari mementingkan kebendaan dan keuntungan semata-mata, kerana mereka jahil dalam menimbang tara sifat-sifat moral dan kepercayaan kepada takdir. Jauh sekali nak percaya kepada takdir kerana mereka sebenarnya seperti tidak bertuhan dalam kehidupan mereka.  Mengambil kesempatan dan peluang, semestinya keuntungan dalam hidup tanpa mengira halal atau haram, kerana hukum tersebut tiada dalam kitab mereka, hanya yang ada adalah moral untuk melakukan kebaikan.  Akhirnya mereka percaya bahawa duit yang dicuri boleh dibersihkan dengan menyimpannya di bank dan mengeluarkannya semula.

Jom Tolong

Kita bantu mana yang mampu kita bantu...bila kita dah tiada lagi, harapnya ada orang lain yang akan buat kerja ini, sebabnya ramai anak-anak yang masih memerlukan bantuan.  Anak-anak ini boleh berjaya dalam pelajarannya, prestasi mereka antara yang teratas dalam darjah di salah sebuah sekolah berasrama penuh, dan antara sekolah yang dapat kedudukan antara lima terbaik di Malaysia...

Walaupun sedikit bantuan yang kita hulurkan, jumlah itulah yang sangat membantu mereka untuk meneruskan pelajaran dengan tenang dan baik.

Sewaktu menemubual, memerhatikan mereka... pakaian mereka lusuh dan singkat, bukan fesyen berpakaian seperti itu, cuma pakaian mereka telah tidak lagi sesuai dengan tumbesaran fizikal badan mereka, maklum sahajalah, budak-budak remaja cepat membesar.  Sehinggalah ada sebahagiannya sangat-sangat memerlukan barangan keperluan seperti sabun basuh, pakaian dalam dan sanitari dan pelbagai lagi keperluan...bukan kehendak eh!!

Andai pakaian yang dipakai dah lusuh, kasut sekolah dah koyak dan tapaknya dah semakin menipis, jauh sekali mereka ini hendak bermewah-mewah seperti anak-anak lain yang berkemampuan dan kaya raya.  Walau alat tulis sekalipun, mereka hanya bergantung kepada apa yang ada, sebatang pensil dan pen, dengan sedikit keperluan untuk menulis dan menggaris.  Buku rujukan...kata mereka " tiada buku tersebut, kalau dapat upah jaga koop, boleh la beli, itupun kumpul sampai hujung tahun, baru bole beli"

Tak salah kalau anak-anak ini diberikan apa yang mereka perlukan, jangan pulak kita tak suka dengan kesenangan yang mereka dapat.  Jangan sangat nak berkira dengan sedikit wang yang kita berikan, Allah yang mengetahui semuanya.  Jom tolong!!!

Sunday, March 1, 2015

luah

Seperti tangan ini menggigil...suara pula seakan bergetar dan nada percakapan yang agak gementar, merasakan degupan jantung semakin kencang, menahan nafas yang terasakan padat dan sendat didalam dada...tapak tangan mula berpeluh, lirikan mata ini memandang tepat ke arahnya, bersama dirasakan aliran darah yang mengalir laju ...

Aku tahu...Iblis sedang membakar sifat amarah dan menambah sakit dalam jiwa, mencurah sifat jahat syaitan kedalam hati untuk bertindak dalam akal yang tidak waras...kerana katanya, "ia berbaloi...marahlah lagi...lagipun dah lebih 4 tahun mendiamkan diri, sekaranglah ketikanya!!!"

Ampunkan aku Ya Allah untuk kesalahan ini...astaghfirullahalaazim...

Wednesday, February 25, 2015

semuanya dia tahu

Dia bercakap seolah-olah tahu semuanya dan mahir dalam segala hal ehwal duniawi.  Apa yang dikatanya mesti dituruti dan dipersetujui, walaupun sebenarnya dia langsung tidak tahu, hanya berpura-pura dan buat-buat tahu, boleh dianggap seperti "cuba menangguk di air keruh"..kalau mengena, untunglah dia, kalau tak, dia tak rugi apa-apa...tetapi orang lain yang akan dianggap salah.

Dia lupa, sebenarnya disebalik semua perkara yang dianggapnya "dia tahu segalanya" dan menganggap remeh, rupanya ada tersusun serumpun peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.  Peraturan dan undang-undang ataupun yang kita katakan sebagai prosedur ini, tidak lain tidak bukan, asasnya untuk kebaikan semua pihak, tidaklah hanya sebagai alat dan perhiasan sahaja, tetapi ianya satu garispanduan untuk melakukan kerja dengan betul.  Bukan dibuat sesuka hati dan sesedap rasa sahaja.

Brader, maaf eh...kawan nak tulis disini, semua perkara ada sebab dan alasannya, jangan biarkan kata-kata sahaja cantik tetapi akal tidak dapat menerima, tidak faham dengan aturan sedia ada. Tolonglah perbanyakkan bacaan kepada prosedur dan aturan yang ada, bukan nak kata bodoh tapi awak tu kurang membaca, selidiklah dulu asas yang ada, bukan menghentam sahaja...kerana tindakan terburu-buru awak mengakibatkan fitnah kepada orang lain, ramai yang terasa hati dan sakit hati dengan kenyataan awak.  Banyakan membaca brader...jangan suka tengok video sahaja.  Kalau budak-budak kurang membaca, maka kuranglah pengetahuan dia, kuranglah kepandaian dia, nak jawab peperiksaan pun akan menjadi masalah dan akhirnya tak dapat markah tinggi, akibat itu juga dia akan dikenali sebagai murid lembab..lembam dan pemalas serta tambahan kepada semua itu, sealiran dengannya adalah jahat..a.k.a....nakal di sekolah.  Budak-budak inilah yang berlagak macam dewasa tetapi batang tubuh masih kecil, mereka terperangkap dalam jiwa dewasa dan perasan bagus, lantas melakukan perkara tidak sepatutnya mereka lakukan...merokok dan berlagak gengster.

Lain pula kalau dah dewasa, macam lu Bro...kalaulah masih malas membaca, akibatnya langsung buruk dari itu...hentikanlan merepek sorang diri dalam alam siber, perluaskan ilmu dahulu, barulah menampakkan setiap tulisan bermutu dan sedap dibaca, bukan dengan ayat rakus dan kurang ajar.  Nampak sangat awak giler glamor untuk bertanding jadi Yang Berhormat... lupakanlah, sebab kami semua sudah tahu, awak dah tak laku.



Monday, February 23, 2015

Saka

Ada pada sesetengah orang...apabila kita melihatnya, sedap aje mata kita untuk memandang wajahnya, tetapi ada juga sebilangan kecil, kita rasa tak selesa nak tenung lama-lama, apatah lagi nak berkata-kata...bukan dia tak cantik atau segak, bukannya tak lawa atau kemas, tetapi rasa tak selesa nak pandang. Bila bercakap dan bertentang mata pun rasa rimas dan segan (menyampah!!)

Astaghfirullahalaazim...

Bukannya apa-apa, kawan baru aje bersemuka dengan orang macamni (bukan yang sedap dipandang), memang menjengkelkan, menyampah bila tengok muka dia... beberapa kali kawan panjangkan dan ulangkan istighfar tadi agar dijauhkan pandangan kawan dan dijauhkan kawan berkomunikasi dengan dia. Astaghfirullahalaazim...

Tak dapat nak elak, Allah nak menguji kesabaran kawan, Allah izinkan kawan berkomunikasi dengan dia.  Terus terang kawan katakan, kawan tak dapat nak bercakap dengan manusia jenis ini...kawan angkat tangan, kawan tak cakap apa-apa jika boleh tapi dalam komunikasi, kawan terpaksa mengiakan atau menidakkan, itu yang paling berkesan rasanya.

Dalam diam kawan berkata " Saka apa lah yang ada kat dia ni?..."astaghfirullahalaazim..."

Wednesday, February 18, 2015

mabuk Ketum ke?

Si kafir lebih elok perangai kerana amalan mereka mengambil contoh dan amalan nabi...walaupun mereka tidak faham apa ajaran dan sunnah nabi, tetapi apa yang mereka faham adalah moral dalam kehidupan, menghormati dan menjaga maruah diri dalam masyarakat. Yang dah beragama pun macam hidup segan, mati tak mau, masih segan-segan nak mengamalkan sunnah dan agama dengan betul. Asyik nak membabikan orang lain dan membongongkan manusia tanpa memikirkan kesan kepada siapa yang dibabikan dan dibongongkan, rupa-rupanya sendiri kena la, sebabnya yang ko tunjuk kata itu menghala kepada diri sendiri.

Ada masalah ke?, kurang kasih sayang mak ayah, atau suami isteri?, masalah kewangan? ke problem mahkamah kena saman?... problem dalam kerja?, boss marah? ke tak dapat kenaikan gaji?...masalah dengan dadah?...ada minum ketum?...aduhhh...tak dapat aku nak nolong kalau makan dadah macam makan nasi...minum ketum macam minum air sirap atau teh o ais...problem sangat2 kalau macamtu... ada buat solat?, ada doa dengan Allah?, ada mengaji quran? tahajjud atau dhuha?...ada buat?...

Macamni la (walaupun siapa pun ko, pompuan atau lelaki), istighfarlah banyak-banyak, Allah akan bagi ketenangan nanti. tak payah lah susah-susah nak pakai baju orang lain...peluh ko busuk sangat, bau hamis mat bangla...terlekat kat baju, dari jauh aku dah kenal siapa ko walaupun ko pakai baju melayu dan bertanjak besertakan keris sekalipun. Takyah lah susah-susah nak membusukkan orang lain... sebab haruman bunga ros jauh sangat bezanya dengan peluh bangla ko tu..nak muntah!!!

Friday, February 13, 2015

Tok Guru

Hari ini adalah tarikh perginya seorang pemimpin besar dalam negara, khususnya di Negeri Kelantan, perginya Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Rahmatullah.  Semuga beliau bersama mereka yang mendapat rahmatNya.

Wednesday, February 11, 2015

Penjara

Semalam, salah seorang yang agak ternama dalam bidang politik negara telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan yang disabitkan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan...kesalahan meliwat. Ini merupakan kali kedua beliau dipenjarakan, kalau tak silap, penjara kali pertama adalah pada tahun 1998 hingga 2003

Dah berumur...68 tahun dan kebiasaannya manusia seusia ini, diletakkan dalam kategori tua-tua dan sepatutnya apabila kita sebagai manusia yang lemah dengan usia, perlulah menghabiskan sisa hidup dalam ibadah dan taubah.

Pada pendapat kawan, kawan tak sokong mana-mana ahli politik yang suka bercakap sebaliknya dari kenyataan, a.k.a munafik dan hipokrit. Tiga perkara yang jelas menyatakan bahawa seseorang itu adalah munafik adalah...bila bercakap, dia akan bohong, bila berjanji, dia mungkir dan bila diberikan amanah, dia akan khianat...jadilah dia munafik tegar.

Berbalik kepada cerita penama yang kena penjara, bagi kawan, Allah telah makbulkan doa-doa mangsa yang teraniaya, dan Allah belum menerima doa-doa yang diluahkan oleh penama.  Ramai penyokong penama berkata " kita tengok di akhirat..."...eeee....berani ye kome cakap macamtu?, kawan tak mahu dah tengok kes-kes macamni di akhirat, nak jaga diri sendiri pun belum tentu lepas, Kome ingat akhirat tu macam pasar malam atau pergi tengok wayang?...baik bertaubatlah kome...akhirat terlalu panjang dan panjang...insaflah...janganlah berkata sedemikian.

Kepada penama, insaf dan bertaubatlah, selitkan sedikit dalam doa mu, kenapakah Allah menguji sedemikian rupa, adakah diri kita ini sebetulnya benar atau sebetulnya salah...seharusnya melihat semula dan menginsafi semua kelakuan lampau yang dilupa, menerima kenyataan dan redha dengan apa yang tiba.  Janganlah menyombong diri dan sedikit tidak perlu meminta maaf...bak kata mereka yang ramai...sudah-sudahlah...Allah masih menunggu taubatmu...