Monday, March 2, 2015

Jom Tolong

Kita bantu mana yang mampu kita bantu...bila kita dah tiada lagi, harapnya ada orang lain yang akan buat kerja ini, sebabnya ramai anak-anak yang masih memerlukan bantuan.  Anak-anak ini boleh berjaya dalam pelajarannya, prestasi mereka antara yang teratas dalam darjah di salah sebuah sekolah berasrama penuh, dan antara sekolah yang dapat kedudukan antara lima terbaik di Malaysia...

Walaupun sedikit bantuan yang kita hulurkan, jumlah itulah yang sangat membantu mereka untuk meneruskan pelajaran dengan tenang dan baik.

Sewaktu menemubual, memerhatikan mereka... pakaian mereka lusuh dan singkat, bukan fesyen berpakaian seperti itu, cuma pakaian mereka telah tidak lagi sesuai dengan tumbesaran fizikal badan mereka, maklum sahajalah, budak-budak remaja cepat membesar.  Sehinggalah ada sebahagiannya sangat-sangat memerlukan barangan keperluan seperti sabun basuh, pakaian dalam dan sanitari dan pelbagai lagi keperluan...bukan kehendak eh!!

Andai pakaian yang dipakai dah lusuh, kasut sekolah dah koyak dan tapaknya dah semakin menipis, jauh sekali mereka ini hendak bermewah-mewah seperti anak-anak lain yang berkemampuan dan kaya raya.  Walau alat tulis sekalipun, mereka hanya bergantung kepada apa yang ada, sebatang pensil dan pen, dengan sedikit keperluan untuk menulis dan menggaris.  Buku rujukan...kata mereka " tiada buku tersebut, kalau dapat upah jaga koop, boleh la beli, itupun kumpul sampai hujung tahun, baru bole beli"

Tak salah kalau anak-anak ini diberikan apa yang mereka perlukan, jangan pulak kita tak suka dengan kesenangan yang mereka dapat.  Jangan sangat nak berkira dengan sedikit wang yang kita berikan, Allah yang mengetahui semuanya.  Jom tolong!!!

No comments: