Yang berpendapatan lebih, duit banyak dan ada income yang bertingkek-tingkek, tak kisahlah apa jenis kereta atau moto apa nak dipakai, kereta mewah ataupun tidak mewah, moto besau atau kecik... semuanya boleh pakai, kerana duit dah bertingkek, gaya juge kenalah bertingkek-tingkek...(huhuhu)
Memori?...ermmmm...memang semua benda ada memorinya sendiri sebab kita yang letakkan ingatan itu dengan benda tersebut (walaupun ianya besi). Seperti juga dengan kereta atau motosikal, memori bersama dengan jenis besi ini mungkin susah nak lupa...kerana benda yang dikatakan "kesayangan" ini telah kita kaitkan dan letakkan dengan pelbagai ragam, seumpamanya...kita susunkan kebanyakan masa seperti menghantar anak ke sekolah, keluar beli belah, berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia, cuti-cuti utara, selatan, timur dan barat, dating dengan kekasih yang bakal suami atau isteri, tilam dan bantal...tempat tidur, tempat dengar radio dan ada jugak kesempatan untuk menghafal surah-surah dalam alQuran,...kalau motosikal, berkonvoi seluruh negara, jalan-jalan ke Hatyai, Phuket, paling jauh ..jalan-jalan ke negara China...selain rempit di Lebuhraya Karak, Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur dalam 2 jam...layan lap Genting Highland, Simpang Pulai dan semuanya yang berkait dengan kereta dan motosikal...ianya sebagai satu memori yang susah nak dilupakan. Tetapi kelamaan, memori dan kenangan ini akan hilang sedikit demi sedikit ditelan masa.
Apa nak dirisaukan sebab kita akan dapat kereta baru, cuma jenis dan model yang berbeza, mungkin dulu pakai kereta sedan, sekarang dah bertukar kepada kereta yang lebih besau, ikut selera kitalah mana satu nak beli. Sememangnya ianya tidak seperti yang dulu tetapi ianya adalah yang baru, yang boleh dimulakan dengan baru..semuanya baru...bole letak nama baru...rancang perjalanan yang baru, cara pandu lebih baru (berhemah dan berdisiplin), tak ada saman, semuanya baru dengan semangat baru. Apa nak kisahkan?...asalkan ianya boleh membawa kita ke tempat kerja dan menjalani hidup seperti biasa, malah membantu dalam mengurangkan kos perbelanjaan dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan kita (dengan lebihan kos yang digunakan sebelumnya). Beli ajelah kereta baru...
"tetapi sesetengah orang suka yang dulu-dulu kerana ia mengungkitkan kenangan lama...tepuk dada, tanya selera"
No comments:
Post a Comment