Tak mengapalah kalau orang tak sudi menolong pada saat kita benar-benar memerlukan pertolongan. Yang dulu-dulu, masa kite menolong tu..kita halalkan semua tenaga dan kederat yang kita berikan. Nak dibalas?..tak payahlah minta kerana berkemungkinan dia pun ada sebab-sebab dia yang menyebabkan kenapa dia tak tolong. Mungkin juga dia beranggapan tidak perlu kerana dia sendiri tidak mampu untuk membantu. Macam-macam sebab boleh diberikan.
Kadang-kadang, penilaian dan pendapat individu terhadap sesuatu perkara yang sama, akan berbeza. Apabila kita melihat sebuah cawan yang berisi air yang separuh..., kita akan menilainya dengan menyatakan bahawa cawan itu separuh penuh dan ada pihak lain akan menyatakan cawan separuh kosong. Itu hanya satu cawan separuh...yang memberikan dua penilaian dan pendapat yang berbeza. Dalam perkara yang agak rumit dan lebih kompleks, menterjemahkan perkataan pun akan menjadi susah, tambahan pula bahasa yang kita kurang jelas dan faham maksudnya, seperti membaca alQuran...kita tidak boleh sewenang-wenangnya berhenti pada satu-satu ayat dengan sesuka hati kerana ia akan menjelaskan makna yang berlainan, langsung akan memberikan maksud yang berbeza.
Dalam penulisan juga, kadang-kadang orang suka membaca tulisan kita kerana orang itu suka kepada kita, kadang-kadang juga menyampah sebab kita menyampah dengan dia...kadang-kadang juga penulis akan terus menulis kerana dia suka orang membaca tulisannya...(perasan). Jelasnya, semua dipengaruhi oleh situasi dan sifat dalam diri dan juga persekitaran ketika itu.
Kalau dah menyampah, tengok kereta pun rasa nak pancitkan tayar je..."kenapalah mamat ni parking kereta kat depan rumah aku!?, sebab parking depan rumah kita tu mungkin satu sebab atau alasan sahaja untuk membuatkan kita menyatakan marah, tetapi mungkin perasaan dengki kepada apa...yang dia ada kereta besar dan baru...itu sebab yang lebih utama agaknya yang menyebabkan kita marah...hahaha...dengki la tu sebab orang lain pakai kereta baru dan parking depan rumah kita..lain orang, lain sebabnya, lain jugak keretanya, lain jugalah pemandunya. Tapi ada aku kesahhh??!!...aku tak kisah sebab tak minat kereta, cer letak motor besar depan rumah...panasss..panass...tengok tayar pun aku dah demam...hehehe"
Andainya dia tak tolong kita pada kali ini, redha ajelah. Allah membalas dengan cara yang tersendiri...kita tak rugi apapun, kalau kita redha, kita dapat pahala atas apa yang kita buat untuk dia dulu-dulu...juga kita diberikan ingatan untuk kita tahu siapa lawan, siapa kawan...tipis sangat jarak perbezaannya...
No comments:
Post a Comment