Ada
cadangan untuk menetapkan bahawa mereka yang mempunyai gaji atau pendapatan bawah
RM5,000, boleh mendapatkan / membeli
minyak Petrol RON95 dengan harga subsidi. Perkara yang berkait dengan perbelanjaan untuk subsidi semakin meningkat dan mempunyai kaitan dengan semua aktiviti masyarakat. Cuba kita lihat cara pelaksanaan dalam penguatkuasaan larangan terhadap pembelian
minyak Petrol RON95 oleh rakyat Singapura dan Thailand di kawasan yang telah
ditetapkan, ianya masih lagi lemah dan penguatkuasaan secara langsung bagaikan tiada.
Mereka ini (Thai dan Singapore) senyum gembira menikmati limpahan subsidi minyak yang diraih secara tidak adil kepada rakyat negara ini. Kita kena ingat bahawa perlakuan ini telah lama berlaku dan melibatkan jutaan ribu ringgit duit subsidi yang diberikan terus kepada mereka.
Selepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi dan secara langsung melibatkan kenaikan harga minyak Petrol RON95, ianya seolah-olah satu keputusan yang tidak akan ditarik semula dan bagaikan tidak akan menoleh ke belakang lagi, lantas kita dihangatkan pula dengan kaedah atau formula membeli minyak petrol dengan subsidi, berdasarkan gaji dan pendapatan bulanan.

Dikatakan
bahawa kaedah yang dinamakan sistem subsidi petrol akan bermula pada 1 Jun 2015.
Difahamkan juga bahawa, pelaksanaan pemberian dan pembayaran BR1M adalah
“serampang dua mata” bagi pengumpulan data dan maklumat bagi menentukan pemberian hak dan kemudahan kepada rakyat yang bakal menikmati subsidi
tersebut. Kaedah ini
merupakan asas kepada pemberian subsidi kepada yang “benar-benar layak” sahaja.
Nak tanya sikit, berdasarkan gaji dan pendapatan bulanan kita semua...., adakah
kita orangnya yang layak itu? atau kita berada selepas garisan tidak layak?...
atau ... adakah maklumat yang diperolehi oleh kerajaan itu benar-benar maklumat
yang tulen dan betul?...pastinya ramai akan mengemukakan maklumat tidak benar
dan sedikit tidak benar demi untuk mendapatkan subsidi tersebut.
Dalam
pelaksanaan ini, modus operandi bagi pembelian & pembayaran petrol RON95
dengan subsidi perlu disertakan sekali kad pengenalan. Ini bermakna, kita boleh membeli petrol RON95
dengan subsidi jika tangga gaji dan pendapatan bulanan antara RM5,000 dan ke bawah. Namun demikian, andainya kita berpendapatan
antara lebih RM5,000 hingga RM10,000 sebulan, keputusan masih lagi terumbang
ambing, samada kita dapat sikit atau tidak akan dapat langsung.
Adalah
lebih baik mantapkan dulu pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengurangkan lagi
kerugian negara dek kerana kes penyelewengan minyak ke negara jiran. Ini kerana
pada masa sekarang, kita melihat pelaksanaan menggunakan IC, ada banyak
“loophole”. Jikalau beriya-iya benar mahu
menggunakan IC sebagai medium untuk membeli minyak bersubsidi, eloklah diperbaiki atau ditingkatkan dahulu kualiti MyKad, dengan
jelasnya selalu kita tahu bahawa kualiti chip mykad mudah sangat rosak dan
tidak boleh ‘read’.
Satu
perkara lagi adalah dengan mempertingkatkan sistem network server dan
perbetulkan isu-isu lembap macam siput, tambahan pula, berapa ramai umat
manusia di Malaysia yang bakal mengakses server pada satu-satu masa yang sama
untuk mengesahkan maklumat gaji minimum dan tangga gaji serta pendapatan yang
telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum dibenarkan membeli minyak petrol RON95
dengan subsidi. Aduhh..lamaaanya menunggu... dan lazimnya kita selalu dengar
pegawai-pegawai kaunter di bank-bank meyebut ayat standard ini ...“Maaf encik,
MyKad encik tak boleh nak baca"
Atau, hapuskan semua bentuk subsidi yang terlibat dengan minyak dan berikan kepada mereka yang layak dalam bentuk yang lain...
Atau, hapuskan semua bentuk subsidi yang terlibat dengan minyak dan berikan kepada mereka yang layak dalam bentuk yang lain...
No comments:
Post a Comment