Kawan ada usulkan beberapa isu dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan pada minggu lepas, Salah satu perkara yang kawan bawa adalah, manipulasi orang ramai berkenaan dengan salah satu perkhidmatan Jabatan yang disediakan. Kawan melihat perkara ini boleh disalahertikan maksud dan caragaya kepada mereka yang terlibat, lantas akan membuka peluang kepada mereka untuk memperolehi apa yang mereka mahukan, walaupun dengan cara yang salah tetapi mereka akan menghalalkan atas kelemahan syarat dan prosedur yang ada.
Sayang sekali, usul kawan ditolak mentah-mentah dan alasan yang diberikan adalah, "sepatutnya u lebih jelas dengan syarat dan prosedur sedia ada". Kawan tahu dan kawan sedia maklum dengan syarat dan prosedur yang disediakan, tetapi kawan cuma risau dengan penyalahgunaan syarat itu sendiri yang akan membuka peluang kepada mereka yang sedikit kreatif menafsirkan maksud dan meletakkan kepentingan dalam perkara ini. Yang paling kawan bengang, kenapa orang lain yang hadir sama dalam mesyuarat ini tidak bersuara?...adakah mereka tahu dan faham isu yang kawan bawa ini atau mereka tidak ambil tahu?
Takpelah, kalau pihak Dato' tidak bersetuju dengan isu yang kawan bawa, tak mengapa. Kawan cuma risau dan kawan percaya perkara ini akan menjadi masalah di kemudian hari. Bukan kawan berharap ianya menjadi masalah tetapi, pihak Dato' banyak sangat membuka peluang walaupun kita semua sedar bahawa syarat yang ada terlalu longgar, dan boleh mereka gunakan untuk memanipulasi maklumat dan mengaut keuntungan dengan mudah, mereka akan cuba juga kerana mereka tidak rugi, dan... "apa salahnya menangguk di air yang keruh..."
Malas kawan nak layan ...
No comments:
Post a Comment